Saturday, May 4, 2019

PUTRAJAYA Foodtruck

Usha usha Foodtruck Putrajaya.

Aku tak de lah peminat food truck2 ni. Macam pening nak pilih makanan kalau dah banyak sangat. Tapi berkesempatan ke Putrajaya, kebetulan nampak ada medan Food Truck di buka di Putrajaya ni, boleh la usha usha apa yang ada.


Ke sini time nak senja. Agak ramai orang. Ada yang usha sunset. Ada jugak yang mencari makanan !





Ada banyak gerai gerai menjual makanan. Macam macam ada. Ada jugak selingan hiburan dari group busker menghiburkan pengunjung yang datang.







KFC = Kelantan Fried Chicken !





Kehadiran kami bersempena dengan Pesta Belon Panas Putrajaya. Jadi hadirin hadirat agak lebih dari ramai dari biasa kot.

Banyak banyak gerai tak tau nak pilih yang mana.




Sudahnya order roti John dan air tembikai je. Nasib la roti john tu sedap.

Tak kenyang pun tapi buat syarat sebab dah sampai. Kira OK lah port lepak lepak makan makan dan kudap santai bagi yang berada di kawasan Putrajaya ni. 

Lokasinya dekat dengan Masjid Besi.












Selesai melayan senja, singgah di Masjid Besi untuk solat Maghrib.





Boleh di jadikan aktiviti hujung minggu untuk seisi keluarga bagi yang tak de idea nak buat apa !

Selamat berfood truck !

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...