Sunday, July 21, 2013

Gersang : Pembakaran Terbuka

Ini adalah entry kemasyarakatan !

* semua rebah

Bangkit !

Eh. Aku ni rakyat yang bertanggungjawab. Nak gi memadamkan kebakaran tak reti. Bukan ahli bomba. Nak gi bagi ceramah tak pandai sebab stage freight (bukan fright), jadi aku cilok wiki dan share kan di sini.

Aci kan?

Bersiap sedia nak hempuk dengan pemadam api bagi sesiapa yang kata tak aci !

Baru baru ni negara di landa jerebu. Abis tu, ada rasa kesannya? Tak reti nak insaf insaf? Jangan suka suka hati buat pembakaran secara terbuka.

Kalau awek awek cun nak membakar sambil buka buka baju, tak per ! Aku suka.

* rebah sekali lagi.

Di sini aku nak tazkirah sikit pasal pembakaran terbuka. 

Apa itu pembakaran terbuka?

Pembakaran terbuka adalah pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang atau lohong. Lobang hidung termasuk sekali.

Secara umumnya, setiap kali kita menyalakan api di luar, kita akan membuat pembakaran terbuka.

Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara. 

Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. 

Masalah jerebu  menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi `asap'. Keadaan jerebu yang berlaku amatlah membimbangkan sehingga menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU) meningkat sehingga ke paras yang sangat bahaya.

Jika kes pembakaran terbuka dilakukan oleh individu atau syarikat, mereka perlu dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sememangnya hukuman yang boleh dikenakan terhadap pesalah adalah berat iaitu denda maksimum RM500 000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya serta kompaun maksimum RM2 000.

Hisap rokok di kira pembakaran terbuka ke tidak?

Jawapan dari perokok tegar. TIDAK SAMA SEKALI !!!

* sorok kotak rokok.

Tapi jawapan sebenarnya adalah YA. Jadi hisap rokok dalam jamban jer.

Layan bukti kemusnahan yang berlaku, agar menjadi ikhtibar kepada kita semua supaya menyayangi alam sekitar. Bukan saja untuk diri kita tapi generasi akan datang.

* terbang dengan spender merah dan perut melandut ke bawah pegi memadamkan kebakaran














Sesapa yang suka suka hati je buat pembakaran secara terbuka dan berleluasa macam ni, kita bako je dia. Pastu kita tanam cili !

Selamat berpuasa !



Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

3 comments :

  1. cantik juga gambar pokok2 tu..ni dekat mana?

    ReplyDelete
  2. aku mmg baran kalo open-burning ni! kat mex tu tiap2 pagi gi keje, ada satu tempat ni dekat area kilang, semedangggggggg je ada yg terbakar. sampai dbkl dgn polis tiap2 ari kena tunggu kat situ, tak dpt2 tangkap kot! eiii! geram!

    ReplyDelete
  3. NHS : Di tepi jalan... kebetulan

    Biq : jerebu nak dtg balik la ni.. isk... sapa bako kita bako je dia...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...