Friday, August 23, 2019

NATURE ESCAPADE | 04 : Mangala Resort & SPA - Amani Villa

Jom usha penginapan pilihan kami semasa menginap di Mangala Resort & SPA, Gambang ni iaitu AMANI VILLA.




Amani Pool Villas are the latest addition to the list of Mangala’s luxury Villas. Situated on slightly terraced land built around a small orchard of mangoes and the popular Musang King durian trees. Each of these luxury contemporary interior-designed semi-detached Villas boasts its private saltwater plunge pool. Some units are with interconnecting doors. All the Amani Pool Villas are fitted with a King Bed.

Each unit with a large built-up area of 60 square meters offers a poolside balcony, spacious bathroom, rain shower and tub. Some units are fitted with a double tub.



Kawasan Amani Villa ni tak jauh mana dari bangunan reception tapi still boleh naik buggy suruh mereka hantarkan sebab tak boleh drive kereta ke dalam area ni.

Sebab kawasan dia adalah kawasan kebun jadi memang banyak pepokok menghiasi laman sampai kadang tak nampak villa villa ni sebab terlindung dek pepokok.






Kebanyakkan villa di Amani ni banyak mengadap ke arah bukit mengadap matahari terbit.

Pokok tanaman kebun yang aku nampak banyaknya pokok pisang dan ada jugak pokok durian. Tapi semuanya masih muda muda. Maybe datang menginap tahun tahun akan datang baru boleh merasa buah buahan di sini.

Musang King pun ada. Baru ala ala nak berbunga....



Dah tak sabar nak usha villa kan? Jom !



Amani Villa ni biasanya berkembar dua unless yang memang saiz besar 2 bilik. Aku ambik yang satu bilik jer.








Sebaik je masuk ada area kecik untuk isi payung, luggage dan kasut. Then katil serta closet dan living hall memanjang ke arah balcony. Swimming pool di luar villa.





Usha bedroom dulu.....

Ada king size bed. Bantal dan tilam yang empuk dan katil cukup selesa. Dalam closet ada apa semua robe, sejadah, security box dan sebagainya.








Then section seterusnya adalah living area. Ada sofa dan 2 kerusi single.



Dan sebelah lagi ada set TV dan amenities yang lain. 

Ada working desk belah kiri.

Working desk

List of info dan aktivities yang ada di resort ni

Room service menu. Tak order pun.

Tapi tiap malam dia orang hantar cokelat dan postcard..

My current addiction. * tetiba menyemak atas meja

Balik ke area living hall.

Sofa dan meja kopi

TV dan coffee maker

Channels TV not bad. Cukup banyak.

Coffee maker dan segala kelengkapannya.



Complimentary mini bar..

Dan minumannya...

Dan kat bawah rak ada swimming towels dengan selipars.



Pendek kata cukup lengkap lah. Cuma tak de dapur jer.

Now nak gi pool dulu ke nak gi toilet?

Toilet dulu lah. Toilet dia agak luas dan memanjang.

Belah kanan

Belah kiri.

Ada cermin dan 2 sinki. Tak payah nak berebut rebut.

Amenities

Hairdryer

Towels pun banyak.

Belah kanan tadi ada standing shower..

Dan bath tub. 

Memang glass through tapi ada tembok belah luar so memang tak nampak orang unless ada orang memanjat.

Belah kiri di hujung sekali baru lah tempat mencari buah fikiran...

Boleh memerut dengan tenang.  Yang ni tak glass thru tapi half je nampak pokok belah luar.

Dan ni area yang di tunggu tunggu, especially anak anak aku. Swimming pool dan balcony. Balcony tu aku yang suka sebab nak merokok senang.

Salah satu sebab aku ambik Amani Villa ni sebab dia ada private pool.



Jadi gunakan peluang yang ada untuk berendam sampai lebam. Pagi petang siang dan malam. Ikut suka budak budak tu lah sampai dia orang bosan. 



Siap bawak pistol air, pelampung, mainan dia orang dok bergodak dalam air.

Dan aku pose pose lesu....

Tenang tenangkan diri

Layan diri sambil memandang ke depan.... 

Dan petik jari.

kelik ! kelik ! ketik !

"Kopi tarik please..............."

Muncul okeh !

Petik jari lagi..

*kelik ! kelik ! ketik !

"Nasi lemak please. Sambal udang ......"

Muncul jugak. Siap dengan ayam berempah tu....

Petik jari lagi..

* kelik ! kelik ! ketik !

"Donut please......"

Dunkin Donut sekotak muncul dengan pelbagai perisa..

Haloba menguasai diri. petik jari lagi..

kelik ! kelik ! ketik !

"Masad.. Masad. Masad bahu....."

PANG !!! Tiba tiba cahaya kilat kelihatan dan bunyi petir kedengaran.. ... !!  

Terus insaf.

By the way pool dia not bad lah. Agak besar saiznya.... boleh lah berenang berkuak kuak.

Memang santai walaupun view daun daun pokok. Tapi agak privacy lah tak nampak orang lain.







Memang terbaik !!


Nanti sambung dengan facilities di Mangala Resort & SPA ni...

bersambung....................

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...