Monday, October 7, 2013

Gold Coast Morib Resort - Part 1 : The Resort

Kali ni aku nak membawa melawat ke Gold Coast !!

Kejap.

Ini Gold Coast bukan lah terletak di Australia sana. Tak de Surfers' Paradise di sini, yang ada cuma pantai yang berselut dan pokok bakau yang memenuhi kawasan pinggir pantainya.

Mana lagi kalau bukan di Morib.

Pernah dengar? Mesti pernah. Pernah pegi? Ada perancangan? 

Baik la. Bagi yang dah pegi tu OK lah. Bagi yang belum pegi, aku bawak la sekali lalu tengok apa yang best di sini.

Barang di ingat, Gold Coast Morib tidak sama dengan  Golden Palm Tree Sepang ! ( Sekarang dah tukar nama The Avani Sepang Goldcoast Resort )

Gold Coast Morib Resort ini terletak di Pantai Morib. Tak jauh dari Banting. Kalau sampai ke Banting tu, terus je ikut Kancong Darat menuju ke Morib. Kalau dari Pantai Morib tu kena drive ke arah Bagan Lalang lebih kurang 1 kilometer maka terjumpa la bangunan besar ni.

Dah nampak ni confirm la dah sampai !!!

Aku ke sini masa birthday trip Hero so aku ambik birthday package. 

Harga bilik adalah mengikut weekend atau weekdays. Weekend lagi mahal la. Tapi sekarang berlambak promotion dalam internet kena pepandai la tengok dan usha. Walhal harganya tak de lah jauh beza daripada booking directly thru website mereka.


Dengan harga RM268 kami dapat studio room untuk 2 day 1 night. Birthday package ( cake, gift and cert ), 2 pax breakfast, 2 pax dinner, dan 2 pax entrance to waterpark. Kalau bawak ahli rombongan lebih kena top up lah sendiri.

Tak de apa yang hendak di up up kan sangat tempat ni. Suasana resort biasa biasa je. Tak de la nampak cikai dan tak jugak nampak mewah mana.

Kalau dah sampai tu, masuk dan parking la untuk check in.

Parking Insya Allah mencukupi. Now dia dah bukak satu lagi block yang macam apartment type tu. Tapi kalau studio room yang ada theme park kat tengah tengah tu lagi menarik la kot. Lobby reception pun terletak dengan bangunan ni.

Lobby check in

Urusan check in tak de la leceh mana provided, kena datang pukul 3 petang !

Sebab check in pun pukul 3 ke atas.

Sebelum aku pegi, ada la aku baca review tempat ni dan rata rata mengatakan kalau datang awal pun jangan mimpi la nak dapat check in awal unless weekeday ! So aku memang malas nak senakkan otak, datang je lepas pukul 3 petang !

So urusan check in semua smooth jer. Cuma kalau weekend bersedialah sebab orang agak ramai.

Layan gambar kat lobby dulu.

Check in sini. Pekerja dia macam ramai Indon jer

Layan lagi few gambar di lobby.







Resort ni nak kata lama sangat tak jugak. Few years la so expect furnisher semua agak baru lah. Tapi ! Yang baru tak semestinya elok kan.

Ada jugak report yang mengatakan banyak dah rosak, vandal dan sebagainya. Ya lah, tempat macam ni orang ramai datang, promosi tak abis abis, visitor ramai, kalau maintenance tak bagus memang semuanya cepat rosak !

Kalau dah dapat bilik, boleh la naik atas siap siap.


Advise aku, try mintak bilik mengadap theme park sebab ada view sikit la. Kalau nasib dapat yang mengadap ke luar, view memang tak berapa menarik. Nak lagi menarik ambik yang wing kiri so boleh dapat tengok sunset dan waterpark sekali.

Lagi satu, ada kes yang bagitau ada bau bau yang tak sepatutnya dari kandang ayam dan kandang babi terutamanya menjelang malam. So try ambik bilik yang berdekatan dengan pantai so bau tu agak kurang atau tak de la merosakkan percutian.

Alhamdulillah, aku dapat bilik arah pantai dan mengadap waterpark, cuma tak dapat wing kiri so tak leh nak tengok sunset dari balcony.

Dan lagi. Bersabarlah dan bertenang kalau selalu nampak lantai basah dan licin.

Sebab orang naik turun dari bilik ke waterpark. Tapi ada pekerja yang mungkin di tugaskan khas hanya untuk mop lantai lantai setiap hari dan mereka ni lah yang akan bertungkus lumus memastikan lantai kering dan bersih.

Jangan sampai tertonggeng sebab licin.

