Kalau letak tajuk Istana Negara mesti orang ingat aku masuk dalam !
Tup tup tengah drive nampak view macam ni.
Keluasan Istana Negara baru ini adalah 10 kali ganda daripada keluasan Istana Negara lama !
* terjun dalam semak dan cari calculator yang tadi
OK. Still kecik dari keluasan lantai Istana Nurul Iman di Brunei. Tapi dah cukup besar dan memang boleh di panggil istana.
Direka oleh arkitek Kumpulan Seni Reka Sdn Bhd. Syarikat yang sama bertanggung jawab mereka Menara KL !
Jadi design dia ada sikit sikit serupa...
Lampu hiasan yang digunakan seperti ketika zaman Uthmaniah di Turki.
Singgahsana yang menjadi tempat persemayaman Seri Paduka Baginda di Balai Rong Seri mempunyai ukiran tradisional Melayu, 99 nama Allah dan ayat ayat Al Quran.
Tidak sebenarnya. So tajuk yang paling sesuai adalah, Laman Istana Negara.
Tu je yang mampu.
Aku dah lama teringin nak gi usha tempat ni. Tapi tu lah, teringin je tapi tak pegi jengah mana nak sampai. Hingga la satu hari tu, budak budak dah meragam duduk kat rumah tak pegi merayau dan aku sendiri pun dah mati kutu kalau weekend tak keluar rumah dan dah tak de idea nak gi mana.
Jadi kami keluar tanpa arah tujuan.
Memula rasa nak gi KL pusing pusing dan makan makan je lah.
Oh. KL yang dah tak rupa macam KL. Actually ni area Mont Kiara
Tup tup tengah drive nampak view macam ni.
Istana Negara
"Jom kita gi Istana Negara nak?"
Aku cakap dengan OR.
"Jom !"
Dia OK jer. So kami pun berhati hati la takut salah jalan, dan ikut mana yang patut akhirnya membawa kami semua ke gerbang Istana Negara !
Ada banyak pintu masuk sebenarnya
Sampai !
Gerbang Istana Negara
Kehadiran kami tidak disambut oleh sesiapa pun walaupun ramai jugak orang ! Waima karpet merah menanti dan dibentangkan.
* cekak pinggang marah orang tak melayan Artis Antarabangsa ni
Maklum lah. Golongan tak elite. Jadi kami pun buat tak layan orang lain jugak. Bukan susah !. Perlu ke kita nak bertegur sapa dengan orang yang ramai ramai tu?
Park kereta dan pegi mengusha apa yang patut di sini.
Bangunan Istana dari gerbang
Tak de apa yang boleh digebangkan dengan tempat ni.
Bukan boleh masuk pun, cuma boleh usha dari luar. Tapi tu lah. Dari luar pun dah boleh nampak kemegahan bangunan Istana Negara ni.
Sedikit fakta mengenai Istana Negara.
Dibina di atas bukit di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kos pembinaannya RM800 juta.
* renung langit jap, pahtu campak calculator dalam semak
Dibina dengan ciri ciri binaan Islam dan tradisional Melayu di kompleks seluas 96.52 hektar.
Keluasan Istana Negara baru ini adalah 10 kali ganda daripada keluasan Istana Negara lama !
* terjun dalam semak dan cari calculator yang tadi
OK. Still kecik dari keluasan lantai Istana Nurul Iman di Brunei. Tapi dah cukup besar dan memang boleh di panggil istana.
Direka oleh arkitek Kumpulan Seni Reka Sdn Bhd. Syarikat yang sama bertanggung jawab mereka Menara KL !
Jadi design dia ada sikit sikit serupa...
Oh. Lupa nak cakap, ini tempat kuda. Kalau nak tengok kuda kena datang sebelum pukul 3 petang !
Gerbang dia agak menarik
Pintu masuk. Tidak sebesar Istana Nurul Iman di Brunei
Gerbang
Turut disediakan kemudahan lif, eskalator, klinik, tapak pendaratan heli, gelanggang untuk bersukan, kolam renang dan taman permainan kanak kanak.
* renung langit lagi.
"Hemsem tak abam?" Guard. Bertukar setiap sejam.
Boleh ambik gambar dengan guard ni, tapi jangan geletek dia. Kalau dia tak layan buat bodo je sebab ada CCTV. Maybe dia tak dibenarkan bersenda gurau dengan pelancong.
Jangan tuduh dia orang sombong pulak.
Hahahaha
Lampu hiasan yang digunakan seperti ketika zaman Uthmaniah di Turki.
Singgahsana yang menjadi tempat persemayaman Seri Paduka Baginda di Balai Rong Seri mempunyai ukiran tradisional Melayu, 99 nama Allah dan ayat ayat Al Quran.
Pagar
Hanya 28 hektar yang di gunakan untuk pembinaan kompleks dan selebihnya dikekalkan sebagai taman dan zon keselamatan.
Layan je la kawasan depan gerbang istana ni hah.
Waktu melawat siang je la kot
Dari arah parking
Ada kemudahan parking untuk pelancong yang ingin menyaksikan kompleks Istana Negara ini.
Google map Istana Negara time belum siap lagi
Yang tak bestnya,
Princess aku bagitau.
"Papa......... adik nak mashuk kat dalam"
* Papa merenung mega mega petang seraya bersuara
"Tak boleh Dik.. Papa ni golongan marhaein.. kita tak boleh masuk................."
* seka air mata
Hero pun sama bertanya.
"Kenapa kita tak boleh masuk Papa?"
* sekali lagi kesat airmata sambil redakan perasaan anak beranak.
Papa tak mampu bina Istana Negara... Istana Cinta pun tunggang langgang lagi...
Dengan cinta ku bina istana
Kau sentuh runtuh jadi pusara
Cahaya hidup ku jadi gerhana
Bisa jiwa menanggung derita
Ku semai benih kasih sejati
Ku pupuk dengan baja nan asli
Ngapa kau siram racun yang pedih
Ku tuai kini hanya rasa yang sedih
Ku impikan istana janji mu
Ku hias cantik dalam angan-angan
Sebab bencana datang mengganggu
Kini hancur musnah istana impian
Berapa ramai yang duduk Istana ni sebenarnya ya? --> soklan cepumas sangatttt
ReplyDeleteyg lama dah pegi, yg ni blom lagi..gayat tengok flyover bersimpang-siur..
ReplyDeletewei meng..ko lalu kat tempat keje aku tu mont kiara...hehe...ko masok ikut jalan duta dari masjid wilayah ekk??
ReplyDeleteNanaT : cepumas kah? hahahah..
ReplyDeleteperlu ke aku delete ayat tu? takuttt..
tapi... soalan tu la bermain main di minda sebenarnya... hiks
Nohas : memang banyak jalan masuk ke istana negara ni,... kena baca betul2 kalau tak silap jalan.
istana lama tu aku belum pi. org kata tak leh masuk jugak kan?????
HB : aku masuk ikut taman duta... dari tol jalan duta...
ntah. aku pun tak berapa pasti, main ikut sign board jer...
HB keje kat Mont Kiara? Sama lahh kita!
ReplyDeleteJOM TT ... ahaks..
area istana negara ni bus kampeni aku buat u-turn kat situ tiap-tiap hari. ada nampak gak orang-orangan kat perkarangan istana..aku macam..pehhliss niggahh..what do u even doing there... *sile byg sore husky alicia keys
tetiber..Meng antara orang-orangan ittuww ..! moment yg opss sgt.
keji dan kejam !
ReplyDelete