Tuesday, July 15, 2014

Buka Puasa 2014 @ Contango, Hotel Majestic KL

Mari buka puasa di luar !!!

Jarang jarang sekali la buka puasa kat luar ni kalau tak de hal hal penting atau hari hari yang istimewa. Selalunya aku lebih suka berbuka kat rumah je. Senang nak betul betulkan perut kalau dah kenyang.

Tapi kali ni bercadang berbuka kat luar. Kami memilih Majestic Hotel, Kuala Lumpur sebagai lokasi.

Layan gambar jer lah. Sorry banyak gambar makanan !

Majestic Hotel, KL

Terletak berhampiran dengan bangunan Station keretapi KL

Kami dah booked siap siap untuk berbuka puasa di sini. Tak pernah terjah lagi hotel ni. Rasa macam baru tak baru. Hotel under YTL so aku assume agak best la kot tempat ni.

Chandelier kat lobby. Kagum sekejap

Di sambut dengan bau dari fresh flowers di ruang lobby hotel

Contango at Majestic. Nama restaurant

Sampai je kami di beri meja yang dah di tempah. Budak budak dah start nak main benda benda atas meja ni

Agak ramai orang juga. Boleh di katakan macam full house. Kalau tak book memang tak dapat seat lah. Tapi........macam ramai bangsa lain jer....

Restaurant dia terletak di lobby Majestic Hotel, Tower Wing. Agak luas dan besar. Yang pasti, tengok spread makanan adalah hampir koma.

Banyak gila !!!!!

Terus nafsu serakah datang secara membuak buak. 

Pusing pusing survey makanan dulu.

Ini pun ada

Japanese pun. Sah sah la aku tak pandang bebenda macam ni

Masakan Melayu pun ada

Nasi Arab ! Pekerjanya Jawa?

Segala sayur mayur

Dim sum

Indian food. Chef chef dia pun import agaknya...

Kukus grill panggang, kukus grill panggang ............

Yang tersedia ada

Pilih lah mengikut selera

Segala mala binatang ada

Pilih saja

Thai anyone?

Nasi arab daaaa

Ruang dessert memang meriah

Pastry berlambak lambak

Budak budak hilang pedoman tengok aiskerim

Sudahnya????

Ini je la makanan kami.

Hero makan pizza

Aku makan tandoori

Dessert

Pendek kata, pusing pusing kaunter makanan tu tengok banyak sangat makanan sampai tak tau nak makan apa.

Kenyang macam tu jer.

Ambik itu ini sikit. Makan ala kadar. Pastu semua kenyang. Tersadai dah tak mahu dah.

Anak aku tu macam biasalah. Makan sikit je nak terberak. Satu hal lak nak kena teman dia, jadi pak pacak tunggu depan jamban. 

Overall, spread memang banyak gila !!!!! Choices of food adalah berleluasa........... rambang mata. Tapi yang masuk dalam tekak, tak tau la banyak mana. Tak sampai kot RM 20 sorang.

Tu la bahana buka puasa makan buffet kat hotel ni. Lagi lagi kalau tangki tak berapa besar. Tak berbaloi ! Makanan memang la banyak dan sedap, tapi berapa banyak je pun kita boleh makan dalam masa sejam dua ni?

Kan?

Apa apa pun, tempat ni adalah recommended untuk berbuka puasa tapi berbuka puasa tu sendiri kalau kat luar memang la aku tak alu alu kan sangat melainkan memang ada keperluan atau keraian.

Buka puasa at Contango Majestic. RM 98 per pax. Kids 50 percent off. Princess free lagi ( dia bukan makan pun )

Tak leh gi makan selalu. Rugi jer... 

Sekali sekala. Macam ni, kiranya sebab nak celebrate birthday aku.

Ya.. Hari tu birthday aku. Another year older.

Dah selamat semuanya.................. Alhamdulillah. Amin.



No existe un momento del día
En que pueda apartarte de mi
El mundo parece distinto
Cuando no estas junto a mi

No hay bella melodía
En que no surjas tu
Ni yo quiero escucharla
Si no la escuchas tu

Es que te has convertido
En parte de mi alma
Ya nada me consuela
Si no estas tu también

Mas alla de tus labios
Del sol y las estrellas
Contigo en la distancia
Amado mio, estoy

Es que te has convertido
En parte de mi alma
Ya nada me consuela
Si no estas tu también

Mas alla de tus labios
Del sol y las estrellas
Contigo en la distancia
Amado mio, estoy

20 comments :

  1. happy birthday supermeng malaya!yang ke berapa tu?25 ke?hehehe

    nampak sedap!tapi ya Ampun, mesti somput nih kalo makan..lagi-lagi perut orang fit macam ko...kalo aku leh masuk lagi dalam RM50 kot...hahaha tapi tetappp tak capai RM98 tuh! #bajetperutkecilmasaramadhan

