Wednesday, September 18, 2019

PutaQ-PutaQ AloQ-StaQ : 09 | MASJID AL BUKHARY

Masjid Albukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. 

Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. 


On the way ke airport masa nak balik, kami sempat singgah dan berpeluang untuk solat di sini.




Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. 

Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Albukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid.




Senibina dataran khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

Terdapat banyak pokok pokok kurma di tanam di sekitar dataran masjid.





Rekabentuk menara berdasarkan senibina menara Masjid Nabawi di Madinah dengan ketinggian 47.92 meter dari paras tanah.

Masjid Al Bukhary ini mempunyai 5 bilik wuduk untuk jemaah lelaki dan wanita



Masjid ini mempunyai keluasan 4.96 ekar dan dilengkapi dengan kemudahan seperti 8 buah bilik pengajian, bilik pengurusan jenazah, bilik imam, bilik mesyuarat, pejabat pengurusan serta kemudahan untuk orang yang kurang upaya seperti tandas khas dan 2 unit lif

Ruang solat yang dapat menampung seramai 15,000 orang dalam satu satu masa.



 Masuk ke dewan solat utama.






Mihrab merupakan salah satu ciri utama sesebuah masjid. Senibina mihrab masjid ini dirujuk kepada senibina zaman silam yang terdapat di Khanaqah (Makam) Sheikh Abdul Samad yang dibina di Natanz Iran dalam tahun 1306 (706H) dizaman IL-Khanid.




Senibina mimbarnya diambil daripada replika mimbar yang terdapat di Masjid Qiblatain Madinah dan Mimbar Mamluk di Masjid Qaitbay, Kaherah Mesir. 

Mimbar ini diperbuat daripada kayu jenis Burma Teak.



Masjid ini mempunyai 7 buah kubah termasuk kubah utama. 

Kubah utama terletak ditengah-tengah ruang solat utama dengan saiz 14 meter garis pusat.

Sekeliling luar kubah ini dihiasi dengan ayat suci Al Quran dari surah Alhadid ayat 1-8. Manakala dalamnya pula dihiasi dengan kalimah Asma Ulhusna.




Terdapat juga anjung luaran di luar dewan solat utama bagi menampung jemaah untuk beribadah di masjid ni.





Selain daripada menjadi masjid untuk khairiah berdekatan. masjid Al Bukhary ini turut menjadi masjid utama bagi pelajar pelajar Al Bukhary International University yang di bangunkan di bawah yayasan yang sama.

Sempat kami ronda ronda dalam kawasan universiti ni. Tapi maybe student cuti. Senyap sunyi jer..










Universiti yang cantik. Tetiba rasa nak sambung study. 

Masjid pun menarik. Moga di manfaatkan sebaiknya.



MASJID AL BUKHARY
Kariah Alor Malai,
Jalan Langgar,
05460, Alor Setar
Kedah Darul Aman.

Masjid Al Bukhary
fb : masjidalbukharypage/

bersambung..............

2 comments :

  1. bru tau dkt loqtsaq ada uni.... Cantiknya masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik masjidnya... ada souq kat sebelah masjid dlm tu ada giant

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...