Thursday, October 5, 2017

Masalah Aku............. Masalah Dunia ! ( Tapi tak besar mana )

Citer sikit, masalah bagi yang suka travel.

Maybe ada yang pernah dan akan mengalami masalah yang sama macam aku. 

Ini masalah dunia ni. Boleh meruntuhkan kaum sejagat especially perokok perokok tegar !

Okey. Aku tau Merokok Membahayakan Kesihatan

Semua orang tau tu. Dan semua jugak orang tau yang merokok tu membazir ! Rokok dah mahal.

Tapi ada cara nak dapatkan rokok murah !! Cemana???????????????????????

Ya. Beli rokok dekat duty free !

Aku mungkin bukan travller yang tegar tapi aku rasa kalau setahun tak kurang 12 kali aku turun naik flight dan melepasi Duty Free dan kelur masuk negara. 

Dan acap kali jugak la mesti aku beli rokok kat duty free ni. 

Rokok Duty Free

Kes ni berlaku kat KLIA 2 masa aku inboud dari Sihanoukville tempoh hari. Macam biasa lepas immigration aku akan beli rokok duty free. Masa nak lepas kastam tu aku dah perasan sorang minah ni dia pandang je aku. Bila aku nak lepas je tetiba dia panggil.

Memula dia tengok apa yang aku beli sebab aku bawak rokok dalam beg plastik tu dengan tangan jer.

"Encik.. Tengok passport"

Aku pass kat dia.

Dia belek belek dan interrogate aku few soalan then dia cakap.

"Encik tak boleh beli rokok sebab Encik kat luar negara kurang dari 72 jam"
"Maksud?"

Aku blur skit sebab ngantuk.

"Kalau nak beli rokok duty free kena berada di luar negara lebih pada 72 jam"

Dia rephrase je ayat tadi. OK.

"So?"
"Encik kena bayar tax lah ni"
"Berapa?"
"RM 80"
"Huh? Rokok duty free RM 105. Rokok kat luar kalau sekaton RM 170 baru, kenapa mesti saya nak kena bayar lebih?"
"Alah Encik bayar je lah. Memang kena bayar"

Hmmmmm.

"Bayar kat mana?"

Dia tunjuk kanuter Kastam ada cashier kat situ.

"Ada tulis kat mana mana ke?"

Aku tanya dia balik.

"Errr. Tak ada. Eh ada tapi tak ada kat sini !"
"Kenapa tak bagitau cashier kat Duty Free kalau tak boleh beli rokok? Kalau 1 passport boleh beli 1 carton kenapa tak bagitau benda yang sama, sesiapa yang keluar negara tak kurang dari 72 jam tak boleh beli rokok duty free?"

Dia diam tak jawab !

"Abis tu saya beli cokelat ni, kena tax jugak ke?"
"Oh. Cokelat tak payah. Rokok jer"

Pulak dah?

Ya. Smoking kills. Aku tau tu ! Tapi depressi jugak boleh membunuh ! Lagi lagi kalau menahan amarah dan berhadapan dengan orang orang yang ada kuasa dan nak tunjuk kuasa.

Pelik la dia orang ni. Aku tak kisah nak bayar, tapi biar ada proper documentation, hebahan dan semua semua ni biar telur. Jangan sorang buat dan yang lain boleh buat tak tau je hanya kerna kau ada kuasa nak tahan orang dan nak denda orang.

Ni dah kira macam scam. Kau biarkan orang beli rokok, pastu kau tahan pastu kau paksa suruh bayar tax !

Aku tak puas hati tapi aku malas nak panjang panjangkan isu. Tak de masa nak bertekak pasal isu ni.

Cuma tu lah. Macam tak kena jer.

Lagipun dia tak tau, dalam beg aku ada lagi 1 karton rokok aku beli outbound KLIA 2 tempoh hari. Baru guna 2 kotak. Diam diam sudah. Kang kantoi lagi banyak aku kena tax !

KLIA 2

Tak pe lah. Cuma moralnya di sini. Peringatan untuk sahabat sahabat perokok !

Moralnya beli rokok dan isi rokok dalam beg. Jangan bawak di tangan especially kalau beg kecik ( dia orang presume beg kecik travel dekat dan kejap kejap )

Maka kena kurangkan lah merokok  !

Terbuku rasa di hati geram tapi tak tau nak marah sapa.

Keluar dari arrival gate, aku ambik ERL nak ke Putrajaya Sentral.

Bye KLIA 2 !

Naik ERL

Turun Putrajaya

Masa nak keluar tu, aku check tiket ERL aku hilang !

Aku cakap dengan guard Nepal tu tapi dia suruh aku cakap dengan orang kaunter.

"Kad saya hilang!"
"Naik kat mana?"
"KLIA 2"
"Ada resit beli?"
"Ada"

Aku tunjuk dan bagi dia.

