Tuesday, August 13, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 06 | 01 : PEZINOK - BRATISLAVA

Nok nok sekelian.. Kita sambung pasal road trip ke Central Eropah hari ke 6.

Bersambung dari Day 05

Hari ke 6 ni kami berada di satu tempat namanya Pezinok iaitu sebuah pekan kecil di negara Slovakia.

Tak rancang pun untuk sampai ke pekan ni tapi tragedi silap booking penginapan membawa kami ke mari. Tak pe lah Nok... yang penting............... dah sampai Pezinok !



Pagi pagi dah bunyi klentung klentang BW menjadi buruh kasar di dapur. Bangkit sebab terganggu tidur aku excited nak jengah kat luar. Semalam waktu sampai malam hari dah perasan tapi kawasan agak gelap, pagi ni boleh skodeng dengan jelas. Buah buah berwarna merah... Buat apple !



Gila ko, bangun bangun pagi nampak buah buah apple tengah ranum di pohon yang rendang. Rupanya tuan rumah kami ni ada kebun apple kat belakang rumah dia. 

Apa lagi, pagi pagi dah kecoh kami bertiga gi usha kebun orang...



Buah apple boleh petik petik macam tu jer. 

Kawasan rumah yang kami inap ni memanjang ke belakang, kat belakang ada kebun buah buahan lain lagi. Ada anggur, pear, tomato dan kebun sayur. Tetiba rasa kagum dengan tuan rumah ni.







Excited lebih kira orang ni. Macam macam spekulasi kita orang buat. Pakcik ni pekebun tersohor dan mungkin pemenang Peladang Jaya peringkat Pezinok. 

Aku pernah la tengok pokok apple ni tapi buah apple pakcik ni memang ranum sungguh. Mekar dan elok elok buah nya. Pakai baja tahik lembu agaknya.

Memula cuba cuba la nak ambik rasa tapi segan dan malu. Dalam rumah memang siap ada buah apple dia dah hidangkan dengan biskut. aku assume untuk breakfast kami.

Jadi kami posing posing je ambik gambar di kebun orang.

Lepas mandi dan bersiap siap nak gerak, time aku tengah usha pokok apple pakcik tu lagi, tetiba pakcik tu muncul !

Walaweyyy.. Adakah pakcik tu menuduh nudah aku mencuri buah apple di kebun larangan beliau?

Dia nampak aku pastu dia panggil. Aku cuak gak memang ingat dia nak warning ke apa. Tapi rupa rupanya dia ajak aku masuk ke basement.

Pakcik ni kan tak reti cakap English, jadi dia guna isyarat tangan je. Aku pun ya ya je angguk.




Rupa rupanya dia nak bagi tau yang kat basement rumah dia tu, dia buat perusahan wine sendiri dari hasil apple dan buah anggur di kebunnya. Nasib dia tak bagi aku test ke apa. Mau aku lari dan biarkan dia terpinga pinga..

Cuba cuba berbual macam ayam dan itik jer lagaknya. Pastu pakcik tu ajak aku keluar dan bawak aku ke pokok pokok apple tu. Dia ambik buah apple dan bagi aku suruh buat balik.


"Betul ke Pakcik? Pakcik tak menyesal? Kami ni jakun jarang dapat usha pokok apple"

Kalau aku cakap English pun bukan dia faham kan?

Tapi dia angguk je.  Oh. Terharu sungguh rasa.

"Aci ke kalau kami ambik sepokok terus?"

Dia angguk lagi.... Confirm dia tak faham. 

Lepas tu aku kerah IH dengan BW dan kami pun mulakan kerja kerja memetik buah apple yang paling sexy dan mengiurkan..... Dan hasilnya....


Pemalu kan kita orang? Ambik sikit sikit je... 

Menyesal lepas tu sebab apple dia memang manis gila ! Ambik sorang 5 bijik.. siap bawak balik Malaysia lagi tu sebijik dua. Sayang nak makan.

