Salah satu lokasi di Penang yang dah lama aku nak singgah tapi tak berkesempatan iaitu .....
MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG
Kali ni pastikan jadi !
Masjid Terapung Tanjung Bungah
Ya ! Memang dah lama berharap nak singgah dan tumpang solat di sini tapi tak pernah jadi. Orang kata rezeki belum sampai. Tapi trip ke Penang kali ni, aku dah susun atur baik baik dan cantik cantik, lepas check out dari Rasa Sayang Resort & SPA tu, balik ke Georgetown.
Singgah dulu di Tanjung Bungah
Ini port citer Azura ni...
Ada yang mandi manda
Lawo na kaler keta hang !
Akhirnya, dapat jugak singgah di salah satu masjid terapung di Malaysia ni dan mungkin satu satunya masjid terapung yang ada di Penng ni (aku tak sure).
Lokasi masjid terapung ini sangat strategik iaitu di perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid ini sebagai sebuah tempat persinggahan di kalangan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi melihat keindahan senibina nya.
Kawasan Tanjung Bungah
Entrance masuk di jalan besar Highway Tanjung Bungah tu jer
Tersergam indah, binaan masjid dengan gaya dan senibina tersendiri
Asalnya Masjid Tanjung Bunga adalah sebuah masjid kayu. Pada tahun 1963, masjid kayu ini dinaiktaraf kepada masjid separuh batu. Pada tahun 1980an, memandangkan penduduk sekitar Tanjung Bunga bertambah ramai dan masjid yang kecil tidak lagi mampu memuatkan bilangan Jemaah yang kian bertambah, masjid yang lebih besar diperlukan.
Masjid baru yang diberi nama Masjid Terapung Tanjung Bunga, Pulau Pinang mula dibina pada tahun 2003. Pembinaanya siap pada awal tahun 2005 dengan kos sebanyak RM15 juta yang dibiayai Kerajaan Pusat.
Walaupun, namanya Masjid Terapung, tetapi sebenarnya bangunannya tidaklah terapung sebab asasnya terletak di atas cerucuk-cerucuk besi dan apabila air laut pasang, masjid ini kelihatan seolah-olah terapung. Walaupun begitu, masjid ini adalah masjid pertama di Malaysia yang dibina di dalam laut.
Laluan dari tempat parking ke arah bangunan utama masjid
Sebelah kanan. Kuaters perumahan
Sebelah kiri, kawasan perkampungan nelayan
Masjid Terapung Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang
Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18, Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga
Dilengkapi ruang sembahyang utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta bilik menguruskan jenazah.
Usha dulu bahagian dalam masjid terapung ni.
Laluan masuk ke dewan solat
Sila masuk
Ruang solat utama
Karpet
Arah kiblat
Mimbar
Mihrab
Ukiran kubah masjid
Kubah dari arah bawah
Masjid ini turut menyerlah dengan seni bina mengagumkan hasil gabungan seni bina tempatan dan Asia Barat terutama Turki. Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan.
Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.
Mozek dan seramik yang berwarna-warni terdapat di bahagian luar dan dalam masjid untuk memberi pencahayaan dan hasil yang lebih menarik apabila dipandang selain memasang siling putih di bahagian kubah.
Al Quran
Ruang dalaman dengan pinyu terbuka menjadikan suasana dalamannya lapang dan selesa
Dinding
Bagi mencantikkan lagi kawasan masjid tersebut, reka bentuk tembok pagar bercorak bunga matahari dipasang di sekeliling dan kawasan pintu hadapan masjid tersebut.
Senibinanya mengikut senibina Asia Barat iaitu Turki. Masjid ini boleh memuatkan 1,500 jemaah pada satu satu masa. Masjid ini juga dilengkapi dengan ruang solat lelaki dan wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita, bilik air lelaki dan wanita, bilik jenazah, menara setinggi tujuh tingkat bangunan serta tempat letak kereta untuk 500 buah kereta.
Usha pulak bahagian luar dan sekeliling kawasan masjid terapung Tanjung Bungah ni.
Tembok
Ruangan lain
Tembok di sekeliling masjid dengan tempat santai dan istirehat
Dengan pemandangan laut dan kawasan sekitar
Compound
Kemas dan sentiasa di jaga rapi
Bilik bilik
Ruangan wuduk
Semasa bencana tsunami berlaku pada 26 Disember 2004, masjid lama tidak mengalami kerosakan manakala Masjid Terapung yang hampir siap dibina pun tidak terjejas.
Kini masjid lama dijadikkan Pusat Tahfiz al-Quran.
Aku sempat singgah solat di masjid ni. Memang ramai jugak orang lain yang mengambil kesempatan singgah dan bersolat di sini.
Ruangan masjid yang luas dan selesa memang buat kita rasa nyaman je sentiasa.
Masjid Terapung Tanjung Bungah
Jalan Batu Ferringhi,
11100 Tanjung Bungah,
Pulau Pinang,
Malaysia
Jangan lepaskan peluang singgah solat di masjid ini kalau berkesempatan ke sana.
Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari
Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini
Tahniah kepada semua warga Masjid Terapung Tanjung Bunga di atas usaha dan penat lelah mengawal selia dan memastikan masjid ini sentiasa ditahap terbaik.
Insha Allah, pengimarahan dan seliaan yang yang berterusan akan menaikkan lagi imej masjid dan memakmurkan rumah Allah.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
bersambung...........
Masjid Kuale Ibai?
ReplyDeletesetara la.. tapi kuala ibai mcm pelopor masjid terapung di malaysia nih
DeleteBila baca entry ni, teringat pula Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Brunei..
ReplyDeletemasjid di brunei tu cantik sgt sgt dah.. tahap dewa dewi binaan dia.
Delete