Thursday, October 18, 2012

IV : Dejavu Di Sydney - Sydney City Walk - Opera House

Munchol !

Dah rasa feel feel aura Sydney belom? Belum?

Kalau belum meh kita melangkah terus menyusuri lembah dan lurah macam Kak Eton. Sapa yang belum pegi, sila Menaruh Harapan untuk pegi.

Advise aku, kalau pegi sila cari waktu cuaca yang sesuai ! Sebab kalau jalan time panas sangat tak syok jugak. Biar sejuk sejuk lite lite, angin memukul ke muka macam tu baru rasa best. Tapi kalau sampai  snow pun turun payah jugak nanti nak bergerak kan?

* lariiiiiiii menyorok bawah basement AUD90.


Royal Botanic Gardens [12] (free), one of three botanic gardens in the Greater Sydney area. The gardens, used originally by the Cadigal people as an initiation ground, were set aside as the Governor's private reserve shortly after the arrival of the First Fleet in 1788, and at times were used for a zoo and for a massive exhibition palace, the Garden Palace (which burnt down in a large fire in the 1880s, but the gates still survive). Today, they are the home for thousands of different species of plant found in and area the Sydney area. The gardens contain a tropical glasshouse, a herbarium and other interesting areas. There's plenty to see or do here, or you can just walk through. Take the paths that lead down to Farm Cove on Sydney Harbour.

Sewaktu berada di Botanical Garden, walaupun dah nampak Sydney Opera  tapi aku tak de la excited sangat nak sampai sana. Taking my own sweet time, aku duduk melepak kat kerusi dan membiarkan angin sepoi sepoi bahasa Cina memukul ke muka.

* ayat tak boleh blah.

Tengah aku duduk tu, ada mamat ni tegur aku. Aku syak dia nak pinjam lighter, rupa rupanya dia dok perhatikan aku agaknya dah lama so dia ajak borak. So aku pun borak la dengan dia. Dia dari Taiwan. Travel sorang sorang jugak. 

Dan dan tu la dia paw rokok aku !

* nanges.

Why? oh Why?

Bukan dia paw, aku nak hisap rokok so aku sua la kat dia, macam ajak ajak ayam je dan dia ambik dengan hati yang girang ! Aku lah jadi tak berapa nak girang.

* check siku yang hampir memburuk

Tapi tak pe. Abang kena berhati mulia di negara orang. Kasik je lah. Pastu kena tolong ambikkan gambar dia. 

Borak borak dengan dia sebelum aku rasa macam nak blah dan tak nak buang masa. Dan kami berpisah lepas tu. Mamat tu last day di Sydney dan dia akan terbang ke Melbourne hari esoknya.

Meh melangkah menuju ke Sydney Opera House.

Hah. Getting closer. Ini baru bumbung nya.....

Dah naik tangga


Hari pun dah petang. Ramai orang di persekitaran kawasan Sydney Opera ni. Time ni ada renovation sikit kat bahagian tangga so ada bahagian yang di tutup. Tapi boleh la naik sebab ada laluan khas di bina.

Tengah aku dok jalan jalan kat kawasan ni, angin pulak kuat.

Tiba tiba.........

"Whooooopppps !!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Topi aku terbang.

"Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Begitu cubaan drama tak berapa nak jadi.

Terbang terus masuk air lak tu. Menangis hiba lah mengenangkan topi A&F aku yang dah di hanyutkan air.

"Jaga diri dan dara mu baik baik. Pandai pandai la kau hidup di tempat orang Nak"

Nak menangis lama lama pun tarak guna kan? Keluar air mata darah pun tak dapat balik topi tu sebab dia dah terbang agak jauh. Lagipun bukan boleh turun nak ambik pun.

Angin memang kuat. Cuaca dah nak petang.

So aku pun buat tawaf keliling Sydney Opera. Tempat yang menjadi tumpuan utama di Kota Sydney ini.

Sydney Opera House [13], located on Bennelong Point. This magnificent building, one of the things Sydney is well known for, was designed by Danish architect Jørn Utzon and was completed in 1973. It contains a large concert hall, large opera theatre, several smaller halls for theatre and drama, a reception room and several restaurants, among other things. The best way to see inside the Opera House is in one of two ways - to attend a show, or to take a tour. After a couple of anti-war activists scaled the sails a couple of years ago, the Opera House massively increased its security, so there's not much to see unless you are there for a good reason. Normal tours (also available in French and German), which last for 1 hour and run between 9am and 5pm cost $35, but if you book online and in advance the price reduces by around $5. Backstage tours are also available, though they only run at 7am and cost $155, but you see a lot more than the normal tour. Tours are also available in Mandarin, Korean and Japanese ($24, 30 mins). If you don't want to go inside, just take a walk around the outside and admire the architecture. There are some places to eat and drink inside or on the western side of the Opera House underneath the main level.

Jom jalan.


Bahagian depan Sydney Opera mengadap laut

Kelihatan Harbor Bridge

Ruang legar depan Sydney Opera. Ada macam majlis di depan sana nuh tapi dia orang tak jemput aku

Spot yang sangat lawa dari Sydney Opera. Nampak Harbour Bridge dan MacMahons Point di sebelah sana. Di belah sana nampak rumah rumah tu adalah rumah Perdana Menteri dan orang orang kenamaan Australia


Bumbung Opera House

Dari lobby Sydney Opera House

Depan ni actually restoran. Tak tau la harga makanan dia berapa kat sini

Sydney Opera House, situ sana sini.

