Wednesday, March 13, 2019

MZ DARULNAIM, KL

Mencari port makan tengahari di KL?

Jom kita terjah tempat ni.

Namanya MZ Darulnaim. Nama je Darulnaim tapi lokasinya di KL.

Lokasinya betul betul depan KL International Hotel di area Chow Kit berdekatan dengan Kg Baru


Warung kayu jer.

Tapi jangan tertipu atau terpedaya dengan luarannya. Walaupun usang tapi gerainya meriah di dalam !

Boleh ambik port di luar

Atau di dalam.

Magic ! Kakak tudung merah dah hilang.

Agak agak mana sheols pegi?

Dah tentu la gi usha lauk pauk yang ada di sini. Kata datang nak makan kan? Usha lauk.










Mencabar bafsu nafsi tak tengok lauk yang banyak macam tu? Memang banyak especially lauk lauk dan masakan Kelantan.

Ada lagi............





Bubur, kuih muih, buah buahan dan macam macam lagi ada.

Dan masa untuk menjamu selera.








Abiskan. Tengok lauk banyak terus jadi haloba semua nak ambik. Alhamdulillah kenyang. Tapi verdict aku agak kureng maybe masa kami makan tu lauk lauk since dah lama terhidang jadi dah sejuk. 

Kurang kick. 

Tapi orang agak ramai jugak jadi dari segi rasa maybe kena dengan selera ramai manusia manusia lain yang mencari pilihan masakan dari Pantai Timur ini.

MZ DARULNAIM
No. 64, Lorong Haji Hussein 2,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur

Di buka setiap hari dari 7am - 1am

Harga berpatutan. Acik acik yang bekerja pun friendly semuanya.  Sila sila lah berkunjung kalau nak rasa masakan di sini cemana.

MZ tu stand for Mohd Zain bersempena nama tokeynya yang berasal dari Tanah Merah, Klatey.

4 comments :

  1. haa tu la dok pikir, dh siap letak dlm mangkuk tu mesti dh sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal nya... tapi masa ambik makanan tu tetiba haloba datang...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...