Layan gambar gambar dalam bilik studio nya.

Katil dan kena henyak dulu sebelum di ambik gambarnya. Aku mintak double tapi tak dapat.

Yang penting, ada jacuzi !!!

Tapi Anak Dara aku dah  terberak siap siap dalam ni pastu air tak boleh keluar semuanya.... ( rosak ), so jacuzzi adalah tak bererti.... 

Dalam bilik

Aku suka balcony dia



Dan ni semua view dari bilik aku.



Sudah tentunya the best part of this resort adalah waterpark dia. Budak budak memang sukaria lah. Yang tua pun terpaksa sebab nak meneman.

Nanti aku cerita pasal waterpark.

Waterpark yang bagus


Ada kilang kat belakang. Katanya bau busuk tu dari sini?

Pantai dia tak de la menarik mana. Berlumpur dan tak boleh nak mandi.

Kalau mandi pun sure datang kegatalan melanda diri dan kurap naik secara bermaharajalela. Ada ke orang nak mandi air macam ni?

Anyway, untuk layan sunset OK lah. Not bad. 

Tu pun kena tengok cuaca. Ada gazebos di tepi pantai untuk berehat.




Nak cakap pasal makanan.

Makanan dia tak sedap ! Hahaha. Aku sempat jamah few dishes masa dinner ( walaupun dah kenyang ) tapi sebab ada voucher, aku belasah je lah makan.

Memang tak menarik mana plus orang ramai gila ! Kena la berebut rebut. Tempat makan dengan tempat food pun jauh. Kalau datang lambat memang dapat yang paling hujung, letih la nak pegi balik pegi balik nak ambik makanan.

Ni restaurant by the beach

Ni restaurant untuk dinner

Dah ramai je yang celebrate birthday kat sini. Sad to say, the birthday package tu agak meaningless sebenarnya.....

Tapi jangan risau, ada je kedai serbanika menjual aneka ragam benda dan makanan

Breakfast pun sedih.

Overall, makanan tu memang kena improve lah !! 

Servis biasa biasa je. Tapi ni semua pendapat personal aku. 

The best part pasal resort ni cuma la waterpark dia tu je. Budak budak memang seronok lah. 

Sunrise

Lain lain biasa je lah. Tak de apa sangat. Aku cuma suka sebab ianya dekat dan waterpark tu buat budak budak seronok. Kalau nak bagi keceriaan dan kegembiraan pada budak budak, aku recommend, tapi kalau untuk orang tua tua... honeymoon ke apa ker, hmmm cari resort lain je lah.

Tu sahaja.

Check out !

Tarik beg sambil dengar lagu menuju puncak !

Nanti aku citer pasal waterparknya.

bersambung...

10 comments :

  1. Orang tua pun seoronok main air....orang tua pun boleh berlagak macam orang muda....teringat kisah zaman kanak-kanak dulu.

    ReplyDelete
  2. hmmm menarik...cumanya ingatkan ko duk kat villa atas air tu...pi la cuba, patu ko blog ok? hahaha!

    ReplyDelete
  3. laaa.ingatkan tpt ni tpt luxury,6 star.tapi kalau bab makan rupe itu,kuciwa aje.huhu

    ReplyDelete
  4. ada wall of fame lagi..gambar siapalah agaknya tu? Pernah lalu depan hotel ni masa weekday, sunyi-sepi saja..dekat ladang kelapa sawit..

    ReplyDelete
  5. MKL : kalau teman anak boleh la.. kalau sorang sorang nampak pelik ler pulok.

    Biq : oi mak esah, yang atas air tu gazebo la bukan chalet. yang chalet atas air tu dekat sepang gold coast.. ini gold coast morib..

    lain tempat...

    Lavender : yang luxury tu sepang goal coast.... yang ni biasa biasa jer...

    Nohas : ntah. aku telek jugak tapi mcm tak kenal pun sapa.... mcm ada anak anak yatim dpt duduk hotel dan special group yang maybe hotel ni sponsored.. agaknya laaa

    ReplyDelete
  6. eh laaaaa...ingat GC sepangggg! cis! cis!

    ReplyDelete
  7. bestnye...gazebo kat tepi2 pantai tu mmg utk rehat la ye?ingt kan tmpat mkn2...:)

    ReplyDelete
  8. SCT : tempat makan sebenarnya tapi x de org makan situ. so jadi tempat melepak ..

    ReplyDelete
  9. Cantek beg petak purple tu mne beli..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu beg isi makanan... x tau la beli di mana. x ambik tau.

      heheheh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...