"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya" (Mulk -15)
.... so travel the world, see things, learn, share, relax, respect, repent.. and..... travel more, eat better, and enjoy life.
supermengmalaya@gmail.com
Saja nak imbas tempat tempat yang sempat aku jejak dan lawati. Ada tempat baru, ada lawatan sekali lagi, ada pergi atas urusan peribadi, ada jugak atas tuntutan kerja, semuanya memberi pengalaman dan kepuasan tersendiri.
2016 - Sederap kaki melangkah................
Jom usha lagi, destinasi destinasi gi mari gi mari, situ sana dan sini......................
* tarik nafas, masukkan ruh
01 - JANUARY
2016 bermula dengan lawatan ke Melaka.
Cuti cuti dan berbekalkan misi tersendiri
Melaka yang pastinya tak jemu jemu di kunjungi.
Selain Melaka, Penang juga turut menjadi destinasi awal tahun 2016
Berkunjung atas sebab musabab berurusan di sana. Tak lama tapi puas melepas rindu pada Pulau Mutiara.
Tak lupa cuti cuti santai di kota Kuala Lumpur
Mencari kedamaian sekeluarga di celah celah hiruk pikuk kotaraya
02 - FEBRUARY
Tanjung Harapan. Destinasi santai petang.
03 - MAC
Bulan Mac. Trip singkat ke negara seberang
Kota Palembang, menyingkap 1001 kenangan. Destinasi baru yang kini termaktub telah di jejaki
Mengintai gerhana sang mentari
Bulan yang sama, trip santai keluarga ke Ipoh Perak
Menyelinap di sebalik sejarah dan pembangunan kota bijih timah yang utama
04 - APRIL
Dan bila april menjelma............
April di Blue Wave Shah Alam
Tak lupa short trip urusan kerja di negeri Darul Iman
Ibarat sirih pulang ke gagang
Sambil menyelam minum air............
05 - MAY
Dan datangnya May 2016. Kenangan dan pengalaman yang akan tetap terpahat di hati dan sanubari.
Ziarah dan umrah mencari keredhaan Sang Pencipta
Pengalaman yang tidak ternilai harganya
Destinasi yang tak tergambar ketenangan dan kedamaian di sana.
06 - JUN
Jun menjelang dengan trip trip santai keluarga
StayCation sekitar ibu kota
Dan di bulan Jun. Ramadan sekali lagi tiba.
07 - JULY
Dan bulan Julai, bulan meraikan hari kemenangan.
Dan kunjungan kunjungan singkat serata kawasan jajahan
Bersiar siar sambil menikmati pengalaman dengan 1001 kenangan
08 - OGOS
Dan Ogos datang menyinarkan harapan
Menambah kekuatan diri dan merebut segala peluang yang diberikan
Berselang seli dengan keriangan dan keseronokan
August, teguh menyusuri hari hari lain yang bakal mendatang
09 - SEPTEMBER
Awal september, langkah semakin jauh dihayunkan..................
Satu lagi nikmat dipermudahkan
Melihat sendiri kekuasaan Tuhan sekelian alam
Mencabar diri yang penuh dengan sifat lemah dan ketakutan
September tidak berakhir di situ saja
Kalau setiap kali ditinggalkan pasti tidak di lupakan.
10 - OKTOBER
Bukan satu tragedi, tapi sudah ketentuan.
Dari kutub selatan ke kutub utara demi tanggungjawab dan pelbagai urusan
Kota seni penuh sejarah sekali lagi jejak kaki melangkah
Sambil melihat perubahanan yang berlaku di lain lain kawasan
Namun kunjungan kali ini tidak begitu mempesonakan
Tapi penjelajahan tidak hanya berakhir di kota besar itu
Jauh lagi ke utara, di situ tempat aku tuju.
Dan peluang yang ada tidak di sia siakan.
Di Istanbul, satu lagi impian tercapai dan misi dilaksanakan.
11 - NOVEMBER
November datang..................
Dengan kesibukan dan urusan urusan semasa yang perlu di selesaikan.
12 - DISEMBER
Dan.............. Disember sebagai pengakhiran.....
Yang pastinya bakal ditinggalkan dengan sejarah dan kenangan. Untuk setahun lagi penambahan. Usia dan pengalaman. Yang mana memungkinkan, jejak kaki ini akan melangkah lebih jauh dan jauh lagi.
Mencari destinasi.............................
....................... mencari kepuasan diri....
2016 ................
Berjuta langkah telah di atur. Beribu jarak telah di tempuhi. Moga sejauh mana pun aku pergi, aku akan kembali pulang. Pada fitrah dan kesucian insan. Walaupun tahun lepas tak banyak travel sangat tapi aku puas hati jugak la dapat jejak tempat tempat baru.
Cuma satu yang agak menjadikan aku sedikit terkilan untuk tahun 2016 ni. Tahun 2016, aku kena saman sebab speeding 2 kali. AES pun 2 kali dan terkantoi memandu di lorong kecemasan sekali ! Ni tengah ready nak naik court ni.
* menangis hiba belakang palang besi
Kalau kena jail korang datang lawat aku bawak coconut shake okeh !
Apa apa pun, sebagai manusia yang menumpang nikmat dan kesejahteraan-Mu Ya Allah.