"Hah. Encik kena bayar harga ni semula"
"Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ?????"

Ingatkan resit tu bukti sahih yang aku memang beli tiket dan aku rasa patut di lepaskan. Rupanya bukti dia nak suruh aku bayar harga tiket yang sama. 

Hmmmmm...

So, masalah aku ni kira masalah dunia ke tak? Ke sebab kecuaian sendiri?

Nasib baik lah, Tuhan maha kuasa. Tetiba aku jumpa kad kat lantai. Tak leh open gate tapi mamat Bangla tu bagi lepas ikut pintu manual.

Selesai masalah.

Ambik ikhtibar mana yang patut, permasalahan ini mungkin juga akan terjadi kepada anda !

22 comments :

  1. oh kena lebih 72 jam baru tk kena tax...kdg2 kena minta bukti juga...kot depa saje soh byr je...coklat tkpe plak ye...tp apa2pn merokok membahayakn kesihatan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rokok memang bahaya..

      bukan pada kesihatan saja tapi jugak pada perkara perkara lain.

      jadi............? aku doa lah semoga berhenti merokok ni.

      amin

      Delete
  2. yg x menahan kena bayar harga tiket semula padahal ada bukti resit kita bayar...aje gilerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. rasa mcm menyesal je aku bagi resit tu.. tapi sebab gelabah dah satu hal.

      * macam la ilang tiket kena penjara

      Delete
  3. aikk dah ada resit pun still kene beli tiket balik ke..? huhu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. rokok kalau mahal sgt aku isap rokok daun je lah

      Delete
  5. tak boleh tawar ke charge kastam tu, cam kt langkawi atau mana2 duty free sempadan beli pinggan mangkuk balik kena bayar cukai, nego2 sikit, bayar rm20 jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangkuk dia bagi kot sebab dia tau org nak memasak.

      rokok ni dia berkeras skit sebab tahu org nak berasap... hehhehe

      Delete
  6. I can feeel youuuuu, Meng. Ni memang first world problem perokok ketika membeli rokok duty free. Aku pernah kena remind dengan cashier duty free pasal rule "72 jam" ni tapi dia siap pesan suruh tipu sunat kalau kena tahan, hahaha, memang save duit gak kalau dapat bawa dua katon sebulan sekali..memang terasa betul harga rokok mahal sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. life ni kan. sometimes.....

      memang. duit rokok yang save tu buleh buat gi travel.. kan kan kan...

      Delete
  7. Sian ko Meng, malang bertimpa kata orang, nasib yang last tu ada penyudah yang baik...cite pasal rokok, ko tak rasa ke rokok duty free ni macam tak sama rasa dengan rokok biasa tu..ko rasa Meng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak buat, taik kambing bulat bulat.

      aku buleh terima rokok duty free.. rasa ada beza skit. tapi aku confuse dgn rokok dunhill singapore ( ada jual kat kedai kedai acheh ).. harga rm10 murah dah, tapi rasa mcm rokok U2 je..

      aku rasa tertipu. dah lah cepat terbakar sendiri. cepat abis.

      #akumeluahrasa

      Delete
  8. Pstu bayar jugak la?

    Ayah saya lepas kena stroke, terus berenti merokok. Kena stroke pada usia 48. Agak muda la jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar je la. malas nak bertekak. dia kan cas cas ada power.

      Takziah. Semoha arwah di tempatkan bersama org yg beriman.

      Delete
  9. ek eh dua2 kes bikin panas je.

    baiklah jugak kau nak pegi bayar tax tu.
    kalau aku, aku pulangkan balik rokok tu.

    yang tiket tu pun sama.
    ingatkan boleh bertimbang tara kau tunjuk resit.
    rupanya kena beli tiket jugak yer.

    Half masalah dunia. Half kecuaian sendiri (yang tiket tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... boleh kena kat sesapa.. dah nasib terkena kat aku...

      insaf jap.

      Insaf apa pun tak tau..

      Delete
  10. mmg ada rules ni, teringat dulu2 masa gi Langkawi, kena stay lbh dari 3 hari utk dpt pelepasan cukai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. koy ya tulis lah poster. tak de org rasa tertipu sangat..

      kesian tipah.

      Delete
  11. Eh ayah saya sihat alhamdulillah. Kemudian beberapa tahun lepas tu kena strok mata, jadinya skrg sebelah mata tak berfungsi dgn baik. Doktor cakap mmg itu kesan dari merokok lama-lama dulu walaupum skrg dah berhenti.

    ReplyDelete
  12. sorry.............. ! silap faham

    moga sihat sihat sokmo pokcik.. kurangkan hisap rokok... dan jaga kesihatan.

    Sama dengan bapak aku, Pakcik James tu la kena stroke gak..pastu hisap rokok lagi ( rokok murah lak tu ).. tapi skrg dah berhenti sendiri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...