"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya" (Mulk -15)
.... so travel the world, see things, learn, share, relax, respect, repent.. and..... travel more, eat better, and enjoy life.
supermengmalaya@gmail.com
Pernah tak korang tersalah pilih tempat makan sebab tergoda dengan iklan dan promosi berlebihan.
Datang nak makan benda lain, pastu terpana macam kena mandrem dengan iklan berwarna warni dan menu mengiurkan pastu akhirnya menyesal tak sudah ?
Pernah?
Mesti pernah punya kan?
Aku hari tu pusing pusing area Cyberjaya lepas abis meeting mencari tempat makan. Memula dia orang decided nak makan Ole Ole Bali kat d'Pulze di situ.
D'Pulze
Bangunan D'Pulze Mall Cyberjaya
Tapi bila masuk parking nampak promotion dan iklan satu kedai ni merata rata.
Tengok makanan memang mengiurkan. Sebulat suara kami semua bertukar selera. No Bali Bali.. Let's go to Mexico !!!
Ya ariba. Mexicana.....................
* pusing pusing tali belati pastu simpul kaki pak guard Mall.
Dah parking dah decided tu, kunci segala keinginan. Ayuh melangkah menuju kedai yang di maksudkan.
Ayayaya.. Mexicana.
Terjebak tengok iklan macam tu lah. Nak masuk parking tu lagi bersepah sepah. Boleh mencabar selera.
Nama kedainya.. Popilla ala ala Popular. Popular ke?
Terletak di tingkat 2 F. Kena naik escalator atas sekali sampai jumpa U Bowl dan TGV.
Sebab misi bukan nak karok mahupun nak bowl atau tengok wayang, jadi semua semua godaaan sampingan tu di abaikan.
Dah jumpa kedai nya. Kecik jer
Pelanggan pun cuma sorang jer.
"Sure ke ni?"
Masing masing bertanya.
Tengok menu dulu.
Macam menarik
Di masak dan disediakan on the spot. Sure panas berapi !
Intai menu yang menarik
Adik ni pun pandai je memujuk rayu
Burger dan aneka makanan ala ala Mexicana
Sudahnya kami terpedaya dengan pujuk rayu dan rayuan gombal pekerja tu. So order la apa yang sedap.
Aku dengan sorang member order set lunch. Ada nasi dan ayam/beef dan side dishes.
Sorang lagi order apa benda ntah.
Dan kami menunggu.
Air sampai dulu. Option air nenas dan air orange
Hidangan untuk aku. Set harga RM 11.50 dengan air
Untuk member. Dia ambik daging
Sorang lagi ambik ni. Ala carte. RM 13.50
Kunyah kunyah. Makan makan. Saling berpandangan.
Pastu bersuara sesama sendiri.
"Rasanya kita dah kena chong ni"
Masing masing diam tanda bersetuju.
Kurang enak dan rasa tak semenggah macam dalam gambar.
Pilu. Sayu. Dalam kalbu.
Abiskan jugak la sekadar nak menghidupkan roh. Lagipun dah bayar.
Aku dulu pun pernah makan nasi Mexico ala ala Cajun. Tapi yang ni memang langsung tak rasa. Pendek kata.... hmmmm lupakan jer lah.
Tak de nak repeat. Penat je naik sampai atas sekali. Makanan pun simple sangat memang sesuai duduknya depan panggung wayang. Fast foodv untuk orang kudap kudapan lite lite sebelum tunggu waktu tengok wayang.
Tak mungkin akan Popilla....
Definately wont crave for more !
Sorry...
Tapi menu dia ada jugak la yang lain lain. Maybe yang lain sedap kot. Boleh la sapa nak cuba pastu bagitau aku.
Bulan August bakal melabuh tirainya dan September kembali menjelma. Apa yang menarik sepanjang bulan Ogos 2016?
Menarik tak de. Tapi penyakit baru ada ! Penyakit suka makan cheese !
Bukan kah itu boleh mengundang kepada kegemukan yang tak berbelah bahagi?
Lepas raya berhajat nak kurus tapi malangnya, satu persatu benda baru aku jumpa dan aku rasa sangat teruja. Bila dah pekena dan rasanya sedap gila, mula la tak boleh nak berhenti !
Coffee !
Aku tak de la hantu coffee. Tapi hari hari aku minum kopi especially waktu pagi untuk pelawasan. Sebab aku kena berron siap siap kat rumah sebab hasil didikan pada bontot sendiri tak boleh berak di tempat awam.
Typical sarapan pagi. Kopi tu cuma kopi Tongkat Ali jer.
Dan baru baru ni aku jumpa kopi ni dan jadi ketagih ! Hari hari gi keje sanggup singgah stesen minyak semata mata nak beli air. Tak dapat ni, jiwa rasa kosong tak terisi. #hanyaakuyangmengerti
Yang peliknya tekak aku ni tak suka kopi mahal mahal. Macam Starbucks ke Gloria Jeans ke apa semua tu. #kopikampungjecan
Cerita pasal Gloria Jeans... Kalau korang pernah try, Marble Cheese Cake dia adalah padu tahap bom atom meletop kebabo.........