Kalau ikutkan tamak haloba dan buruk perangai kami, mahu aku hunggah sepokok masuk dalam boot kereta. Silap silap bukak gerai berniaga depan rumah Pakcik tu. Hahahaha....


Siapa sangka tragedi semalam memberi kami habuan buah apple di hari ni !



Kami tinggalkan banglo pakcik ni dengan hati yang riang. Pakcik tu pun seronok melayan siap ambik gambar dengan BW berpeluk pelukan. Aku tunggu gak dia offer nak bergambar dengan aku tapi nan ado. Mesti dia dah fikir bukan bukan tengok aku pelahap petik buah apple kat kebun dia tadi.

Tapi pakcik ni ajak bersembang macam ler faham. Takpe lah janji main angguk angguk je ler.....





Bergerak meninggalkan pekan Pezinok dengan harta rampasan.

Sebab hati tengah riang dapat apple, kami lalu je pekan Pezinok menuju ke Bratislava. Langsung tak rasa nak singgah. Malas nak riki riki apa yang ada kat situ dah.

Tapi Pezinok akan jadi kenangan tragedi silap penginapan dan kisah buah apple yang inzal dan antara tersedap yang pernah kami makan.

Petik sendiri dari pokok tu. Segar dari ladang orang !

Dalam kereta membaham buah apple dengan mood riang.



Kau merah sangatlah mengghairahkan
Dan kadang hijaumu lugu
Padamu telah tercipta
Denyut getaran hidup
Seirama dalam dunia

Dalam dunia

Kau menggoda setiap insan
Yang menatapmu berbeban harap
Anggunmu dan sombong
Congkaku seketika
Melupakan kodrat kehidupan
Oh duniawi

Mungkin kau belum merasa gelisah
Dan terlepas dari rasa ragu
Namun dirimu itu tersimpan jua
Seribu tanya seribu sapa

Dan saatnya kini kau pun pasrah
Di sisi kilau sebilah belati
Tak berdaya lupakan dirimu
Hanya tuk sekadar pelepas dahaga

Oh tragedi

Oh sungguh pilu
Kesemuan yang membius diri

Oh sungguh pilu
Kesemuan yang membius diri

Kau menggoda setiap insan
Yang menatapmu berbeban harap
Anggunmu dan sombong
Congkaku seketika
Melupakan kodrat kehidupan
Oh duniawi

Mungkin kau belum merasa gelisah
Dan terlepas dari rasa ragu
Namun dirimu itu tersimpan jua
Seribu tanya seribu sapa

Dan saatnya kini kau pun pasrah
Di sisi kilau sebilah belati
Tak berdaya lupakan dirimu
Hanya tuk sekadar pelepas dahaga

Oh tragedi

Perjalanan dari Pezinok ke Bratislava lebih kurang 20 KM je. Pagi pagi hari jalan tak jem mana.









Sampai di bandar Bratislava tetiba hilang punca tak tau nak tuju jalan ke mana. Bratislava merupakan bandar terbesar dan ibu negara Slovakia. Based on dari bacaan, kami memang nak terjah area Old Town dan main square dia.

Menyusuri laluan yang ada, akhirnya kami memasuki area Bratislava Old Town. 

Nampak ada few kereta melalui kawasan yang sama dan ada kereta warna merah yang nampak agak berbeza mundar mandir dalam area Old Town tu.

Kami pun follow je ler....



Area Old Town Bratislava ni lebih kurang sama dengan old town bandar bandar yang kami dah pegi sebelum ni. Lorong yang kecik, banyak kedai kedai cenderamata. Ada hotel penginapan dan cafe cafe terbuka.

IH memandu perlahan, aku ralit ambik gambar. BW kat belakang tak tau buat apa. Tengah makan apple agaknya...








Memula kami follow lah kenderaan kaler merah tu. Pastu tetiba driver dia belok dan masuk laluan sempit. Sempit gila sampai aku tergelak. Sempat kami membawang jap kutuk kutuk drebar tu.

