Friday, August 3, 2018

StayCation KL - 02 : THE EST by Plush, Bangsar

Hajat hati nak duduk Alila, tapi tak kesampaian. Tunggu ada rezeki nanti boleh tumpang menginap dan feeling feeling mewah di situ.

The EST, KL

So sebab menginap di The Establishment by Plush, maka kena citer pasal penginapan yang telah kami tempah di sini.

Penginapan di The Establishment.

Comprising studio and two-bedroom units ranging from 445 sq ft to 838 sq ft, The Establishment caters comfortable living spaces for single working adults up to small families. All units are fully furnished and come equipped with premier fittings and finishes.

Studio Unit - From 445 sq ft, the studio unit is sized up through the innovative use of a heightened ceiling, allowing enough vertical room for a raised platform; an extra space in which occupants can use creatively. The unit also comes with a compact kitchenette and boasts floor-to-ceiling windows for natural light to infiltrate during the day.

Two-Bedroom Unit - Perfectly sized for families or occupants who require a guest bedroom, the two-bedroom unit features a lavish open concept kitchen and living room area. Underneath the raised platform is an extra space which can be converted into a study area, walk-in wardrobe or any other desired space.

Dah dapat akses ke tingkat penginapan, naik lif dan cari unitnya. Jiran jiran maybe residence biasa so expect macam ada penghuni penghuni lain di sekitarnya

Aku ambik 2 bedroom apartment, masuk masuk je usha kawasan..................

Masuk masuk je ada dapur

Living room

Siap sofa dan TV

Study desk

Ada ruang makan

Dan ada tangga naik ke atas

Tingkat duplex yang menempatkan satu ruang tidur di bahagian atas

Ada queen size katil. Hero aku tidur sini.

Bilik tidur utama no 1

With nice view of Bangsar

En suite bathroom. Kat luar ada lagi satu bilik air untuk kegunaan

Bilik no 2. Ada 2 single bed

Design dia memang menarik. Lain daripada penginapan hotel hotel atau service apartment yang lain. 

Ruang tamu dari tingkat duplex

Siaran TV adalah Netflix ! Jenuh anak anak aku tengok movie... Puas hati tengok gambar lawa.

Bahagian ke arah dapur dan entrance

Ruang makan dan duplex untuk ke katil di bahagian atas

Bahagian ke arah living room dan balkony

Menariknya ada balkoni. Walaupun kecik tapi elok sangat la untuk merokok.

View kat bawah. Nampak track ketapi, ERL, Komuter etc. Agak bising la boleh dengar bila keretapi lalu. Lagi lagi kalau dapat level bawah.

Menara UOA Bangsar dan Station LRT Bangsar

View area Bangsar dari balcony

Hiasan dalaman

Magazines

Cozy area. Aku tidur kat sofa tu je sampai ke pagi.

Pendek kata keadaan apartment memang tip top. Segala kemudahan mencukupi. Peralatan pun ada semua di bagi boleh nak masak kalau sudi. Benda benda ironing apa semua pun ada dan banyak lagi kemudahan yang ada dan disediakan...

Memang selesa penginapannya.

Untuk kemudahan residence dan penginap penginap di sini, segala facilities berkaitan di sediakan di tingkat 9.

Level 9, The EST

Antara kemudahan yang ada termasuk lah.

1. Residential Lift Lobby
2. Female Shower / Changging room
3. Female Steam Room
4. Male Shower / Changing Room
5. Male Steam Room
6. Residential Sun Deck
7. Whirlpool
8. Residential Pool
9. Residential Lounge
10. Ourdoor Function Area
11. Residential Reading Room
12. Residential Function Room
13. Hotel Spa Reception
14. Hotel Gym / Spa Lift Lobby
15. Hotel Gymnasium
16. Hotel Yoga Room
17. Hotel Spa




Paling menarik dah tentu lah kawasan pool dia. Anak anak aku keriangan mandi kat sini. Dah lah tak de orang !





Dan kat kawasan ni jugak ada area santai dan lepak lepak.



Aku siap boleh terlelap kroh kroh kroh sementara budak budak tu mandi. Sedar sedar dah nak senja !



Ada jugak bilik untuk event event dan meeting selain daripada tempat santai borak borak.



Gym dan tempat riadah serta beraktiviti.....





Dah tentu kemudahan di level 9 ni khusus untuk residence sahaja..... Kalau Alila Hotel tu dia ada specific level untuk facilities mereka.

Budak budak memang seronok berkubang

Esoknya pagi pagi dah pegi berenang....

Facility wise, apartment dan bilik penginapan memang di tahap terbaik. Aku recommend walaupun kurang rasa mewah sikit jika di bandingkan kalau menginap di Alila Bangsar.

Lokasi walaupun agak terpencil sikit tapi accessable kalau berkereta. Kalau naik train ke LRT pun OK. Cuma nak cari tempat makan agak payah sikit lah yang berdekatan unless pegi ke Bangsar atau KL Sentral. Nasib baik kami memang stock up makanan siap siap sebab tau anak anak aku tu kuat makan dan Papa dia pun cepat lapar !

Tapi kat ground floor ada cafe nama Botanica + Co

Nampak macam menarik dan boleh di cuba.

Cuma tak sempat nak cuba : BOTANICA & CO

Satu je yang aku kurang gemar masa menginap di sini tapi ni sebab host aku PLUSH tu.

Dia kata free parking. Masa first day, aku masuk tengahari dan keluar petang gi Bangsar untuk makan, rate parking adalah per hour. Sia sia je bayar dekat RM 40. Dah lah rate sejam mahal gila. Kalau tengok memang ramai orang parking kereta kat tepi tepi jalan tu je maybe sebab harga parking mahal. Tapi tak banyak spot. Tawakal je lah parking kat parking hotel. 

Nasib baik hari nak check out tu, kad aku tu rosak. Bagi kat guard dia cuma charge RM 10 je. Nasib baik la kalau ikut hour, silap silap sama mahal dengan harga bilik.

Lagi satu, check out time pukul 10 pagi. Aku dah text host ni nak mintak check out lewat skit or at least bagi puas budak budak mandi kolam. Haram tak respon. Lembab ! Pastu sampai sudah aku nak claim parking tu dia tak jawab message. 

Dah dekat 2 hari baru blue tick !

Kalau aku tau aku campak je kunci rumah tu ke rel ketapi biar hilang !  

Overall, great stay ! Highly recommended. ( maybe cari host lain ) atau stay je kat Alila Bangsar.

The Establishment By Plush
No 58, Jalan Ang Seng
Kuala Lumpur 50470,
Malaysia

4 comments :

  1. cantiknya tempat tu. nak pergi jugak nanti. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 513

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih

      tak pasti la followers followers ni, tak pernah ambik tau pun

      Delete
  2. nampak ada satu manusia jer dlm gambar2 ni. mmg lengang kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugok... time pix taken je tak de yang turun berkeliaran, privacy skit

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...