Sekali makan terbayang bayang. Selagi tak pegi ulang bertenggek order benda alah ni, hidup jadi #sepitanpacintamubagaimalamtiadacahaya.
Serious sedap !
Bukan setakat tu jer. Lepas tu aku jumpa pulak benda alah Hanjuku Cheese kat Komugi.
Beli secara tak sengaja
Terus terpikat dengan kesedapannya sampai lupa diri dan janji janji nak menjaga body !
Oh. Tuhan. Kenapa aku di duga dengan benda benda yang boleh mengemukkan?
Kisah kemaruk cheese ni tak berakhir di situ. Jodoh aku dipertemukan pulak dengan Hokaido Cheese Tart ni.
Beli sekali kat Empire Gallery Subang
Saja nak test test
Satu pack ni harga RM 29. Ada 6 ketul Hokkaido Cheese Tart yang sememangnya popular ni.
Pastu beli lagi kat Berjaya Time Square.
Memang tak berjaya la aku melawan hawa nafsu dengan benda alah ni.
Sedap lah. Nasib mahal. Kalau murah, mau aku tidur dengan cheese tart ni, bangun pagi terus makan jer sampai lesu.
Tapi bukan aku je kemaruk dengan benda benda yang boleh membawa kepada hawa nafsu makan yang huru hara ni. OR pun sama !
Dia kemaruk dengan Mille Crepe. Siap pegi cari kat Nadeje di Sunway Giza rupanya outlet tu dah tutup.
Makan di Food Foundry
Tapi dia kata tak memenuhi piawian
Nak yang Nadeje jugak !
By the way Nadeje kat Sunway Giza tu dah tutup. Dia orang pindah kat locations lain dah. Refer website ni Nadeje - Locations
Sebab OR tak puas hati dengan Mille Crepe di sini, aku kena terjah Nadeje lah nampak gayanya.
Gigih pegi outlet dia di PJ
Suka hati. Obese lagi diri
Princess pulak kemaruk Egg Tart !
Mana ntah dia jumpa. Tapi sebab dia pun tak tau kat mana yang dia suka, tak de lah kami mencari. Dan Hero bujang aku tetap dengan favourite dia.
Kalau keluar mana mana mesti cari ni jer.
Creme Brulee
So agak agak apa dah jadi dengan keluarga aku ni?
Apakah semuanya bakal membulatkan badan tanpa rasa bersalah?
Abis pasal coffee dan cheese. Pasal movie ......... ! Bulan August ni aku cuma layan 1 je movie. Busy plus tak banyak cerita yang menarik untuk di tonton.
Layan movie
Suicide Squad. Nasib baik best dan tak mengecewakan.
Layan OST Suicide Squad ni. Lagu best, dan watak dia pun best. Harley Quinn Theme.
Enjoice...........
You don't own me
You don't own me
Woah, let's go
But I'm Gerald and I can always have just what I want
She's that baddest I would love to flaunt
Take her shopping, you know Yves Saint Laurent
But nope, she ain't with it though
All because she got her own dough
Boss bossed if you don't know
She could never ever be a broke ho
You don't own me
I'm not just one of your many toys
You don't own me
Don't say I can't go with other boys
Don't tell me what to do
And don't tell me what to say
Please, when I go out with you
Don't put me on display
You don't own me
Don't try to change me in any way
You don't own me
Don't tie me down cause I'd never stay
Don't tell me what to do
And don't tell me what to say
Please, when I go out with you
Don't put me on display
Really though, honestly
I get bored of basic bitches
She's the baddest, straight up vicious, texting her asking her
If shes alone and if she'd sent some pictures, she said no (what)
Well goddamn, she said come over and see it for yourself
Never asking for your help, independent woman
She ain't for the shelf
No, she's the one
Smoke with her till the weed is gone
Stayin' up until we see the sun
Baddest ever, I swear she do it better than I've ever seen it done
Never borrow, she ain't ever loan
That's when she told me she ain't never ever ever ever gonna be owned
I don't tell you what to say
I don't tell you what to do
So just let me be myself
That's all I ask of you
I'm young and I love to be young
I'm free and I love to be free
To live my life the way I want
To say and do whatever I please
You don't own me..
Last but not least.
Bulan 8 ni adalah bulan birthday Hero. Aku tak sempat nak celebrate masa hari birthday dia tu. Busy ! Merajuk dia ingat aku lupa. Ingat. Cuma tak dan jer.
Birthday cake
Baru la nampak senyuman di wajah. Kalau tak ketat jer... ! Muka muka ketat pun still nak minum air Ribena !
Cari masa tak sempat nak gi bercuti, kami cuma keluar gi celebrate kecil kecilan makan cake.
Untuk anak Papa yang handsome.
Papa doakan semoga abang sihat sentiasa dan selalu dalam lindungan Allah. Semoga menjadi anak yang baik dan berperibadi mulia. Papa tak meletakkan harapan yang tinggi untuk abang selalu cemerlang dalam pelajaran. Abang buat je yang terbaik dan Papa akan sentiasa support. Cukuplah membesar menjadi seorang insan yang memberi manfaat kepada orang lain.
