Thursday, August 1, 2019

JULY 2019 | GBS - SET in the CITY

GBS gets together.... July 2019. SET in the CITY.

Baca betul betul.. bukan SEX in the City eh.

Tempat pertemuan GBS kali ni adalah di..........................

Pekan, Pahang

Bandar Di Raja

6 bulan sejak IH dihantar untuk bertugas di sana, kami belum sempat melawat beliau. Dah berkali kali kononnya trip nak ke Pekan ni tertangguh, akhirnya terlaksana. Dan tugas beliau di daerah ini bakal berakhir bulan depan !

Pekan agak dekat di hati aku sebab aku pernah bersekolah di sana sekejap. Jadi kunjungan ni selain daripada melawat beliau sebelum beliau tamat tugas dapat jugak aku mengimbau kenangan lama masa berada di bandar di Raja Pahang ini.



Asalnya aku, BW dengan MH nak drive ke Pekan, tapi last minit drebar kami MH ada hal keluarga jadi tak dapat turut serta. 

Aku dah lah tak suka drive jauh jauh. Harapkan BW, hmmmmmmm hampeh lah. Malas nak bertangguh lagi jadi kami ambik public transport.

TBS

Kami pegi naik bas. Bas ke Kuantan dulu baru ke Pekan.

Dan balik naik flight dari Airport Kuantan

Fight 30 minit je sampai KLIA.

Berkesempatan ke sana, selain dari bertemu sua, sempat kami ronda ronda Pekan dan melawat tempat tempat tarikan yang menarik di sini antaranya.....

01. Masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj - Masjid Daerah Pekan.



02. Pekan Riverfront - Port warga tempatan melepak dan santai santai di petang hari.



03. Kampung Budaya, Pulau Keladi - Ada pusat tenunan Pahang dan Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak.



04. Muzium Sultan Abu Bakar - Muzium Negeri Pahang



05. Muzium Masjid Sultan Abdullah - Sebuah Muzium Kesenian Islam.



06. Masjid Ahmad Shah dan Makam Di Raja...



07. Galeri Pengangkutan Air



08. Meow Island di Pulau Kucing - Pulau kecil yang dikhususkan sebagai shelter kucing kucing jalanan yang dibuang dan terbiar.







Tak lupa aktiviti makan makan di tempat tempat viral dan yang menjadi tumpuan warga tempatan menjamu selera di sekitar daerah Pekan ni......

Nasi Kukus My Mama.

Selepas makan di Gambang hari tu kebetulan di Pekan ada 2 cawangan so aku tak lepaskan peluang. Memang sedap nasi kukus dia dengan ayam berempah

Daging Bakar Daun Pisang. Tak try pun.

Roti John Cheese Leleh.... 

Pekena cendol di Riverfront Pekan...

Makan durian

No MAUSANG King !!!

Tak lupa Murtabak Mengkasar yang glamer di Pekan ni.

Memang sedap.

Nak try Nasi Dagang Ubai di Kg Ubai... tapi lauk habis 

Warung Roti Canai Sedap Abedin... yang ni depan Airport Kuantan.

Roti dan Murtabak dia memang sedap sungguh.....

Semasa di Pekan, kami menginap di AnCasa Royale Pekan. 

Satu satu nya hotel bertaraf 4 bintang di sini yang terletak di pinggir Sungai Pahang.










Sempat sambut birthday geng geng yang lahir bulan July ni. Aku, BW dan CP berkongsi birthday di bulan yang sama.


Dan tak lupa melayan senja di Sungai Pahang.............





Mesti ada yang tertanya tanya kenapa kami tak stay rumah IH kan?

Hmmmmmm.............

Sebab rumah dah tak de barang dia dah berkemas sebab dah nak abis tugas ! Tapi story yang lebih dari tu.

Ingat tak entry pasal cerita hantu ni ? Alchemist

Korang mintak kan? Nah aku kasi !

Masa IH mula di tugaskan di Pekan ni, dia di beri rumah pegawai. Banglo 2 tingkat untuk didiami. Malangnya member aku ni tak dapat nak stay rumah tu sebab ada gangguan yang tak best. Nak ajak family dia pindah sama pun tak syok !

Lampu menyala sendiri di tingkat atas rumah

Dan suara mintak tolong dari kawasan belakang rumah.

Faham faham je lah banglo lama di kawasan agak terpencil dari laluan awam. Kesian member aku ni, trauma dia duduk sana sampai terpaksa berulang alik dari Kuantan ke Pekan setiap hari sebab di Kuantan je la dia dapat hotel murah. Weekend je balik rumah family dia yang terletak kira kira 2 jam perjalanan dari Pekan. Nak balik tidor kat rumah dia ni memang tak lah. Dia cuma balik rumah ni siang hari je ambik baju. Tu pun tak naik atas. Nasib baik jugak lah kawan aku ni banyak outstation.

Dia cuba apply kuarters lain tapi takde kekosongan. Last sekali, dia cuba apply untuk sambung belajar, mungkin rezeki dia Allah bagi dan dia dapat sambung Master.

Maka berakhirlah keresahan beliau dan akan bermulalah kegembiraan beliau untuk pulang kembali ke KL semula !

Istana Leban Tunggal, Pekan.

Maka begitu lah ceritanya pasal kawan aku IH ni. Kami buat trip ke Pekan ni untuk melawat kawasan dan meraikan kepulangan beliau ke KL semula.

Nanti kami GBS cukup geng travel dan boleh travel lagi dan lagi.

Maka ingatlah, dibalik sebarang kesulitan, PASTI ada jalan............. Sentiasa berdoa. Banyakkan bersabar.

Good luck and all the best Incredible Hulk !



Ohh...

Tak akan pernah pudar
Kan terus tegap sayang
Teguh dijiwa tetap sama apa ku rasa

Hatiku tiada ragu
Kasih hanya pada kamu

Kuberikan segala cinta
Tiap pergorbanan kurela
Seumur hidup ini sampai syurga
Buat kau bahagia sentiasa

Bersama jagakan agar cinta malar
Biar datang apa halangan yang menduga
Tak mampu tanpamu kekasihku

Terima kasih sayang
Cintamu wangi mekar
Tuhanku pinta tolonglah jagakan dirinya

Hatiku tiada ragu
Kasih hanya pada kamu

Kuberikan segala cinta
Tiap pergorbanan kurela
Seumur hidup ini sampai syurga
Buat kau…

6 comments :

  1. Banyak gak tempat yg menarik dekat Pekan ni ya...blh lah singgah klu ke Kuantan nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la nak stop over..... singgah minum cendol makan murtabak mengkasar ke

      Delete
  2. Tak tau pulak kat Pekan ada pulau meow meow...menarik tu...banyak ke kucing kucing kat situ Meng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni ada dlm 30 eko... semua dah di kasi supaya tak membiak ranak.. dan yang sihat2 je boleh feeling2 dok pulau meow ni.
      yang tak sihat duk kat shelter lain kat bandar pekan. bila dah fit baru boleh berjimbaa

      ada kambing sewel kat meow island ni

      Delete
  3. huish, angker tu... seram bulu betis aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jatuh berguguran bulu bulu tu.
      cepat makan power cat !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...