Saturday, May 25, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 03 | 02 : SCHWANGAU

Perjalanan diteruskan.



Kami masih di sajikan dengan view yang indah sepanjang perjalanan. Dari kawasan pergunungan hingga memasuki pekan pekan kecil yang tenang dan jelas menggambarkan perkampungan Eropah.




Kalau ikut kan hati, setiap port yang cun kami nak berhenti. Tapi takut nanti tertangguh pulak perjalanan ni. Fokus ! Fokus ! Sebab hari ni kami nak makan tengahari dengan Cinderella dan Sleeping Beauty !

Dari negara Austria, kami akhirnya memasuki Germany. Negara yang aku sendiri belum pernah jejakkan kaki. Tercari cari gak mana pintu immigration memasuki negara German tu tapi macam tak ader !

"Hello ! Kami bersemangat nak chop passport banyak banyak ni? Tak kesian ke kat kami?"

Tak tau nak tanya sapa. Tapi some negara negara Eropah ni sebenarnya mengamalkan persempadanan terbuka yang mana boleh keluar masuk sesuka hati je dah. Tak payah nak chop chop passport. 

Kecewa !

Dan satu lagi, memandu di Germany tidak memerlukan vignette. Jadi boleh berlegar legar secara perchumah !



Jumpa castle di perjalanan tapi tak singgah sebab destinasi yang kami nak pegi ni lagi menarik. Ada castle yang menjadi istana paling teratas untuk di kunjungi. 

Gah dari segi binaan dan popularity nya iaitu Neuschwanstein Castle. Termaktub sebagai future list of UNESCO World Heritage Site di Germany.

Neuschwanstein Castle. One of the amazing castle di dunia. Diinspirasikan menjadi istana istana dalam cerita fairytales oleh Disney telah menjadikan ianya lebih tersohor.






Neuschwanstein Castle (German: Schloss Neuschwanstein, pronounced [nɔʏˈʃvaːnʃtaɪn], Southern Bavarian: Schloss Neischwanstoa) is a 19th-century Romanesque Revival palace on a rugged hill above the village of Hohenschwangau near Füssen in southwest Bavaria, Germany. The palace was commissioned by Ludwig II of Bavaria as a retreat and in honour of Richard Wagner. Ludwig paid for the palace out of his personal fortune and by means of extensive borrowing, rather than Bavarian public funds.

The castle was intended as a home for the king, until he died in 1886. It was open to the public shortly after his death. Since then more than 61 million people have visited Neuschwanstein Castle. More than 1.3 million people visit annually, with as many as 6,000 per day in the summer.

Neuschwanstein_Castle

"Tu lah kot. Atas bukit sana?"


Dari jauh dah kelihatan. Sah ! Kami dah nak sampai....... Harapnya Cinderella masakkan makanan tengahari untuk kami hari ni.

"Cinderrrr.. We are a bit kebulur now u know? Better you Relaaaa cook something delicious one for us !"

Aci nak request Patin Tempoyak dengan Kailan ikan masin ?




Sesampainya kami di situ cari parking dulu. Ada parking area dan orang pun boleh tahan ramai time tu. Dah park pun masih terpinga pinga sebab tak tau nak tuju ke mana !

Cinderella kata nak jumpa kat simpang. Haram !

Dah nampak castle atas bukit, tapi kena cari cara cemana nak naik ke sana !








Actually ada beberapa cara untuk naik ke atas sana. Selain daripada trekking dan hiking which memang out of our list ..... 

read : aku lapar dan tak berdaya saing. 

Boleh jugak naik kuda sampai kat istana tu...... 

read : aku kesian kat kuda kuda tu. 

Atau naik bas ! Ya. Itu lah pilihan terbaik lagi sensasi untuk artis artis seperti kami.

Kena menapak sikit dari area parking tu ke bus stop.

Harga tak silap Euro 2. Ada tiket booth kat situ.

