Thursday, July 17, 2014

Buka Puasa GBS 2014 @ Chili's, Citta Mall

Sempena dengan birthday aku yang jatuh pada bulan Ramadhan tahun ni, maka puak puak GengBerjalanSakan telah sebulat suara untuk meraikannya dengan cara berbuka puasa.

Awal awal nak gi buka puasa dan celebrate birthday dekat karaoke.......... !!! 

Kau brani?

Namun setelah menimbal balik, kalau pegi karaoke, memang tak boleh nak bersembang. Kang baru nak bergossip riang BW starts tarik key Ning Baizura, semua orang telinga berdarah. Jadi, tempatnya telah di tukar ke tempat yang lebih proper dan lebih menghormati bulan Ramadhon.

Tapi kalau gi karaoke pun kami nyanyi lagu nasyid jer...

* betul betulkan jubah dan serban

Lagipun, GBS dah lama tak duduk togeder gader. Banyak gossip nak kena update. Gossip thru WhatsApp tak syok sebab bila bercerita tak de effek tangan terbang terbang ke udara.... Feelnya kurang !

Aku pun tak tau plan ni sangat sebab dia orang yang set kan semua. Masing masing busy mengalahkan menteri. Dia orang cuma book satu hari untuk kami keluar bersama sama untuk celebrate birthday aku dan jugak buka puasa. 

Dan tempat yang di pilih adalah di Chili's.

Macam lama jugak tak lepak Chili's ni

Sebagai artis antarabangsa dan merupakan selebriti yang diraikan, macam biasa aku buat kemunculan lambat !!

Tapi malangnya, sesi kali ni tidak dapat disertai oleh IH sebab beliau ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Jadi.. ayuh layan gegambar makan yang bakal menguda nafsu dan mengundang amokan ablasa di bulan puasa ni.

Ramadhan Special di Chili's

Ada set set Ramadhan juga

Time kami sampai belum penuh, dan macam biasa lepas tu Chili's adalah full house. Orang yang tak puasa tu lagi ramai bertenggek kat sini time time nak berbuka

Dapat meja dan duduk diam diam.

Air dah sampai. Macam biasa, rugi kalau minum di Chili's tapi tak ambik air yang boleh refill. Lagi lagi bulan puasa. 5 minit pertama lepas buka puasa, proses refill air sudah bermula.

Kurma di sediakan

Dan seterusnya menu menu makanan muncul mengoda selera....

Sebagai artis yang perlu menjaga kelangsingan tubuh... aku order salad jer.... ! See?

Tetapi........ dia orang ni order macam macam...........  misi melangsingkan tubuh ternyata gagal

Masing masing order nak makan apa, then kita orang cekik serba sedikit

Club sandwich

Tripple Play

Penuh meja !

Ada lagi yang belum sampai. Dah tak muat nak letak atas meja

Ni sampai kendian. Nachos ni best sebab boleh refill sampai kering tekak...

Sebaik saja azan berkumandang di corong TV, masing masing dengan rakusnya tak toleh kiri kanan. Membaham segala hidangan dengan wajah garang dan bengis. Menogak air macam ketandusan di tanah yang gersang.

5 minit lepas tu.

"Oh. Aku kenyang !!!!!!!!!!"

Relaks jap. Gossip gossip ringan pastu kami pegi solat. CP tunggu meja sebab dia musafir.

Balik balik semula ke Chili's.

Ha.... dah terang. CP tersadai tepi dinding ! Hahahaa

CP yang banyak makan. Tapi ada lagi la yang dia tinggalkan untuk kami kami ni. Tapi masing masing semua dah macam menolak. Tak muat nak isi dah.

Then sambung borak.

Dan igauan ngeri bermula bila aku nampak waiter datang ke meja beramai ramai bawak cake dan nyanyi lagu Happy Birthday !

Aku malu lah. Hilang macho. Cinabeng betul dia orang ni. Ntah bila dia orang plan aku pun tak tau. Tapi sebagai selebriti, aku kena la kever dan buat buat gembira.

* muka yang gelap terus jadi merah batu bata

Semoga Tuhan terus memberi kebahagiaan, ketenangan dan keselesaan. Tu je 3 benda yang aku minta.

Ini bukan hadiah aku. Ini adalah kurma untuk CP. Saja bubuh dalam beg Hard Rock

Apa apa pun, terima kasih buat geng geng GBS sebab berkumpul dan meraikan birthday aku ni. Sebenarnya dah tua tua ni tak de pun terfikir nak celebrate pun, tapi sebab macam dah tradisi kami sejak dulu lagi so... raikan je lah.

