Tuesday, October 24, 2017

HOKKAIDO 2017 - Budget & Itinerary - Part 2

Part 2.

Itinerary trip ke Sapporo, Jepun.

Sapporo yang terletak di Pulau Hokkaido, Japan

Itinerary aku ni asal agak lain, tapi bila sampai sana end up jadi lain. Sebabnya aku mengambik kira faktor cuaca dan kesesuaian harian. Selain daripada squeeze masa, ada jugak yang terpaksa di drop dari plan asal dan ada juga yang tetiba rasa macam nak try.

So here it goes......

Trip Hokkaido 2017, 6 days 5 nights !


Background music


DAY 01 : KLIA 2 to SAPPORO

Flight 11:30 malam dari KLIA 2 dengan Air Asia X. Flight time 8 hr.

Mentari terbit di ufuk timur

Aku duduk sorang je and flight tak berapa penuh. Membuta je lah, sedar sedar dah nak cerah.

DAY 02 : NEW CHITOSE AIRPORT - OTARU - SAPPORO

Aku berbelah bahagi dari airport nak singgah ke Sapporo dulu letak beg kat hostel ( tak leh check in pun ) atau terus ke Otaru. Ada plan nak ke Cape Kamui tapi cuaca macam nak hujan je. So plan aku tengok cuaca hari tu.

Sampai airport di Sapporo jam 8 pagi. Immigration takes time sikit.  Kat airport aku decided nak terus ke Otaru.

11:00 AM : Ambik JR train to Otaru melepasi Sapporo (JPY1780) - 70 minit
01:00 PM : Sampai Otaru dan pusing pusing area Otaru Canal dan Sakaimachi Street Terkandas sebab hujan lebat.
04:00 PM : Ambik train balik ke Sapporo (JPY640) - 30 minit
05:00 PM : Pusing pusing area Sapporo Station dan Odori Park
07:00 PM : Cari hostel dan check in Backpackers Hostel INO'S PLACE. Subway (JPY250), Hostel for 3 nights private room (JPY12900)
End of Day 2.

Tak sempat nak ke Cape Kamui sebab cuaca.

New Chitose Airport, Sapporo

Dalam train menuju ke Otaru

Otaru


Otaru Landmark

Old warehouse

Otaru Canal

Sakaimachi Street

Sapporo Station

Former Hokkaidō Government Office

Odori Park

Autumn in Sapporo

DAY 03 : SAPPORO 

Plan aku nak ronda ronda Sapporo je hari ni sebab cuaca predicted cerah. So keluar dari hostel naik subway ke Odori Station. Since banyak nak naik subway, aku beli 1 day pass for JPY830.

09:00 AM : Misi memburu autumn di Hokkaido University tapi Gingko Street tu belum ranum. Subway turun di Kitajuni jo Station. (Subway pass)
10:00 AM : Jalan kaki dari Hokkaido University - Former Hokkaidō Government Office - Clock Tower - Odori Park and Sapporo TV Station.
02:00 PM : Decided nak ke Hitsujigaoka Observation Hill sebab aku ternampak gambar macam lawa waktu jalan jalan tu. Ambik Subway ke Fukuzumi Station ( Free ) pastu ambik bas dari terminal. JPY200. Aku ingat free, rupanya nak masuk tempat tu kena bayar JPY520. Hampeh ! Nasib lawa gak kawasan tu.
04:00 PM : Ambik subway ke Nakajima konon nak usha foliage kat situ tapi tak menjadi lagi. Ambik streetcar dari Susukino Station sampai ke "Ropeway Iriguchi" station (25 minutes JPY200). Free shuttle to cable car station and took ropeway to Mt Moiwa. (JPY1700). Tak stay lama sebab dah malam dan sejuk.
07:00 PM : Ronda ronda area Susukino (Famous for red light area) and Tanuki Koji Shopping Arcade. Then balik ke hostel. 
End of day 03.

Hokkaido University

The street

Park

Elm Forest

Former Hokkaidō Government Office 

Clock Tower

Odori Park

Sapporo TV Tower

Sapporo Skyline

Odori Park

Hitsujigaoka Observation Hill

Hitsujigaoka Observation Hill

Nakajima Park

Mt Moiwa

Susukino

Tanuki Koji Shopping Arcade

DAY 04 : SAPPORO  - ASAHIKAWA - MT ASAHIDAKE - SAPPORO

Aku memang plan nak buat satu side trip dari Sapporo untuk trip ni. Tapi memang tak reti nak decide. Memula fikir nak ke Furano, Biei dan other. Tapi sebab demi memburu Autumn Foliage, aku finnaly memilih Mt Asahidake yang terletak di Daisetsuzan National Park.

