Monday, August 6, 2018

AL - SHAMIAH RESTAURANT, Subang Jaya

On the weekend, anak bujang aku bagitau dia nak makan nasi arab !

Aku ni ikut mood. Kalau rajin aku layan, kalau aku malas.... KIV sampai kerajinan itu datang. 

Di biar lama lama tak bagus jugak nanti anak aku kempunan. Cari cari kedai Arab yang tak pernah try lagi. Malas nak gi jauh jauh, riki riki dan aku decided nak try kat sini.

Al Shamiah Restaurant.

Terletak di SS 16, Subang Jaya

Lokasi sebenar adalah di bawah Tiara Condo, bersebelahan dengan Carefour ( AEON ) SS16 Subang Jaya.

Sebab weekend, mamat tu bagi aku park kat tempat boss dia. Kalau hari biasa, maybe kena park dekat parking condo. Macam leceh juga.

Usha dulu setting resto.......... Ambik feel keArabian !

Area belah luar

Boleh lepak santai dan sesuai kalau nak merokok

Ada few meja di belah ni

Atau boleh lepak kat bahagian dalam resto.

Dalaman

Nampak berhias indah

Tapi sebenarnya buat aku rasa stuffy

Tak de orang OK Lah. Kalau ramai pelanggan sure semak je rasa.

Kiranya kami datang nak makan tengahari. So kami pelanggan pertama hari tu agaknya.  Datang, duduk dan di beri menu.

Usha menu dulu nak order apa.

Menu

Baca baca sikit

Hidangan tersedia

Boleh order aneka jenis makanan arab

Dan sampai masa untuk menunggu.

Satu tak best, resto ni tak de private toilet. Nak kencing kena gi guna toilet kondo dan kena buat satu pusingan. Dah la suasana macam seram semacam je walaupun hari siang !

Hari tu minuman cuma ada air tin jer. Terpaksa rela minum juga.

Ni orang lain punya. Chicken & Lamb Platters. Nampak menarik walaupun aku for sure tak gemar kekambing tu.

Dan kami menanti lagi.................

Nasi mandi dengan chicken

Kambing shawarma ke apa

Mandi Chicken

Mandi rice with Lamb

Makan dan cuba habiskan tapi macam tak habis.

Lokasi resto agak strategik cuma parking tu tak pasti kalau hari biasa. Menu agak variety dengan makanan Arab dan Western dishes termasuk lah Shawarma, Mandi Rice dan Pasta. Kebersihan agak meragukan jugak dan persekitaran nampak macam stuffy dan tak kemas. 

Sebab kedai dia agak kecik, sekali dia masak asap dari dapur macam berlaku kebakaran lak rasa.

Service agak slow tapi pelayan dia agak friendly. Cuma macam kurang berkomunikasi jer. Harga moderate.

AL - SHAMIAH RESTAURANT
G-03A, Casa Tiara Apartment  
Persiaran Kemajuan
SS 16, Subang Jaya
Tel : 011-1182 5671

Katanya open 24 hours !

Boleh la kalau nak cuba !

8 comments :

  1. There is a lot of varieties of the food is available in the Malaysia. I Would like to visit the restaurant in the Malaysia.
    https://www.vouchercodes.my/ctrip

    ReplyDelete
  2. menarik gak hiasan dalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak luas je ... tapi sebenarnya sempit jugak kalau ramai pelanggan

      Delete
  3. Nampak menarik segala hiasan dan makanan.. Chicken & Lamb platters tu cukup untuk saya sekeluarga makan, banyak portion dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kalau portion banyak gak. boleh share share

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...