    ReplyDelete
  2. Nasib baik baca tgh mlm x la terliur sgt
    Hepy belated besday buat habang meng tu, Jm doakan sihat sentiasa bersama keluarga tersyg dan dpt berkongsi cerita dgn peminat2 mung nih

    You r my peveret blogger :-) ikhlas tau bukan bodek

    ReplyDelete
  3. happy birthday abang Meng
    barokah ye, besday jatuh dlm bulan Ramadon.
    semoga abang meng bahagia di samping family tersayang #tilljannah

    teruskan berkongsi travelogue,makanlogue dan lagu2logue okey :-)

    ReplyDelete
  4. Happy birthday juga le bro Meng..makanan di hotel tu memang meng betul..sedap....suka pasal pelbagai jenis hidangan..selamat bersahur

    ReplyDelete
  5. Sanah helwa yg akhi.
    Semoga yg baik2 sahaja Allah kurniakan utk Tuan Badan..

    Bang,
    Belut tu masak ape?
    Tetiba goosebumps satu badan.. tp kalau Cik Asben nmpk tu.. dia trus terbayang meggi belut or sup belut jer tu..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum meng,

    Mewahnya....
    Byk sungguh....

    Tengok pun dah kenyang

    Semoga pnjg umO.

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday en.Meng...sihat dan happy2 selalu yek bersama keluarga tercinta..

    ReplyDelete
  8. Happy Belated Birthday En Supermeng Malaya.. Terima kasih kerana menambah keceriaan hidup saya hari2 bertahun2.... Moga Abg Meng sekeluarga terus di bawah rahmat Allah swt.

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday 'adik meng'
    semoga diberkati usia dan dipermudahkan urusan dunia.

    'akak' is jeles tengok menu buffet itu. 'akak' is terkedu tengok harganya sekali.

    your previous entry was meaningful..every detail words. like banyak2.

    ReplyDelete
  10. happy belated b'day meng.
    org italy neh mmg july babies kah?
    haha.

    anyway...price buffet skrg sumer stok melampau2 harga...but kalau spread super duper camneh rasala justify mata memandang..walaupun perut tak mampu nk sumbat semua.

    hehe

    ReplyDelete
  11. DJ : terima kasih.

    bday yang ke 25.. ya. betul. tapi tolak waktu tidur tidur ayam dan tidur tidur badak..


    JM : terima kasih..

    tak bodek kan? kalau bodak pun tak dapat apa apa pung. hahahhaa

    selamat berpuasa..


    Dzn : terima kasih.. insya allah.. bila otak penuh.. memang kena tulis kat blog. kalau tak.. tepu otak

    ReplyDelete
  12. MKL : terima kasih Encik MKL. Makan sekali sekala buleh la.. dua tiga kali kala.. jadi kala jengking la jawabnya...


    SAR : terima kasih.

    sekali cakap arab daaa..

    belut? ada belut ke? hahah aku pun tak perasan. kalau tau pun x makan..


    pB : terima kasih..

    ReplyDelete
  13. NM : terima kasih banyak banyak...

    AL : sama sama.. insya allah. selagi rajin aku tulis lah. tapi tulis utk diri sendiri je. kasik anak aku baca nanti2..

    biar dia tau papa dia punya alter ego.


    Anash : terima kasih kak anash.. x payah beradik adik lah. rasa macam baru lepas baligh jerrr

    ReplyDelete
  14. HB : terima kasih. mana kau. bulan puasa ni sendu jer.. letih eh?


    Agip : haaaa org Italy memang begitu kot.. hot kacak meletup kebabo....

    happy bday ke mung jugok !!

    ReplyDelete
  15. Happy Birthday Meng.
    Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sentiasa dalam limpahan redha Allah SWT.
    Dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.

    U oso my favorite blogger. :D

    ReplyDelete
  16. Mya : terima kasih.

    Doakana ku kaya raya dan boleh bawak korang travel lagi..

    ( travel secara maya )..

    tapi apa apa pun. syukur lah dengan apa tuhan bagi.

    p/s tak payah nak fav sangat.. kang rabak seluar aku

    ReplyDelete
  17. aku rasa macam nak gi sana, test tank aku masih berkebolehan atau tidak ! *keluar jurus perot ular sawaaa


    dessert serius meriah. dem !

    ReplyDelete
  18. eh nak wish jugak.. happy belated birthday abang meng!

    ReplyDelete
  19. NanaT : Jurus perut ular sawa keluar last last la kan? hahahha..

    dessert meriah. tapi dessert cyberjaya lagi meriah carey kot...


    Tq Ren.... aku nak hadiah !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...