Monday, October 15, 2018

KEMBARA BALKAN - SERBIA | 01 BELGRADE : Sarajevo ke Belgrade

Kembara Balkan bersambung ke negara Serbia. Negara yang ke 10 yang aku jejaki dalam trip kali ni.

Perjalanan merentasi sempadan Serbia bermula dari perjalanan menaiki bas dari Sarajevo, Bosnia

Kota Sarajevo

Perjalanan dari kota Sarajevo menuju ke Belgrade di Serbia bermula dari station Lucavika. Di situ aku ambik bas yang telah di jadualkan.

Station Lucavika

Bas yang membawa penumpang ke Belgrade

Menariknya, bas melalui kawasan berbukit di sekitar bandar Sarajevo dan dari atas bas dapat tengok view Sarajevo yang saujana mata memandang.








Perjalanan sangat menyenangkan. Bas pun tak penuh.

Bas berhenti singgah di sebuah bandar kecil untuk mengambil penumpang

Dan perjalanan di teruskan menuju ke pintu sempadan. View di sepanjang perjalanan memang mengasyikkan !













Masa sampai kat sempadan Bosnia/Serb, driver bas stop dan ada mamat immigration naik collect passport semua penumpang. Bas berhenti menunggu dan tak lama lepas tu mamat tu datang hantar semula passport. Dia borak dengan driver then bagi semua passport yang ada. Passport passport bergerak bertukar tangan dari depan ke belakang. Main pass pass je.. tapi bila turn aku, aku check buku merah aku tak der !

Ah sudah !

Risau pulak aku di buatnya.

Abis semua passport dikembalikan, aku buat buat berani ke depan dan tanya driver. DIa bagi isyarat tangan suruh aku tunggu.

Aiyo.. !

Lagi gelabah aku di buatnya. Jangan lah sampai aku di deny masuk ke Serb ni jenuh pulak mana aku nak tuju. Takkan kena balik Sarajevo?

Ada 2 benda yang merisaukan aku, pertama sebab aku memegang passport Malaysia... sebelum ni passport Malaysia di kenakan visa. Cuma tahun 2017 tu je ada pelepasan selama setahun. Aku memang dah double check hal ni dan aku yakin suppose to be tak de masalah.

Dan yang ke dua maybe sebab aku masuk Kosovo hari tu. Di sebabkan pergolakkan antara Serbia dan Kosovo... mungkin dia suspect bukan bukan bila passport aku ada chop Kosovo dan sekarang aku cuba nak masuk Serbia pulak.

Haru !

Lama jugak bas berhenti dan semua orang menunggu. Ada penumpang lain tanya driver dan driver hanya tunjuk pada aku. Macam aku pulak yang bersalah !

Dekat setengah jam masa berlalu, akhirnya aku nampak mamat immigration tadi tu datang semula. Di tangan dia ada passport merah yang aku yakin aku punya. Dia bagi balik pada aku dan angkat tangan pada driver.

Ah lega.............. ntah apa benda kemusykilan dia agaknya. Tak pe lah. Apa yang penting, aku dilepaskan masuk ke Serbia !

Perjalanan bas memasuki negara Serbia

Dan bas berhenti tepi jalan

Ada RNR dan tempat makan. Aku merokok dan guna toilet jap. Rasa cuak tadi macam masih tak hilang hilang.

Hari semakin petang dan perjalanan di teruskan.

Kali ni pemandangan sedikit berbeza. Kalau di Bosnia bas melalui jalan bergunung ganang. Di Serbia menuju ke Belgrade ni kawasan tanah rata pertanian dan banyak penempatan.

Ada satu area tu macam lawa juga.





Perjalanan sepatutnya memakan masa 5 jam lebih dari Sarajevo ke Belgrade kini sudah memasuki jam ke 6. Hari hampir gelap tak lama lagi. Harapnya aku sampai sebelum malam sebab nak cari penginapan yang aku dah booking tu pun satu hal jugak.

Aku memang tak study banyak pasal Belgrade ni since awal awal pun aku macam rasa yakin tak yakin je boleh sampai ke sini.

Welcome to Belgrade

Tiang tepi jalan

Jambatan yang melintasi sungai menuju ke kota Belgrade. Kota yang mendapat jolokan "White City" yang merupakan antara kota tertua di benua Eropah.

Senja bakal menjelang

Dan akhirnya bas selamat tiba di Bus Station bersebelahan train station.

Benda pertama aku buat adalah tukar duit dulu ke matawang RSD atau disebut dinar.

Aku tukar 40 euro. Lebih sikit sebab nak bayar penginapan nanti.

Matawang Dinar Serbia (RSD)

Area sekitar

Bangunan bangunan di kota Belgrade

Selesai tukar duit aku nampak matahari macam sedang elok nak senja. So aku dengan yakinnya nak pegi ke area tepi sungai tadi tu. 

Tak sure jalan so aku menapak ikut kaki je membabi buta. 

Sudahnya jalan yang aku ikut tersekat dengan kawasan berpagar. Gelakkan diri sendiri !

Berpusing pusing gak lah, sampai matahari dah nak hilang. Akhirnya sampai jugak tepi sungai tu.

Dah malap

Tepi sungai Sava

Aktiviti petang di tepian sungai

Benarnya aku tak berapa selesa sebab ramai yang memandang. Macam aku buat salah je. So aku naik atas jambatan. Siap ada lif dari bawah nak naik ke atas tu. Tapi penuh pulak dengan budak budak bawak basikal sama sama naik lif.

View Sava River dari atas jambatan

Salah satu bangunan tinggi di seberang sungai ( shopping mall)

Bahagian tepian sungai

Atas jambatan

Belgrade Waterfront dan area Kalemegdan

Bangunan bangunan

Mengadap sungai

Laluan

Ada macam landmark tepi jambatan ni

Aku jalan kaki ikut peta yang aku dah download

Ada lah dekat 15 minit menapak dari jambatan tadi.

The Residence of Princess Ljubica - Early 1800s family residence of Prince Milos, now a city museum showcasing interiors of the period.

Akhirnya aku sampai juga di penginapan Hostelche

Seram seram je kawasan hostel ni. Nak cari entrance naik ke atas pun tak jumpa. Tanya tanya orang akhirnya baru lah jumpa tangga.

Mamat front desk tu memang dah tunggu kedatangan aku


Common area


Private room. 20 euro per nite. Ada 3 single bed. tapi aku guna 1 jer

Lega... dapat mandi dan berehat...


Aku memang tak de plan nak keluar ke mana mana malam tu. Time kat common area tu ada mamat sorang ni rajin pulak ajak aku borak borak. Aku layan layan macam tu je lah. Then dia ajak keluar minum kat bar.

Tapi aku malas layan !

Aku tidur awal. Jaga keSyantikan ! 

bersambung...................

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...