Saturday, March 11, 2017

Kisah Di Sebalik Tirai Besi....................

Jeng Jeng Jeng !!!!

Hari ini semua persoalan akan terjawab. Semua misteri akan terungkai..... 

Baca tanda ni...... 

Dan saksikan bangunan yang tersergam ini.....

Maka terjawab lah.. kenapa aku dan Sepang berpisah tiada untuk beberapa entries yang ada yang lepas lepas.

Ya.. aku pernah bagitau kan pasal aku kena naik mahkamah sebab memandu di lorong kecemasan? Sekarang ni kesalahan tu dah tak leh nak kompoun dah. Sesiapa yang di dapati bersalah, terus naik court.

Court mahkamah laa bukan Court Mammoth !

Cerita dia macam ni. Ada satu hari tu, waktu petang aku abis meeting di Cyberjaya. Pastu aku nak balik lalu ikut laluan ke Elite Highway kat situ ada contruction flyover yang runtuh dulu tu. So ada detour untuk u turn dan semua orang yang buat u turn ni menjadikan jalan ke tol terhalang dan jem. So sesapa yang nak ke tol terpaksa la lalu ikut laluan kecemasan. Tu jer ! Aku pun follow semua kereta kereta lain, tapi hari tu memang nasib tak baik, ada pegawai JPJ berdiri tepi jalan tu dan snappy gambar semua kereta yang melanggar peraturan tu.

* seka airmata sambil mengimbau kenangan silam aku dan diri mu... berdua bersama bermadu...........

Pendekkan cerita, surat saman sampai, suruh pegi JPJ then pegi JPJ terus dia bagi tarikh untuk naik court.

Surat naik court

Dah kena naik court takkan aku tak nak pegi. Dah aku buat salah ! Lagi pun aku mana ada peguam nak mewakilkan. Tak mampu nak bayo. Hahaha....

So aku akur lah dan pegi ke mahkamah Sepang pada waktu yang di tetapkan hari tu. Sebab dia bagi masa kena sampai pukul 8 pagi, dan sebab aku takut jauh aku nak sampai dari rumah, tu yang aku bermalam di hotel youniQ tu.......

Di pendekkan cerita lagi. Pagi tu awal awal lagi aku dah buat kemunculan di mahkamah. Cuak jugak la takut reporter reporter semua dapat menghidu dan siap sedia nak war war kisah perceraian aku dengan Fazura ni. Tapi aku cool !

Aku relaks jer.... 

Sebab... haram tak de orang pun yang ambik port dan kenal aku kat court tu !

* sedar diri yang tak seberapa ni

OK now aku share sedikit sebanyak, apa nak buat kalau kita kena naik mahkamah !

Memula kena pegi mahkamah lah. Pastikan lokasinya betul. Jangan pegi mahkamah lain pulak. Sebab aku sabit kesalahan di Putrajaya tu yang kena naik mahkamah Sepang ni.

Waktu aku sampai dah ramai yang menunggu. Ada yang pesalah macam aku. Ada ahli keluarga jugak dan macam macam lagi. Tapi..................... selagi peguamcara dan peguambela tak datang, kena lah menunggu.

Tipu je konon konon nak start pukul 8 pagi !

Sebab ada masa, yok kita melawat kawasan jap.

Direktori

Kalau dah sampai kena register dulu, bawak surat yang kena naik court tu. Tapi orang dalam kaunter tu tak layan, dia suruh tunggu pegawai JPJ yang berkenaan sampai. Sebab pegawai JPJ ni la yang menyabitkan kesalahan kita ni.

Upacara menunggu memang mencemaskan. 

Suasana memang nampak macam yang kita tak biasa. Banyak lawyer. Pastu datang van dan lori polis bawak banduan dan pesalah bergari untuk di bicarakan. Ini semua pemandangan yang boleh di lihat di sini. 

Belum kira ahli keluarga dan sanak saudara yang menangis meraung nampak sedara mara mereka yang bergari di bawa ke bilik bicara.

Bapak dia sedih pasal anak dia kena bicara kot

Di sini juga ada kaunter bayaran untuk membuat pembayaran

Tunggu dan terus menanti sampai dekat pukul 10 jugak la baru lah pegawai JPJ tu datang. Then bagi surat naik court tu dan dia akan ambik butir butir yang perlu.

Aku sendiri pun tak tau nak expect apa. Aku ingat ini macam procedure biasa so aku pun datang sorang tak de lah nak prepare apa apa.

