Monday, March 25, 2019

Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, SEPANG

Bagi sesiapa yang biasa lalu jalan menuju ke KLIA, pastinya akan terpandang sebuah masjid yang besar lagi gah di tepi highway sebelum nak sampai airport tu.

Masjid tersebut adalah Masjid Sultan Abdul Samad atau juga di kenali sebagai Masjid KLIA.



Masjid Sultan Abdul Samad didirikan bersempena pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia menjadi salah satu mercu tanda negara ini dari pintu masuk laluan udara yang dapat dilihat oleh pelancong-pelancong yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang terbesar di Malaysia ini.

 




Nama Masjid Sultan Abdul Samad diambil sempena Sultan Abdul Samad yang merupakan putera Raja Abdullah ibni Sultan Ibrahim Shah, dan dilahirkan pada tahun 1804. 

Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga baginda mangkat pada 6 Februari 1898.


Entrance


Ukiran di pintu masuk


Pintu masuk


Plak perasmian

Masjid ini dibina pada tanggal 1 Ogos 1997 dan perasmiannya pada 25 Ogos 2000 oleh DYMM Tungku Idris Shah Ibnu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj.

Masjid ini begitu luas dan mempunyai beberapa compound sebelum ke dewan solat utamanya.

Reka bentuk masjid ini berkonsepkan seni bina Arab klasik dengan kubah-kubah menjadi tarikan utama dan bumbung berbentuk rata. Kubah utama masjid ini mempunyai teknik pengulangan yang menggunakan gerbang yang dilapis dengan cermin telus menampakkan struktur tetulang bahagian dalam dan memberi impak bermotifkan daun.

Pada kaki kubah terdapat motif flora dihasilkan daripada penyusunan jubin-jubin seramik yang berwarna. Lambang kosmos, iaitu bulan dan bintang diletakkan di puncak kubah yang melambangkan kedaulatan Islam.


Compound

Kubah

Antara kemudahan yang ada

Tempat wuduk

Arah sisi

Senibina dalaman memang cantik dan masjid pun bersih. Warna warna kaca yang terbias dari cahaya matahari yang masuk di bawah kubah menyerikan lagi mood dalaman masjid ni.

Bau pun wangi dan keseluruhan masjid terjaga rapi. 

Usha kawasan dalam masjid dan dewan solat utamanya.

Bawah kubah

Senibina dalaman

Mihrab

Mimbar masjid

Karpet

Bahagian sisi dewan solat utama

Dewan solat utama

Anjung

Walaupun reka bentuk bangunan masjid ini mengambil seni bina Moghul, namun pelan lantai masjid ini menyerupai gaya tradisi Melayu seperti pada ruang anjung di sekeliling masjid.

Anjung-anjung dibina berbentuk segi empat sama yang mempunyai gerbang-gerbang berbentuk gothic. Tata-rias daripada jubin berwarna membentuk corak geometri menyerlahkan keindahan masjid ini.




Kemudahan pun cukup lengkap dan memberi banyak keselesaan kepada jemaah yang datang beribadat. Pastinya aktiviti aktiviti keagamaan sentiasa di adakan bagi mengimarahkan lagi masjid yang di miliki oleh Malaysia Airport Berhad ni.

Ada jugak gerai gerai jualan makanan dan cenderamata di kawasan parkir masjid.




MASJID SULTAN ABDUL SAMAD KLIA
Jalan Salak
43000 Sepang
Selangor
fb : Masjid-Sultan-Abdul-Samad-KLIA-Sepang

Selamat berkunjung !

2 comments :

  1. Ni masjid yg bentuk bulan sabit + bintang klua tgk dr atas ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lah. kena beli drone baru buleh tengok..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...