Friday, April 10, 2015

Sri Lanka : Colombo

Tempat terakhir aku lawati di Sri Lanka adalah Colombo.

Colombo bukan masuk dalam main destination aku tapi aku ke sini sebab nak ambik transport ke airport. Kalau overnight di Galle pun ada bus ke airport teurs tapi jarak perjalanan agak jauh.

Sebab aku malas terkejar kejar so aku overnight malam terakhir di Colombo dan half day tour Colombo sebelum ke airport CMB untuk ambik penerbangan pulang.

Colombo

Layan gambar di Colombo.

Skyline Colombo.. tapi mendung tak nampak sangat

Aku menginap malam terakhir di area Colombo 05

Colombo ni agak luas dengan daerah daerah tertentu so perjalanan dalam bandar makan masa jugak dan jam pun boleh tahan.

Lepas check out, ada satu area yang aku pegi yang betul betul terletak di tengah bandaraya Colombo ini iaitu Galle Face Green.

Kawasan ni adalah kawasan tepi pantai dengan bangunan bangunan utama dan hotel hotel mewah di Colombo. Kawasan ni juga merupakan kawasan tumpuan warga tempatan untuk acara acara tertentu.

Taj Samudera Hotel. Tak mampu nak duduk sini

Galle Face Green

Bangunan lama di Colombo

Kalau petang petang ni ramai warga tempatan melepak

Bangunan pencakar langit di Colombo City Center

Galel Face Beach

Tepi pantai dengan port of Colombo di bahagian belakang

Colombo

Bangunan pencakar langit

Tepi laut> Kawasan ni tak leh mandi

Statue 

Tasik dan bangunan

Twin Tower Colombo

Presidential Office

World Trade Center

Beira Lake

Colombo Lotus Tower dalam pembinaan

Arch di roundabout...

Pettah Market

Aku cuma spent like 2 hr jalan jalan di Galle Green Face Road dan jalan kaki sampai ke Pettah Market. Pettah market ni tempat kalau nak shopping shopping, tapi bagi aku barang barang tak menarik pun. Banyak beg dan kasut. Ada tempat lain yang aku tak sempat pegi seperti di Independent;s Square.

Dari Pettah Market yang terletak di depan Train Station Colombo Fort ( Colombo Main Train Station ), aku ambik bus ke airport.

Bas ke airport Nombor 187 dekat area Pettah Market tu.

Ada option local dan private bus. Aku ambik private bus dengan harga LKR 200 ( RM 5.30 ) untuk sampai ke airport. Spare around 1 jam 30 minit untuk sampai di Bandaranaike International Airport, Katunayake, Sri Lanka.

Senja di perjalanan

Penerbangan dari Colombo ke KLIA2 mengambil masa 3 jam setengah. Time difference bagi Malaysia dan Colombo adalah Malaysia cepat 2 jam setengah.

Secara kesimpulannya... kalau orang tanya aku, perlu ke pegi Sri Lanka? Kena ke pegi? Menarik ke nak pegi?

Jawapan aku senang jer.

Walaupun pengalaman aku ada satu dua yang tak menarik tapi Sri Lanka tu sendiri ada keistimewaannya yang  tersendiri. 

Pergi lah. 

Pengalaman kita pastinya akan berbeza ! Layan video tempat tempat menarik di Sri Lanka.


8 comments :

  1. Jalan dekat Colombo ni memang lengang je ke ? Tak banyak kereta pun.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Meng .... kerana sudi berkongsi kisah pengembaraan di Sir Lanka ...

    Memang seronok baca ....

    ReplyDelete
  3. Kenapa kurang inzal baca cerite Sri Lanka kau ni Meng. Aku menantikan kau bergaduh dengan orang yang menjengkelkan, atau ayat-ayat lucah, drama naik bas, jatuh motor, sakit perut sebab minum kopi.

    Sehat dop?

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
  4. bersih dan modern bdr Colombo..

    ReplyDelete
  5. Wahh..abang meng dah sampai sri lanka..
    saye suke tengok rancangan masak-masak my sri lanka with peter kuruvita. teringin jugak nak g sane.

    ReplyDelete
  6. HH : tu pepagi buta. org lain masih tido kot.

    time lain. jem jugak.


    Ghaz : sama sama encik ghaz.


    Hannan : Sehat la.

    sabo. aku tau kau tunggu drama drama bangang tu semua.

    aku dlm proses menyiapkan itu semua. ni entry untuk panduan travel je. pengalaman travel citer lain..

    tungggu

    kau bila nak update tu?

    ReplyDelete
  7. Nohas : bersih YES... modern.. hmmm ok la...


    Feeza : memasak?

    hmmmm aku x tau la. aku pegi pun sebab memang nak pegi.. masakan kat sana tak de la menarik mana..

    kalau travel ke sana bawak sambal ikan bilis tau..


    MKL : yezza... sri lanka cantik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...