Tuesday, March 28, 2017

Jom Makan : Tryst, SS15

* teropong orang kiri kanan.

Tak de orang kan?

Kalau tak de, aku nak muncul sekali lagi dan ajak ramai ramai untuk gemok secara berjemaah !

Jom kita gi makan lagi. Kali ni ke Tryst di SS15, Subang Jaya.

Tryst, SS 15

Nak makan apa di sini?

We are an espresso bar / café that endeavor to provide special spaces for people to dine, relax and unwind. Indulge in our eclectic range of espresso based drinks, teas, sodas, cakes, ALL day breakfast, Mains & Specialty, our highly recommended pancakes & savory, pastas & more.

We make simple things, extraordinary.

We serve shisha as well. ;)

Itu lah cerita mereka dan itu lah specialty mereka.

Jom cuba.

Dah lama aku nak try sebenarnya makan di sini tapi tak sempat sempat. Satunya sebab orang selalu ramai. Ramai melepak bershisha shisha dan satu lagi parking agak hazab jugak kat area ni.

Biasalah tempat lepak orang muda muda especally budak budak Subang Jaya.... Mereka mereka ni kan selalu ada gaya. macam hari hari.. hari raya... Cuma nak pergi 15 still so fresh so clean
Memang nampak balling walaupun tengah miskin....

Tapi aku datang nak makan so datang makan lah.

Tryst ! Pernah menjadi lokasi JJCM TV3

Usha dulu setting kat cafe Tryst ni.

Tempat duduk duduk

Agak cozy

Cafe dia 2 tingkat. Ini yang kat tingkat atas

Konsep dia order bayar dan tunggu.

So kena pegi ke kaunter dan order apa yang hendak di makan.

Tengok menu

Aneka pilihan

Dah order tunggu la di meja dan makanan akan di hantar dan dihidangkan.

Aku punya air mineral ( jaga suara ).... OR order Jus Tembikai. Dia kata juice tu tak sedap. Aku rasa OK la. Manis manis buah

Aku punya Battered Chicken Chop. Rasanya dia kureng skit. Rapuh sangat gorengan ayam tu dan ada yang hangus

OR tak makan. Dia order Nutella Pancake jer. OK la pancake dia ni

Selain coffee, mereka juga ada cakes di sini

Breath refreshing Station.. untuk sesiapa yang mulut berbau longkang

Overall makanan biasa biasa je. More to tempat lepak dan chills chill. Memang ramai budak budak muda kat sini, aku lak naik segan nak berlama lama. Nampak sangat dah tua dan tak sesuai nak melepak di tempat sebegini rupa.

Anyway.... boleh cuba kalau mahu atau mungkin order makanan makanan lain yang ada di menu.

Jumlah investment untuk perut untuk kami berdua.

Tryst Hours

Media social mereka

Tryst
74, Jalan SS 15/4c,
SS 15, 47500
Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Phone:+60 12-701 4499
Hours: 10AM–1AM

FB : Tryst SS15

Dah kenyang. Masa untuk pulang...............

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...