Dah lama tak tengok wayang. Selain dari tak de movie yang menarik, kesibukan jugak menjejaskan salah satu hobi aku ni daripada berjaya dilaksanakan.
Banyak movies gak terpaksa missed dek kesibukan dan kesuntukan masa, tapi ada satu movie ni aku memang teringin nak tengok dan aku wajibkan diri sendiri untuk menontonnya di pawagam.
Mission : Impossible - Fallout
Sebab teruja aku pilih nak menonton di theater IMAX...
Tapi IMAX ni tak banyak tempat. Ada di TGV OU dan TGV Sunway Pyramid. Dan timing pun tak kerap so kena cari kesesuaian.
Ada pun show midnight. Tapi demi minat terpaksa gak follow......
Usha di Sunway Pyramid
Dah dekat midnight, orang tak ramai
Lama gak tak datang Sunway Pyramid ni. Sebabnya aku kurang gemar sebab ramai orang
Menuju ke TGV
Tiket dah booking online. Harga IMAX mahal sikit dalam RM 24 per pax
Demi kau Abang Tom ! Aku rela
Ambik tiket
Tunggu tayangan
Beli kudapan
Pop Corn
Minuman
Tunggu giliran masuk
Dan di panggil ke theatre IMAX
Ni bukan la kali pertama aku usha tengok movie di theatre IMAX ni. Kalau movie biasa, aku usha kat wayang biasa je tapi Mission Impossible ni lain sikit.
Kenapa IMAX?
Sebab skrin dia besar..... movie nampak lebih jelas. Sila jangan ambik seat depan depan.. Nanti pening !
Sound system lebih power
Pendek kata, effect dalam movie ni lebih real di tonton daripada wayang biasa.
Personally, pengalaman menonton di IMAX memang best. Ditambah lagi dengan movie yang best. Macam Mission Impossible Fallout ni bagi aku memang terbaik. Movie paling best so far untuk 2018 ni. Puas hati !
Aku tengok dengan OR.. As usual dia tu kena paksa teman aku. So sepanjang movie dua tiga kali dia keluar.. Boring lah tu cerita macam ni !
Cerita best, pelakon pun best, aksi aksi memang mantap overall memang best. Cuma satu je part last tu annoying betul bila fikir.
Memula Tom Cruise naik heli tu kat Kashmir... dan din dun tak sampai 15 minit dah dekat Norway. Orang yang tak tau maybe tak perasan tapi aku rasa potong betul scene macam tu.........
Apa apa pun, menariknya premier movie Fallout ni di buat di tempat scene terakhir iaitu di Norway.
Nak sampai tempat ni kena trekking 4 jam ! Tapi dia orang memang gigih.
So what's next?
Hmm macam tak menarik
Pass....
Pulang... Hantu Kak Limah... dan ada few yang ditayangkan tapi aku tak rasa menarik nak tonton di pawagam. Tengok la nanti cemana.
Abis wayang kelaparan. Singgah mamak dan makan.
Baru perasan, dalam movie mat salleh jarang scene makan makan, sebab tu time tengok wayang kita kurang lapar. Abis wayang baru terasa lapar. Tapi kalau cerita Melayu.. mesti ada adegan sudu dan garfu bertarung. Kalau air biasanya mesti air oren.... !
Hmmmmm...
saya tak pernah try imax movie... fuhh tngah mlam makan mee berani betul ye, kalau saya mmg tak la hahaha. by the way, nk bgtahu ni yg saya ltak blog ni dalam bloglist sidebar saya. suka sgt blog ni
ReplyDeleteimax ni kalau cerita aksi aksi meletop kebaboo best lah....
Deleteorg melayu. makan tak de timing
mula2 saya tak rasa pun nak tengok MI3 ni, tapi dicocok oleh rakan sebaya, gigih gak la p tengok. memang best la terutama part Henry Cavill hahaha. muka pecah sebelah pun masih kacak lagi.
ReplyDeletetak sabar nak tunggu Venom pulak bulan 9 ni.
hahahah..... set. nak usha gak venom tu. mcm menarik
Deleteyesssss MI 2018 mmg d best. i lap abg tom :p. tp laki aku buat spoil, why kashmir?? dan2 dia ckp mesti wife dia kat situ...rupanya mmg betul hahaha
ReplyDeletehahaha tu la.. kalau org tak tau tak rasa apa apa kot...
Deletecuma tu lah.. 15 minit terakhir tu mcm tak abis abis jerr
Saya terkejut apabila nampak scene helikopter itu. Saya perasan, itu bukan Kashmir...Itu Preikestolen di Norway pasal saya pernah hiking ke sana dua tahun yang lepas... Betul-betul cantik gila...Rindu gila pula sekarang
ReplyDeletewah. lucky u dah sampai....
Deletei have to plan next
gigih ko analysis scene makan2 dalam pilem. betul jugak ek
ReplyDeletetu masalahnya tengok citer melayu... jadi lapor.. pastu terus terasa nak makan itu ini
Delete