IH drive terus ke depan... Ada banyak kedai kedai dan bangunan bangunan kelihatan di kiri dan kanan which aku assume kedai kedai cenderamata je la macam yang tadi.



Tiba tiba laluan makin sempit. Nak ke depan macam dah tak boleh sebab bangunan makin rapat dan laluan makin mengecil.

"Ambik kanan beb...."

Suka suka je aku bagi arahan.

Pastu kereta kami bergerak dekat dengan pejalan kaki. Ada yang tengok kereta kami berhenti. Pandang kereta. Pandang kami.

Wah !!!!

"Mesti dia orang terkesima rama rama tengok kereta kita lawa"
"Agaknya tak de orang pakai kereta ni lagi kat Bratislava ni kot"
"Mesti dia orang ingat kita orang kaya kaya Swiss"

Aku dengan IH menokok tambah sambil gelak gelak.

Tetiba terasa hebat. Dah sedar jalan makin kecik tapi aku pushed jugak IH suruh drive ke depan lagi.

"Lihatlah dunia............. !!!"

Tetiba.............................

Tetiba............................................

Tetiba.........................................................

"Eh.... Jalan mati lah !!!! Cemana ni?"
"Alamak....."

Betul betul hujung jalan tu ada cafe siap ada payung payung dan ada pelanggan tengah duduk kat meja bawah payung tengah menghirup kopi tengah tengah jalan mati tu.

Masing masing macam memandang kereta kami dengan cemuh dan keji.

"Cemana ni?"

Tetiba buah apple yang aku agak paling enak di dunia tadi rasa nak dimuntahkan serta merta !

IH terpaksa berhenti. Nak undur pun tak boleh. Nak u turn lagi lah. 

Tragedi apa kah yang menimpa kami lagi kali ni? Bagaimana kah kesudahannya? Adakah kami di sula oleh warga Bratislava secara beramai ramai di tengah tengah lorong ni nanti?

Last sekali, orang orang yang tengah minum tadi bangun dan alihkan kerusi dan meja masing masing bagi laluan untuk kami berundur.


Perlahan lahan IH berundur. Banyak jugak meja meja dan kerusi yang terpaksa dialihkan. Banyak jugak melibatkan tenaga kerja pelanggan dan pekerja cafe yang ada.

Rasa nak ambik lampin pakai buang tutup muka pastu buang dengan muka muka sendiri biar tak kelihatan lagi.

Fuh. Fuh. Fuh..........

"OK tak beb?"
"Jap..."

Pelan pelan IH berundur..... dan akhirnya...

"Thank you very much ! We are sorry ........................"

Kantoi muka tak Switzerland langsung !

Pecut !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Rasa dah tak nak datang ke Bratislava ni lagi. Betul betul jadi tragedi kat Slovakia nih !

bersambung....................

10 comments :

  1. lebat & merahnya buah epal tu...mcm ni baru best apple picking...FOC pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... mesti pakcik tu diserang rasa penyesalan selepas bagi kita org petik sesuka hati

      Delete
  2. adoiiii cantik kejadian buah epal tu....tp bab keta ngundur tu mmg lawak weyyyy hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik masih pagi. kalau tengahari org makan tengahari lagi payah nak angkut meja dan pinggan

      Delete
  3. seb baik silap jalan kat Bratislava bang Meng, kalau kat Malaysia termasuk area pasar malam pun dah boleh kena pukul hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita org ada periuk nasi beyonce.. agak agak boleh buat senjata tak?

      Delete
  4. Memang tragedi buah epal la Meng...kahkahkah....ai is jeles tengok buah epal bergayutan...ntah bila la gamaknya aku merasa nak fefeling petik epal macam ni...ko gi ni masa musim apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujung2 summer-rinda.
      kalau musim sejuk aku rasa pakcik tu sibuk buat arak kot... apple tak berbuah

      aku doakan kau berjaya petik apple secara live nanti. jangan gi petik secara haram di Oz tau !

      Delete
  5. nasib baik x tinggalkan keta & lari lintang-pukang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.... menangis balik jalan kaki lak lepas tu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...