The best part about Chili's ni adalah port menarik untuk lepak lama lama pun. Servis pun pantas dan makanan memang sedap.

Kami dok borak borak lagi sampai la dekat pukul 11 malam. CP kena balik sebab esok pagi dia ada flight ke KK demi tugasan. Lagipun birthday boy kena balik dan tidur awal untuk kekal kacak, tampan dan jelita lite lite dalam masa 365 hari akan datang !

Terima kasih GBS. Terima kasih Tuhan sebab kurnia kan aku kawan kawan yang baik macam dia orang ni. Kawan kawan yang baik dan sentiasa ada dalam susah, dalam senang.

Amin. Syukran. Alhamdulillah.

“The purpose of life is not to be happy. It is to be useful, to be honorable, to be compassionate, to have it make some difference that you have lived and lived well.” ― Ralph Waldo Emerson

16 comments :

  1. Hepi belated besday Meng. Terbang n terus terbang deh!

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday meng! uish teringat crispy honey chicken cipotle. hahaha

    ReplyDelete

  3. aku mmg suka nachos kat Chillis tu. nyum nyum sgt.

    err...sesi boke pose dgn peminat takmo organize kaaa.. :P

    umm..nak tanye macam serba salah sbb takut tersalah ! , tapi...ko ade pos brg ape-ape ke kat aku recently?

    oh btw pakcik !

    hepi belated besdey Meng. Keep the heart unwrinkled ;)

    ReplyDelete
  4. triple play tu...ayam dia...uhhh....lapar terus aku nih....eh nak buat sesi bertemu peminat ke?aku sokong usul nanatron tuh!hahahaha!

    ReplyDelete
  5. semoga panjang umur abg meng ... tripple play ngan nachos ... combination lengkap utk lepak berjam2 kat dlm tu

    ReplyDelete
  6. Ohhh baru tahu apa itu GBS? KURMA sorang sebijik je x cukup syarat tu sunatnya 3 biji sorang :-)
    Selamat hari lahir! Selamat hari lahir! Selamat hari lahir! Bestttt aaa ada org sambut besday barulah best dpt kwn2 sehati sejiwa camtu bukan kwn jenis ckp sikit dh nk sentap, terus pandang kiri kanan. Siapa ckp dh tua sbb cara tulis pun Jm tahu habang meng muda dari Jm tau :-)

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday...tak balik italy ker sempena birthday ni? ker tunggu raya? ker tak balik lansung? hahaahha mmg laaaaa...

    best ada kwn2 yg mcm ni..bila kita diraikan itu ertinya kita masih punya kawan....syukurrrr

    ReplyDelete
  8. Tq Amir

    Tq John.

    NanaT : dah sampai ke? sebenarnya aku dah bagi secretary aku tu dah lama tapi dia simpan dlm laci dia. baru ni aku ingatkan dia kata belum antar.

    dah antar la kot. kalau x nanti aku belasah dia dgn steering lock.

    Tq for the wish !

    ReplyDelete
  9. DJ : sesi bersama peminat??

    tak nak la. nanti aku di pulaukan. korang syok borak sesama sendiri.

    aku ni attention seeker. kalau jumpa peminat nak peminat layan aku jer..

    * mati laaa

    Tq Azra.... tripple play tu sedap. tapi dulu size dia byk skit, skrg dah sikit..


    Tq ETK

    ReplyDelete
  10. JM : makan kat kedai. org bagi sebijik.. yang kecut dan yang paling murah lak tu.. makan je la....

    tq JM.. bila Jm nak selebrate bday ? mesti gadis capricon ni..

    * mati la tuduhan melulu padahal capricon pun x tau bulan brp.


    Liza : thenfksss uols.. tahun ni raya di italy la.. mano lagi...


    Tq MKL....


    ReplyDelete
  11. Happy Happy Happy Birthday!!! Semoga beroleh kebahagiaan, ketenangan dan keselesaan :)

    ReplyDelete
  12. Happy bday, bro... One year closer to whatever... Hehe

    ReplyDelete
  13. ooo seketeri eh.
    err slame ni aku igt ko keje...emm..tkpe abaikan. ai kompiusss.. aahaha
    ok tengs ye. seronok dpt 4 bijik skali! hepi mengalahkn dpt kad raye... heheee

    ReplyDelete
  14. Thank you JJ

    Thank you SM

    NanaT : aku keje la.. secretary tu multi tasking. semua keje dia boleh buat..

    selamat tak sampai? atau ada retak ella?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...