08:00 AM : JR Train from Sapporo Station to Asahikawa. JPY5200 return.
10:00 AM : Bus from Asahikwa Stn to Mt Asahidake JPY2900 return.
11:30 AM : Ropeway to Mt Asahidake JPY2900 return.
02:00 PM : Back to Asahikawa Station 
04:00 PM : Return to Sapporo by JR Train.
End of Day 4

Overall, trip makan masa whole day dan agak mahal lah. For this trip je abis dekat RM 400. Tapi berbaloi. Mt Asahidake dah abis fall foliagenya dan salji dah mula turun di puncak. So boleh daki dan tengok sendiri. Memang lawa kat atas nuh !

Aku tak explore Asahikawa but during winter, Zoo Asahikawa memang menjadi tarikan pelancong ke tempat ni.

Dalam train menuju Asahikawa

View di perjalanan

Daisetsuzan National Park at the baxkground

Diperjalanan

Autumn dah hampir bertukar winter

Ropeway

Mount Asahi the tallest peak 

And Sugatami Pond

View berharga RM 400 ! Hahaha

Stunning view of Daisetsuzan National Park.

Asahikawa

Senja di perjalanan pulang ke Sapporo

DAY 05 : SAPPORO  -  JOZANKEI ONSEN - SAPPORO

Aku memang plan nak ke Jozankei sebab di sini lah antara best spot for autumn foliage di Sapporo ni. Selepas agak kecewa di Sapporo aku datang ke sini and finally, musim luruh bakal menjelang !

09:00 AM : Bus from Sapporo Terminal Bus to Jozankei. Tiket JPY1800 return pakej with free onsen.
11:00 AM : Kappa Tour Jozankei. JPY500 macam hampeh gak tour ni, tapi dia lalu kawasan yang agak meriah dengan warna warna dedaun.
12:00 PM : Aku ambik tour ke Hōheikyō Dam sebab report kata dah 100% kat situ. Bus JPY400 return. Tapi sampai sana nak ke dam kena naik another bus which mahal gak. Aku jalan kaki jer dalam 2 KM ikut terowong. Kalau tak, bayar JPY670 siap sekali ropeway dekat sini.
02:00 PM : Onsen di one of the hotel di Jozankei.
04:30 PM : Return to Sapporo.
End of day 5.

Kalau nak cuba hot springs boleh ke Jozankei ni, time autumn pun menarik. Time musim musim lain tak pasti lak.













Dan finally, di Jozankei ni lah, misi memburu autumn berjaya terlaksana.

DAY 06 : SAPPORO  - KLIA

Masa untuk pulang !

06:00 AM : Subway to Airport. (JPY250)
09:30 AM : Departing from New Chitose Airport.
04:55 PM : Landing di tanahair............

Airport terminal

Gate

Boarding

Menuju pulang

Kembali ke bumi Malaysia

Planning perjalanan sangat penting di tempat sebegini. Itinerary seharusnya bukan follow orang lain membuta tuli. Bergantung kepada masa, bajet dan apa yang ingin kita lihat dan nikmati. Penting jugak musim ketika lawatan tapi bagi aku Hokkaido wajib dikunjungi dalam musim apa pun cuma kena pandai pandai buat persiapan supaya perjalanan selesa sampai kehujungnya.

Sekiranya aku ada banyak masa, aku mau lebih explore Pulau Hokkaido ni.  Banyak tempat menarik jugak boleh pegi dan usha sendiri tapi kena pastikan cuaca dan musim yang selesa untuk travel. Apa apa pun Hokkaido memang cantik time autumn. Macam teringin nak repeat time winter, tapi aku tak gemar sejuk sejuk ni. Kang berhibernasi sepanjang masa.... buang masa buat tahik mata !

Semoga berpeluang ke sana and enjoy Sapporo, Hokkaido !

Hait !

The End.

12 comments :

  1. Syabas, xbnyk tmpt dpt tgk autumn foliage & snow bulan 10 selain hokkaido

    ReplyDelete
  2. ade rezeki mmg aku kene repeat autumn in hokkaido ni
    jozankei & hoheikyo tu cantih wehhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila.. kau janji kat blog kau nak dtg lagi tahun ni kan?

      Delete
    2. hahaha janji terpaksa dicapati tahun ni T____T

      Delete
    3. chaiyok !!!! aku nak try gak time winter pulak la tapi tak tau bila

      Delete
  3. Tumpang tny..
    Subway dgn JR lain2 train ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain.. subway mcm metro.. dalam bandar je....
      JR ada antara bandar dan jugak loop outskirt bandaraya...

      Delete
  4. Nk tny, yg pakej kappa tour and dam tour tu amek ktne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat office Tourist Info Center kat jozankei.. bangunan dia tepi jalan besar. rasanya first stop kat jozankei tu.

      kalau x jumpa tanya2 org.. town dia kecik je

      Delete
  5. Salam... Pukul brp nak bertolak dr hotel utk sampai airport masa nak balik? Subway dah ada pagi2 buta ye? Takut lambat plak nanti....gate tutup...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      keluar awal.. lepas subuh.. catch first airport train. insha allah sempat

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...