Friday, March 8, 2019

THE ROBERTSON KL | 01 - Accommodation

Ada sekali masa menginap di Lanson Place di Bukit Ceylon aku terusha bangunan ni.




Nampak macam menarik dan rasa teruja nak ambik tahu. Dan selepas meriki aku dapat tahu bangunan tersebut adalah kompleks perumahan condo mewah Robertson Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan kawasan Puduraya. Lebih tepat lagi di Jalan Roberson. Jalan mati yang ada gereja di hujungnya.

Sebab jarang berada di kawasan tersebut maka aku jadi makin teruja nak menyebok kat area tu. 

Riki dan riki lagi, rupanya kawasan tersebut adalah condo apartment but ada few agents yang menjalankan khidmat serviced apartment ala ala homestay. Aku kurang skit nak stay thru agents ni tapi tu je options yang ada. Ada 2 agents Subhome dan Victoria Home dan selepas study skit dan baca review, aku decided nak booking under Victoria Home untuk staycation hujung minggu di sini.



Offering quality accommodations in the sightseeing, shopping, restaurants district of Kuala Lumpur, Victoria Home Robertson is a popular pick for both business and leisure travelers. From here, guests can make the most of all that the lively city has to offer. With its convenient location, the property offers easy access to the city's must-see destinations.

Offering guests superior services and a broad range of amenities, Victoria Home Robertson is committed to ensuring that your stay is as comfortable as possible. Facilities like free Wi-Fi in all rooms, 24-hour front desk, family room, restaurant, tours are readily available for the convenience of each guest.

Aku booking pun pagi hari yang sama nak check in, tapi once booking ada info di hantar ke email cemana nak check in apa semua. Cuak jugak nak main redah je sebab dia orang tak de management office kat situ tapi tawakal je lah.

Perkarangan masuk

Lobby


Lobby A since apt yang aku booking terletak di blok A.

Kalau booking dengan Subhome dia orang ada reception area kat sini.

Victoria Homes tak de so aku kena cari mail box dan ambik kunci di sini.

Parking kereta di tempat yang dikhaskan.

Aku rasa check in agak mudah dan tak pening kepala. Kena ikut je arahan yang dihantar di mana nak ambik kunci, mana nak park dan unit mana nak tuju.

Jadi kami terus tuju ke penginapan. Aku booking apartment with 2 bedroom Executive Suites. 

Robertson KL

Lobby

Lift area

Usha dulu area living hall.















Living area dia tak besar mana. Ada sofa dan TV. Channels agak limited tapi keleuruhan unit apartment agak bersih. Wifi agak OK. 

Then ada ruangan untuk dining area dan kitchen.
















Kelengkapan mencukupi tapi ruang agak limited. Ada jugak wet area, ada washing machine dengan dryer. Kitchen dia memang kalau nak memasak tak de tergendala. Cukup sifat. Cari bahan mentah je. Kami celebrate birthday anak dara aku time menginap di sini.

Now usha first bedroom. Dalam master bedroom dia satu Queen size bed dan ada walking closet tapi ada another single bed. Kiranya boleh muat 3 orang dalam ni with access to bathroom.








Dan second room ada 1 Queen size bed.




Tapi ruang memang ngam ngam. Tak leh nak masuk ramai ramai. 

Dan unit apartment cuma ada 1 bathroom, so kira shared bathroom.



Takde apa yang boleh di gembar gemburkan sangat pasal unit apartment dia. Biasa biasa je. Kemudahan lengkap tapi saiz ruang memang kecik even untuk 2 bedroom unit.



Dan ni view dari unit penginapan kami.









Teruja tak tengok saiz pool dia? Nanti sambung lagi pasal facilities.

bersambung...............

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...