Happy birthday. Papa loves you !
Hadiah tahun ni kebetulan selipar dia putus so dapatlah hadiah selipar Bata. Masalahnya selipar 3 bulan sekali tukar. Ntah dia ada tendency makan selipar pulak ke apa?
* minum air rebusan penimbang sebagai langkah drastik mengelakkan obesity berjemaah
Abis merapu bulan Ogos. Welcome September. There is no better month to travel than September !
So where are we heading to? Kaki dah lama di landa kegatalan ni.
Ghazal merupakan puisi yang mengandungi yang berasal sekitar 670 M, dari Parsi. Ia biasanya adalah puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal popular di daerah Muar dan Batu Pahat.
Dalam sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah bentuk puisi poetic form mengandungi rangkap yang berkongsi rima dan refrain. Setiap baris mesti berkongsi ukuran yang sama. Secara etimologi, perkataan "ghazal" secara harfiah merujuk pada "tangisan kematian seekor gazel". Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah ungkapan cinta, perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Jadi, ghazal dapat difahami sebagai ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan seseorang yang dikasihi atau perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. (Dalam bahasa Arab perkataan "ghazal" secara harfiahnya bererti "berbicara dengan wanita").
Begitu la maksud ghazal oleh wiki.
No.................
Bukan nak ajak menyanyi ghazal, tapi nak usha tempat makan ni nama dia Sri Ghazal. Sebuah restoran yang menghidangkan Beryani Gam istimewa yang didatangkan khas dengan penuh keaslian dari negeri Johor !!!!
Sri Ghazal
Terletak di Bandar Baru Bangi dan kehadiran aku ke sini adalah untuk singgah makan tengahari.
Ada staff aku kata beryani dia sedap tahap memukau. So nak jugak la cuba dan try !
Kami pegi berempat.
Restorannya
Selamat datang
"Assalamualaikum.... kami 4 teruna nak datang menjamu selera. Boleh ke?"
Alangkah best nya kalau datang makan kat sini, tolak tolak pintu je maka berkumandang la irama Ghazal ! Baru la sesuai dengan nama kedai. Ke sebab nama dia Ghazali pastu dia commercialkan jadi Ghazal jer.. tak de kena mengena pun dengan Irama Ghazal?
Apa apa pun, layan lagu ghazal dulu yok untuk ambik mood.
Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu ( 2X )
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu ( 2X )
Empat dara berpakaian sedondon
Berbaju putih berkainlah biru ( 2X )
Pandai mengarang seloka dan pantun
Hitam manis hai pandanglah tak jemu ( 2X )
(Ramai-ramai)
Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu ( 2X )
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu ( 2X )
Empat dara hai denganlah lagaknya
Bersiar-siar sekeliling kota ( 2X )
Sekali pandang senyuman manisnya
Tak mungkin lupa sepanjanglah masa ( 2X )
Layan setting dalam kedai.
Palet palet kayu di jadikan hiasan dinding.. or memang dinding?
Layan diri..... Macam boleh tahan bersepah ni. Semalam ada persembahan Ghazal ek? Tak dan nak berkemas?
Dalam kedai
Konsep dia.. layan diri sendiri. Tapi tak boleh layan diri kalau nak smoking !
Terus ke kaunter untuk order.... Awek tudung merah spot on !
Menu
Minuman
So sebab dia cuma jual Nasi Beryani dan yang sewaktu dengannya saja maka menu dia agak tak berapa banyak.
Antara yang ada dalam menu mereka adalah Sri Ghazal Beriani, Nasi, Acar, Kambing Masak Beriani, Ayam Masak Beriani, Daging Masak Beriani, Set Kampung Masak Beriani, Set AYam Masak Beriani, Sirap Bandung
Memang datang dengan niat nak makan nasi beryani je lah kat sini.
Order then nanti di hantar.
Sipolan pertama : Nasi Beryani Kambing
Sipolan ke 2 : Nasi Beryani Daging
Sipolan ke 3 : Nasi Beryani Ayam
Dan sipolan ke 4 iaitu aku sendiri pun sama. Order Nasi Beryani Ayam jugak
Kalau nengok pada portion memang agak banyak ! Tak la macam sesetengah tu seciput je bagi nasik. Nak untung lebih. Nak cepat gi haji agaknya. Tapi kat sini rasanya macam okey.
Verdict nya.....
Not bad. OK lah... tak de la tak sedap tapi tak de jugak WOW mata buntang keluar bintang berkaca. Memang boleh di cuba. Ayam pun OK. Kambing dan Daging khabarnya pun sedap juga.
Maybe lebih sedap jugak dari sesetengah kedai Nasi Beryani yang claim asli Johor jugak padahal..... tak berapa nak Johor.
Cost makanan aku tak pasti sebab salah sorang budak budak ni belanja. Aku nak gi bayar awek tudung merah kata dah settled.