"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya" (Mulk -15)
.... so travel the world, see things, learn, share, relax, respect, repent.. and..... travel more, eat better, and enjoy life.
supermengmalaya@gmail.com
Orang kata tak complete la kalau pegi US tak gi Las Vegas !
Orang yang kata bukan aku kata. Aku tulis jer....
Of chos aku agree. Although tak nak pegi berjudi pun, tapi tengok tengok kawasan dan experience 'the happening' kat sana memang berbaloi.
Las Vegas yang menjadi tarikan utama ini terletak di negeri Nevada (NV).
Aku sempat ke Las Vegas rasanya 3 kali. Sebelum road trip ni sempat pegi sekali. Masa road trip West Coast ni dan sekali lagi sebelum tu ada side trip dari LA.
Kali pertama ke sini lepas seminggu je sampai US terus drive gi Vegas. Nampak tak lagha hidup time tu?
Dah la antara pesanan terakhir Pakcik James kat airport sebelum aku fly adalah...
"Jangan bawak kereta kat sana !"
Heh.... ko ghase?
Dan padahnya ... aku kena saman sebab tak de lesen lagi time tu. Derhaka lagi.
Drama jugak time tu sebab polis tahan kereta aku tak tahu, sibuk nak keluar dari kereta. Siap polis tu menjerit sambil acukan pistol !
"Get inside the car !!"
* tolong Nyah........... Mak tak bersalah !!!!
Pecah rekod aku naik court dan dibicarakan di mahkamah di Amerika !
* kesat airmata keinsOfan di kandang pesalah
Meninggalkan Arizona, aku bergerak ke state seterusnya, Nevada
Perjalanan agak tandus jugak dan kawasan muka bumi Nevada pun lebih kurang sama macam Arizona. Kering dan berpadang pasir.
Kalau dari Arizona ke Nevada kena singgah satu tempat ni. Wajib !
Hoover Dam. Ada kawasan boleh berhenti dan tengok empangan yang besar gila ni. Dan atas jambatan across the dam merupakan pemisah sempadan bagi negeri Arizona dan Nevada
Perjalanan laluan kering kontang berterusan sampai la tiba tiba terpampang !
Oh yeah. Sin city !
Masa aku sampai tu siang lagi. Las Vegas ni siang siang buta macam pekan mati. Semua orang membuta.
Tapi bila malam, lampu lampa sudah mula menerangi alam.
Tengok lampu pun boleh ralit. Lagi lagi kalau hotel/casino besar yang siap fountain dan light show. Boleh tengok free je sepanjang Vegas Strip ni.
Malam di Vegas memandikan cahaya
Waktu ke Las Vegas time road trip ni, aku agak excited sebab umur aku dah 21 tahun. Sebelum sebelum tu, pegi Las Vegas masih di bawah umur..... belum mumayiz lagi. Bila dah boleh masuk casino. Muka bongkak je konon konon dah boleh berjudi. Suka suka jer. Sempat lah main slot machines ... tapi hampeh.. banyak kalah jer. Menyesal tak sudah.
* insaf
Waktu malam di Las Vegas memang tak tido. Bila siang baru la mengantuk. Tapi siang siang pun ada banyak aktiviti boleh di buat.
Las Vegas di siang hari
Jalan jalan di Caesar's Palace. Dok usha jugak kot jumpa Anita Sarawak time tu. Tapi hampeh laa. Kak Nita pun reti tidor kot.
Dan sesapa jiwa kental boleh try roller coaster atas Stratosphere ni. Memang padu.
Aku sendiri pun tak berani nak naik ride ride tu. Sekarang pun tak berani jugak kot.
HRC Vegas yang lama
Untuk side trip lain aku juga pernah sampai di Reno. Satu lagi kawasan resort perjudian yang dibangunkan di Nevada ni.
Reno less happening skit dari Las Vegas
Tapi sebab kedudukan dia di utara NV, cuaca dia agak sejuk berbanding Las Vegas yang kering kontang.
Dekat area Reno jugak terdapat satu tasik yang cantik iaitu Lake Tahoe. Tapi aku lalu time malam so tak sempat nak jengah.
Bagi aku Vegas wajib pegi. Reno boleh skip !
Banyak sangat aktiviti tak sihat di Las Vegas so postcard pun ada satu ni jer.
Postcard from Nevada !
Available
Map NV
Tak jumpa penyanyi/band dari Nevada. Kasik special skit untuk Kak Nita enteprem.
"Kak Nita... bawa daku pergi ke Las Vegas sekali lagi ... pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee !!!"
Tengok facilities yang ada di Lexis Hibiscus Port Dickson.
Sementara hotel ni belum compelete sepenunya, facilities dia pun masih belum berada di tahap terbaik. Dalam proses la kot.
Jom usha.
Lexis Hibiscus Port Dickson
Parking dah OK. Dan agak mencukupi
Waterchalet. Dari luar memang nampak buruk
Tapi banyak lagi facilities yang belum dibuka especially yang dekat tower
Lampu yang grandis. Ni lif menuju ke ballroom.
Dan ada cafe yang dah di buka. Roselle
Dalam cafe. Menyediakan ala carte dan breakfast di sini
Cafe Roselle
Usha menu
Minum cappucino. Harga boleh tahan la mahal.
Ada tempat kids bermain
Kids playground area
Area budak budak
Nak buat acara pun boleh
Pool
Lepak santai
Kids pool
Gym
Boleh sewa basikal untuk riadah petang petang.
Japanese resto yang sudah di buka.
Tempat breakfast Roselle Coffee House
Spread
Boleh tahan banyak makanan
Makan
Hidangan
Breafkast like a king !
Ada helipad
View
Macam aku cakap, sewaktu kunjungan aku, resort ni belum dibuka sepenuhnya. ( May 2015 ). Jadi facility pun memang belum ready. Cuma yang basic basic tu dah ada lah.
Breakfast ada di sediakan dan spread agak OK. Tempat makan agak luas dan boleh menampung sejumlah yang ramai tapi food agak kureng bagi aku lah. Selain tu, restoran yang sama menyediakan makanan ala carte untuk lunch dan dinner. Harga makanan agak mahal juga. Sebaiknya bawak je makanan sendiri kalau malas nak keluar makan.
Paling aku tunggu adalah Hibiscus Walk yang masih sedang di bina. Sudah pasti ianya bakal melengkapkan Lexis Hibiscus Resort ini sebagai sebuah resort yang menyediakan facilities dan service terbaik kepada pengunjungnya.
Untuk sementara waktu bagi mereka masa.. bila dah ready semuanya mungkin lebih hebat berganda dan menambahkan lagi keseronokan bercuti di sini.
Tapi setakat nak gi bersantai... kira boleh je lah....
Dan aku menyimpan hasrat untuk datang berkunjung lagi ke sini bila semuanya dah fully operated. Harapnya sandaran aku berbaloi !