Pegawai JPJ tu sampai dan semua pesalah pesalah yang menunggu semua daftar dengan dia.

Dan kami semua di bawa ke bilik bicara di mana pertuduhan dan perbicaraan di jalankan.

Senyap ! Mahkamah sedang bersidang

Lepas tu kami yang pesalah pesalah ni di suruh masuk ke bilik mahkamah. Kami duduk kat belah belakang je. Ada sorang polis tua yang garang. Siap warning jangan sampai phone berbunyi.

Suasana dalam bilik perbicaraan. Gambar sengaja aku kaburkan. Actually tak boleh ambik gambar ni.

Dan kami pesalah duduk kat kerusi ni dan dengar dari jauh je. Kalau sedara mara datang pun boleh masuk tapi tak boleh buat bising.

Then Tuan Hakim masuk dan sidang di mulakan

Peguam cara dan peguam bela masing masing menyampaikan hujah hujah mereka.

Tapi. Dalam satu satu sesi perbicaraan di mahkamah Majisteret macam ni, bukan ada satu dua kes je malah banyak gila dan setiap kes dibacakan satu persatu sementara menunggu Hakim menjatuhkan hukuman.

Hari tu sesi pagi penuh dengan untuk pesalah Immigration dan pendatang tanpa izin. Sorang demi sorang di bawa masuk dan di bacakan pertuduhan dan Hakim menjatuhkan hukuman.

Rengsa la aku dan yang lain lain ni menanti.........................

Berdebar debar pun ada jugak ni tapi aku dulu kat US pun pernah naik court.. hahaha. Kesalahan lalu lintas jugak. Siap polis tu keluarkan pistol lagi sebab aku sesuka hati je keluar dari kereta masa polis tu suruh pulled over. Hiks.

Nak gi kantin tak lalu nak makan dah rasa. Tak tau la hukuman cemana yang bakal di jatuhkan

Abis abis aku turun keluar dan hisap rokok

Tunggu punya tunggu then bermula lah kes kes yang melibatkan kesalahan lalu lintas ni. Ada sorang mamat ni di panggil then jatuh hukum. Then ada sorang lagi. Tup tup nama aku berkumandang.....

Dup dap dup dap.

Dah di panggil tu kena pegi depan. Tapi tak de la masuk dalam kandang orang kena tuduh. Belah tepi je. Pastu nanti ada sorang tukang bela kot ( makcik India ) akan verify nama kita dan tanya sikit sikit dan ulang semula pertuduhan.

"Awak mengaku bersalah?"

Dia tanya.

"Saya mengaku... tapi..........................."

Bila aku cakap tapi je dia pandang aku, aku pandang dia tetiba mata dia bulat dan besar.

"Oh.. tak boleh ada tapi?"

Dia diam je. Then dia intro kat Hakim. Hakim dengar... then Hakim sibuk menulis apa benda ntah.... then Hakim bersuara..

"Untuk kes bla bla bla bla..... hukumannya.. denda RM 600. Tak bayar, penjara 6 hari !!"

Tu je suara Hakim berkata kata.

"Ala Kasim. Ampunkan mak Kasim. Mak dah tua. Mak dah senja. Mak dah tak berguna lagi Kasim. Eh.. Hakim !"

Terus tersedar dari lamunan.

Aku relaks je lah. Dah jatuh hukum. Terima je lah. Sapa suruh kau masuk lorong kecemasan kan???? Padan muka diri sendiri.

Pastu nama orang lain pulak di panggil. Tak de la lama sorang sorang punya kes di settlekan.

Lepas dah abis tu, nanti ada pelapor yang tulis hukuman kita tu akan bagi kertas jatuh hukum pada polis tua yang kecoh kecoh dalam court tu.

"Kamu apa hukuman kamu tadi?"

Dia tanya aku.

"Denda RM 600"
"Kamu ada duit nak bayar?"
"Errrr......  sekarang tak  cukup lah. Saya boleh pegi bank kejap keluarkan duit"
"Mana boleh pegi bank ! Dah jatuh hukum ni tak boleh keluar. Kamu datang dengan siapa?"
"Sorang je"
"Mana boleh. Kena lah bawak keluarga. Sekarang macamana? Kamu kalau tak bayar kena tahan ni"
"Huh?"

Tetiba aku jadi bengong kejap.