Bukakanlah jalan dan segala kelapangan :
.... untuk aku melangkah lebih jauh lagi
.......untuk melihat kekuasaan dan kehebatan Mu, di langit dan di bumi dan keseluruhan alam ini
.........untuk menginsafi dan mensyukuri atas apa segalanya yang Engkau beri.
Dengan rahmat untuk setiap makhluk ciptaanNya nikmati !
Salah satu lokasi lepak lepak muda mudi di Petaling Jaya adalah di Taman Seapark.
Di lokasi ini selain popular sebagai tempat lepak, ia juga menjadi port menarik untuk pekena Nasi Lemak yang dikenali sebagai Nasi Lemak Bumbung !
Why bumbung?
Tu soalan korang semua kan?
Jawapannya........................ aku pun tak tau ! Maybe sebab nasi lemak tu di jual di bawah bumbung ! Obviously lah.
Terletak di Taman Seapark PJ berdekatan dengan Maybank
Cari pakai Waze pun boleh. Search je Nasi Lemak Bumbung !
Bermula dengan gerai je then kini Nasi Lemak Bumbung ni dah semakin maju jaya. Menyediakan nasi lemak di celah lorong di antara 2 block bangunan di Taman Seapark ni.
Dan meja mejanya dah melimpah sampai ke tepi bangunan
Bertemankan lampu dan makan di celah celah lorong yang tak sekata, itu lah mungkin menjadi penarik untuk orang ramai berkunjung dan datang ke sini selain daripada ingin merasakan nasi lemak yang telah sekian lama menjadi hidangan di kawasan ni.
Nasi Lemak Bumbung
Tak sure Indian ke Mamak tapi pekerja dia ada jugak Melayu. Yang Indian tu semua muka lebih kurang sama je.
Start malam lebih kurang kol 10 tempat ni memang menjadi tumpuan terutamanya golongan muda mudi datang lepak dan makan makan. Cabaran pertama nak cari parking. Cabaran ke dua nak dapat seat. Ikut nasib lah !
Aku pun nak jugak cuba. Aku heret OR malam malam buta ke sini. Dia redha !
Lorong yang menjadi tempat utama lepak lepak
Dapat seat dan order lah.
Layan sekeliling dan usha garing dulu.
Kawasan penyediaan makanan. Nampak OK tak de la kotor dan tak la bersih tahap A
Dapat seat. Duduk dan order.
Menu kat sini standard je lah. Nasi Lemak Ayam Goreng dan jugak Maggie Goreng. Kalau nak order yang lain lain tu aku tak pasti. Rasanya macam tu je menu yang orang order kat sini.
Masak masak di sini
Buat air kat sana
Tengok la sekali rebus maggie dalam kuali besar
Buat air pun macam sekaligus. Macam pilihan standard je menu minuman dia di sini.
Dan Nasi Lemak di sediakan secara pukal
Atas sebab itu, bab tunggu makanna tak lama !
Jangan terperanjat makanan sampai dulu dari air.
Teh O ais limau dengan Air Limau
Then tak lama lepas tu waiter dia datang dengan berpinggan pinggan nasi lemak di tangan dan satu dia letak atas meja seperti mana yang aku order !
Ini lah Nasi Lemak Bumbung
Memang nampak serabai dan tak menarik.
Nasi lemak di hidang di atas daun pisang. Bersama telur dadar/mata kerbau dan juga ayam goreng garing. Tapi ayam tu maybe dah goreng lama tak panas sangat. Nasi je panas. Sambal pun sejuk dah.
Nasi macam sikit. Sambal banyak bawang dan tak rasa pedas pun. Ayam garing tapi tak ranggup sebab tak panas dah.
OR jamah sikit. Sekali suap je then dia kata tak sedap. Terus tolak !
So sapa lagi nak jadi tukang habiskan makanan kalu bukan Gergasi Petite ni !!
* tunjuk diri sendiri
Walhal aku dah pun order makanan sendiri !!
Aku order Maggie Goreng
Aku dah buleh agak OR aku tu memang tak suka nasi lemak kat sini, sebab tu aku order maggie goreng so aku buleh belasah makan dua dua.
Haloba tak aku?
Telur mata kerbau yang mengiurkan namun maggie goreng nya ala ala je rasanya
Sebab aku makan Nasi Lemak tu so maggie goreng macam tak abis dah. See? Aku tak de la makan banyak mana.
Tapi nak kata sedap sangat tu memang tak de la kot. Tak de apa yang menarik pun selain daripada suasana dan tengok orang ramai yang datang berduyun duyun ke sini.
Boleh cuba la kalau nak rasa tapi nak kata meletop kebabo tu memang tak de lah !
Kan Anney? Apa tengok tengok. Pigi masak sana.....
Pricewise minuman dengan makanan tu semua dalam RM 11. So kiranya agak murah lah. Sesuai la dengan tempat dan rasanya.
Semakin malam orang makin ramai datang jadi kami pun tak lepak lama. Abis makan settlekan bayaran then balik lah.
At least aku dah cuba !
Dan orang pun ramai juga yang datang mencuba
So ! Selamat menchoba !!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nasi Lemak Bumbung
Jalan 21/11b,
Sea Park,
46300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Operatin Hours:
Sat - Thur : 5:30PM–4AM
Friday Closed