Wednesday, April 22, 2015

Trip Sabah 2015 : 09 - Nabalu to Tuaran

Lepas check out kami terus turun.

Dah tak pegi ke area Kundasang dan melawat tempat tempat lain dah. Plan macam nak gi Poring lah apa lah.. tapi tu plan je. Bila dah sampai rasa macam malas.

Lagipun macam kecewa sikit dengan penginapan tu jadi kami bergegas je turun.

Kali ni destinasi kami adalah ke Tuaran. Tapi on the way tu singgah dulu di Pekan Nabalu.

Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu

Kami singgah di Pekan Nabalu sebab nak makan. Lapar. 

So jumpa satu kedai tu dan makan kat situ. Order order goreng gorengan jer. Tak de la sedap sangat tapi boleh la mengalas perut

Ada jugak kedai kedai jual cenderamata. Hero je beli sebab macam tak cukup lagi nak bagi kawan kawan dia key chain yang dia beli kelmarin

Pekan Nabalu ni merupakan tempat persinggahan kalau dari bawah sebelum sampai ke Kundasang.

Di kawasan ni jugak boleh view Gunung Kinabalu. Ada jugak kedai dan warung warung menjual macam macam benda kat sini. Kiranya boleh singgah lah kalau tak mau ke Kundasang.

Makan sambil menikmati view Gunung Kinabalu yang tak berapa nak clear puncaknya

Layan persekitaran di Pekan Nabalu

Bunga loceng?

Puncak Kinabalu

Gunung dan ganang

Viewpoint

Papan tanda dan kemuncak gunung

Awan gemawan menutupi puncak Kinabalu. Mengaburi pandangan mata pemandangan Kinabalu buat kali terakhir di sini.



Mencinta dirimu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku di sini
Setia untuk dirimu

Kasih yang ku belai
Gugur selama-lamanya
Waktu yang memisah
Menghukum luka yang lama terpendam

Kesuraman yang telah lama menjelma
Dihujani sedihku
Melarakan kenangan bersama
Diakhir pemergian mu itu

Tinggallah aku menanti
Mimpi yang indah kan mewarnai hati

Hanyalah dirimu
Yang bertakhta jiwaku dulu
Tak rela meninggal suci kasihmu itu
Bersemadi cinta ku di sini
Biar mekar mengharumi
Andai ada masa kan ku temu
Kasih

Kedai kedai di Pekan Nabalu

Perjalanan turun pun lancar.

Tak banyak kereta. Paling penting dah tak cuak sebab minyak abis ke apa. Dah isi penuh penuh semalam harapnya mencukupi sampai lah hari terakhir nanti sebab kami memang tak de plan nak merayau ke mana mana dah lepas ni.

Kami ke Tuaran sebab di sana aku dah book penginapan untuk 2 malam seterusnya. Memang plan nak lepak hotel je lah santai santai.

Tapi masa turun tu aku sakit kepala. Berdenyut denyut jadinya. Tak tau la sebab apa. Singgah kat Petronas cari penadol tak ada.

Lagi berdenyut kepala aku tengok kakak ni selamba je pakai hp sambil isi minyak.. Nak meletup ke Kak?

Perjalanan turun dari Kundasang terus menghala ke Tuaran.

Jalan tak banyak kenderaan dan jalan turun bukit jadi cepat je kami sampai ke bawah. Terus menghala ke Tuaran

Bulatan di Tuaran

Jumpa Tuaran Futsal Arena ni. Kat sini ada kedai 1 Malaysia. Beli panadol kat sini dan ada restoran kat sebelah dia. Kat sini la kami tuju bila keluar dari hotel penginapan untuk mencari stock barang dan juga makanan

Lepas beli barang tu terus ke Pantai Dalit tapi tersesat ke mana arah. Bahana pakai waze lah ni.

Sebenarnya aku dah nampak jalan ke resort penginapan tapi konon konon macam awal lagi nak check in so kami nak merayap lah dulu. Terus sesat ke mana mana.

Ambik ambik gambar la dulu

Ada perkampungan di hujung Pantai Dalit. Tapi pantainya tak jumpa jumpa. Jalan mati !

Rumah rumah tepi sungai

Laluan

Dah menemui jalan buntu, maka kami pun patah balik ke resort untuk check in. Memang lalaun tu khas untuk ke resort jer.

Agak agak dah time, kami pun nak check in.

Sampai di pintu masuk resort

Kena tahan dekat gate.

"Mau ke mana Encik?"
"Check in"
"Nama Encik?"
"Supermeng Malaya"

Then pakcik tu check dalam buku dia. 

Satu persatu.. Kejap aku kasik nama aku, kejap kasik surname.. dia tak jumpa pun. Lama jugak lah last sekali dia pun buntu.

Sudah !! Aku pulak tetiba nak berpeluh peluh.

Malu.

Mesti dia ingat aku menipu. Aku saja saja datang nak masuk dan skodeng orang di sini walhal tak mampu pun nak stay sini... !

"Tiada nama encik dalam rekod tetamu"
"Erkkkkkkkkkkkkkkkkkk"

Cemana ni? Dan aku pun memang tak bawak apa apa print out confirmation booking aku pun kat sini.

Tidur tepi jalan kah kita malam ni????

bersambung.....................

18 comments :

  1. Replies
    1. rezeki la jugak kan? kalau tak menangis keluar air sirap bandung

      Delete
  2. Aduh..supermeng bikin susupen dahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suspension kejap jer.. esok kang oke la. hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. jangan nerves sgt normaya. kang migraine

      Delete
  4. Supermeng kena tahan pak guard...
    Len kali ko terbang jea bro..bru dia ada akai,,,kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak terbang...................

      kepak tak derrrrr

      Delete
  5. Kejadian isi minyak sambil jawab fon memang selalu kat sini, pasal tu rekod aku hon + gaduh ngan orang takde akal banyak je kat stesen minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kena meletup sekali baru dia org sedar kot.. mencuakkan kita yang duduk dekat2 dgn dia orang ni jer kan

      Delete
  6. aku memang pantang orang jawab phone sambil isi minyak dengan tak tutup enjin keta..yang peliknya tu staff diorang pun ada macam tu.....
    rugi diorang tak lepaskan ko masuk dalam...hilang sorang customer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rugi la. aku yang rugi sebab dah bayar. kalau tak datang kena tolak 50% jugak. jadi aku kena lebih ganas mencari alasan untuk di lepaskan masuk ke dalam.

      kalau x tidur kat surau je la malam tu

      Delete
  7. woahhhh!!!!!!!..dah tu tido mana?cecepat sambung pleaseeee :))

    ReplyDelete
  8. Meng ...

    Rasanya semalam, video si Marsha tak ada ... blank jer ... lupa nak comment hahahahahaa

    Meng ...

    Kat sini it is a rule, kena switch off the engine and of course no phone gitu ... !!!

    Apa apa pun dah tak suspen dah pasal Pak Guard tuh sebab dah tau kisahnya (dah kuar) heheheheee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...