"Telefon keluarga ke sedara mara ke, kawan ke. Mintak dia datang bayar kan. Suruh dia bawak duit ! Kalau tak kamu kena penjara"

Alamak !!!

Sapa aku nak cari? Bukan dekat ni. Sepang kot. Aku tak de kenal sesiapa pun kat kawasan ni !!!!! Abis tu cemana? Takkan aku nak kena masuk penjara?????????????????????

Gelap la masa depan.....................



Di balik rona ceria
Terpaling mendungnya
Bagai pelangi yang pudar warna
Serinya diambil
Segala semua
Terumbang-ambing cari arahku
Bekalan rindu hancur dan berderai
Yang kuidamkan kini terlerai

Serahkan kembali cinta itu
Yang pernah kau sanjungi dahulu
Apalah(kah) erti, sandiwara ini
Hari-hari yang bakal bersua
Pasti kosong tidak bermakna
Khabarkan sahaja pada semua
Akulah lara
Seperti tak percaya
Luka masih ada
Bila kau hilang rasa derita
Mungkin kekal begitu
Siapalah tahu
Kan aku cari penawar pilu
Bisakah ikan lemas di dalam lautan
Begitulah aku penasaran

Pencarian erti diselangi mimpi
Kerana kasmaran cinta aku menderita
Berikan ku jalan
Biar karma sahaja
Yang akan menentukan

perlu ke bersambung?

20 comments :

  1. Meng;

    I think you should write the skrip drama melayu ler !!! Sebab sure orang ternanti nanti gitu ...

    Kan skg nih Azwan Ali kata, skrip skrip drama melayu very the hampas kannn ...

    Meng nyer skrip penuh saspen !!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau menaip campur emosi memang cam tu jadi nya...

      part suspen tu bayangkan kalau dlm sinetron.. kamera tu akan zoom muka pastu ke depan ke belakang ke depan ke belakang.. pastu pelakon akan sebut.

      "APA?????????????????????????"

      hahahaha

      Delete
  2. Uih, ini my requested entry dulu nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. tgh fikir nak sambung ke tidak setengah lagi. takut nanti kang org fikir menghina system perundangan lak..

      tanya hakim dulu lah buleh ke tidok

      Delete
  3. Hahaha drama lah kau meng oi...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan drama. jauh lagi sinetron.

      ini betul betul ... menjadi.. realityyyyyyyyyyyyyyyy yeay yeay yeay...

      * tarik microfon jac

      Delete
  4. kena bagi cadangan :
    1. dalam mahkamah kena ada atm
    2. mahkamah kena terima credit card dan debit card

    sambung meng....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ustajah. aku pun pelik. kalau tak de atm tu ok lagi.. tapi takkan online payment tak buleh.. kalau org kena denda byk2 tu cemana nak bayo cash?

      * pasrah

      Delete
  5. Hahaha..drama tul. Sambung meng sambunh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang drama sebab tetiba kena sumbat dalam jail.

      Delete
  6. lawak la baca tp suspen juga..so sambung cite seterusnya

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. kannn? tak payah sambung pun tak per. bukan penting pun. hahahaha

      Delete
  8. Drama king la ko ni Meng...cite ni pun nak sambung...mencihhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kena sambung... saja nak bagi cerita tersangkut sangkut

      Delete
  9. saya mmg keja kt mahkamah.. now mostly mahkamah da guna system bayaran baru yg semua denda or apa2 bayaran fee mahkamah bole byr thru atm machine yg disediakn kat mahkamah itself(Bank Muamalat) tak pun bole bayar guna debit card (bkn credit card). Tak tau la prosedure mahkamah kt situ mcm mana.. tpi if kt sini mmg JPJ akan bagi pesalah kuar amek duit tpi ic kna tinggal kt mahkamah n before case mula JPJ nrmally akn tanya dulu either ada cukup duit ke x, if blm ada cukup duit dia org xkn proceed dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaa ! ni baru betul.
      tapi hari tu... cakap tak cukup duit je terus sumbat dalam jail. tak ke meraung aku dlm tu mengenang nasib diri... (sudah lah daif... kena masuk jail lak tu )

      Tapi IC memang dia org pegang. lepas bayar baru dpt balik

      Delete
  10. abam meng 'tukang bela' makcik india tu adalah court interpreter. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha.. kau bijak !

      aku rasa tu lah keje dia yang sebenar benarnya.... sebab tak de mcm rupa tukang bela jer

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...