Bas akan bawak naik ke atas sampai satu area semua orang turun dan boleh la menapak samaada ke istana atau merayap di kawasan atas bukit tu. 

Kalau nak masuk istana tiket kena beli kat kaunter ticket kat bawah.

Di atas tu ada jambatan dikenali sebagai Marienbrücke, boleh nampak view air terjun dan jugak panorama Neuschwanstein dan kawasan sekitarnya. Memang ni port wajib kalau ke sini because of the view !






Expect orang yang ramai di kawasan ni. Memang boleh berlaga bontot masing masing nak cari port terbaik untuk ambik gambar. 

Dan view dari jambatan ni memang superbusa !










Memang lawa !

Lepas spent some time kat area jambatan tu, kami menapak ke arah istana ikut laluan yang ada. Memang kena turun naik kawasan berbukit. Tapi view masih terbaik ! Nampak kawasan di bawah dan sekitar area Schwangau ni.










Cukup je lah layan view di sini. Kami tak de kekuatan nak pegi dekat dekat istana tu atau masuk ke dalam. Lagipun tetiba dapat wassap dari Cinderella.

"Sorry uouls. Iols lupa date kita hari ni. Iols dah keluar ke pekan. Nak cari selipar kat Bata. Selipar lama dah putus !"
"Keji kau Cinderella ! Sleeping Beauty mana?"
"Sheols sah sah la membuta. Semalam tahajud lama..............."

Puaslah mengecewakan hati kami yang datang dari jauh ni !



Kau telah pergi
Meninggalkan diriku ini
Dan aku terasing
Dari ingatan yang kau cipta
Betapa kejamnya dirimu
Menyiksa hati yang mencintamu

Puaskah hatimu
Melukakan perasaan yang menanti
Jawabanmu yang tak pernah menghargai
Oh ternyata cinta buat diriku
Tak ada lagi

Bahagiakah kau menikamku selama ini
Walau ku bersedih kurela melihat kau pergi
Betapa kejamnya dirimu
Menyiksa hati yang mencintamu

Puaskah hatimu
Melukakan perasaan yang menanti
Jawabanmu yang tak pernah menghargai
Oh ternyata cinta buat diriku
Tak ada lagi

Cuba rasa perit lukaku
Selalu ingin kau tahu
Andai terpisah jasad dari nyawaku
Ku tetap setia untukmu selamanya

Puaskah hatimu
Melukakan perasaan yang menanti
Jawabanmu yang tak pernah menghargai
Oh ternyata cinta buat diriku
Tak ada lagi

Jawabanmu yang tak pernah menghargai
Oh ternyata cinta buat diriku
Tak ada lagi

Kalau sesapa cukup time boleh masuk for the tour. Boleh tengok sendiri dalam istana.





Menapak balik ke tempat bas dan ambik bas turun ke bawah semula.

Di belah bawah tadi tu ada banyak kedai kedai cenderamata, restoran dan jugak penginapan kalau bercadang nak menginap di kawasan ni.






Sebab Cinderella mungkir janji, jadi kami beredar je dari kawasan Neuschwanstein Castle ni. 

Tak jauh dari situ kami singgah dan lunch atas padang ! Hahaha... Kebulur tahap cipan dah ni. 





Lunch dengan view yang macam ni.

Kenyang Alhamdulillah. Ramai je orang pandang ada 3 orang sewel dari mana ntah ( cas cas artis ) makan tengah tengah padang.

Ada kami kisah? No ! 

Dah kenyang. Perjalanan diteruskan...............





Masuk autobahn. Sedikit hilang pedoman. Memecut tanpa kesopanan dan kesusilaan..

bersambung......................

2 comments :

  1. Dua kali skrol atas bawah nak tengok gmabar banyak kali dgn iringan lagu tema drama Aku Yang Kau Tinggalkan - lokasi kat Europe jgk drama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh drama selow nak mamppsss tu...

      tu kat budapest

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...