Tup tup ada orang buat photoshoot kawin.

Nak tengok lagi?

Nah !

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu

Ada renovation kat situ, aku baca kat situ dia nak buat laluan untuk keluar masuk truck hantar barang ke Sydney Opera ni, jadi dia ada tutup sikit bahagian dan di pagar dengan poster poster macam ni.

Kalau nampak baca ler. Kalau tak nak nampak, sila pegi buat spek.



Layan gambar lagi la sampai muntah.

Aku tak de apa nak cerita.

Tenung lama lama ambik feel.

Dari Opera House menghala ke Circular Quay. Nampak bumbung2 putih tu adalah cafe dan restaurants

Oh kalau nak masuk Opera House tu ada tour, tapi aku tak sure berapa AUD


Harbour Bridge dari Sydney Opera

Welcome. Padahal dah nak berambus. Aku datang dari belah belakang sana 

Harbour Bridge dari Circular Quay. Perasan tak bangunan putih belah kanan ni. Dulu timbul kontroversi pembinaan condo mewah ni sebab menyemak je kat sini menutup pandangan Opera House

OK. Bila sampai sini lagi la terimbau kenangan zaman zaman lama waktu aku sampai di Sydney first time dulu.

Time time tu, macam tak berapa ambik pot sangat dan rasanya time tu area ni macam lain sikit. Aku tak berapa ingat dan malas nak korek gambar gambar lama. Anyway, Circular Quay ni memang menjadi tumpuan sebabnya kat sini ada pier untuk naik ferry. Pastu kat sini la tempat banyak bas berhenti. Ada train station dan sebagainya. Hotel hotel mewah pun memang berlambak kat area ni. Mostly dapat view Opera House.

Sampai sini aku agak lapar. Jadi aku singgah beli cokelat bar. Mengalas perut. Harga minuman kalau botol tu dalam AUD3/RM10 macam tu. Chocolate bar pun lebih kurang harga yang sama. Agak mahal ler tapi lapar punya pasal, beli je lah.

Tengok harga rokok. AUD16/RM50 sekotak !

* berjuraian air mata

Keluar dari Circular Quay tu ada satu bangunan nama dia, Customs House.

Nak tau apa ada dalam ni? Meh masuk.



Masuk masuk kat lobby bangunan Customs House. Lantai dia kaca dan di bawah tu adalah miniature kota Sydney.

Cool.

Boleh ambik gambar kat sini, tapi aku tak lepak lama lama sebab hari pun dah petang, nak gi tempat lain lagi. Sebelah Customs House ni ada Mc D. Info berguna, Mc D kat Oz ni mostly Free Wifi. So kalau terdesak, boleh je buat muka tak malu bertenggek kat sini. 

Depan Customs House ni ada cafe cafe terbuka dan orang minum minum.

So kembali ke Circular Quar semula dan menapak di pesisir teluk tu menuju ke belah utara.

Circular Quay ( sebut dia Qi bukan Kuey)

Pandangan Opera House dari belah utara Circular Quay

Sydney City and Circular Quay

Hari dah petang. Gambar membelakangi matahari dari arah Museum Contemporary Art. Time ni museum dah tutup

Ke arah Harbour Bridge

Di hujung sekali ada restoran mewah. Kalau duit tak berkepok kepok jangan harap nak lepak sini

OK. Lepas sampai di hujung sekali tu, jambatan dan nampak besar depan mata. Aku fikir cemana nak naik?

Aci ke? Boleh ke tidak? Terus datang idea. Aku kan suka buat plan spontaneous. So aku rasa macam nak cross jambatan ni !

Macam tu la aku dok fikir. Macam pernah baca orang panjat panjat CoatHanger ni merentas jambatan kan. Mesti ada point nak naik atas tu. So aku fikir, macam nak riki lah.

Tapi usha dulu di kawasan ni yang dikenali sebagai The Rocks!

The Rocks ni adalah kawasan kiranya area pertama yang di buka sewaktu penempatan manusia di Sydney ni. Jadi kawasan ni masih mengekalkan binaan lama lama dan masih di jaga dan di pelihara. Sekarang bangunan kedai di sini menjadi kawasan cafe dan restoran dan kedai kedai je lah.

Dulu masa aku datang Hard Rock Cafe kat area ni !!!

Tapi sekarang dah pindah. Ke mana? Nanti dulu... kita ada misi lebih penting dari itu.

The rocks dan church

So misi aku tadi adalah nak cari jalan nak cross bridge tu.

Boleh ke tak. Aku pun tak pasti. Masalahnya nak cari jalan pun tak reti. Aku berkira kira je dari hujung jambatan tu dari mana arah asal dia so aku berjalan ikut kaki.

Dan sesat !!!

Ntah mana mana pegi nya sampai aku dah tercross bawah bridge tu ke arah belah sana. Tak boleh jadi, aku pusing balik, nampak la dari bawah orang cross jambatan tu so aku pasti mesti ada jalan.

Patah balik dan jalan ikut tepi jalan besar tu. Cuaca sejuk gila. Jalan naik bukit, kaki dah start sakit sakit. Tapi kegigihan tak boleh di tampung. Semangat ni. Nak jugak. Nak jugak ! Kalau tak aku menggelupur tepi jalan.

* macam la ada orang peduli


Last sekali, berkat kesabaran dan kegigihan melampau, aku nampak la satu pintu kecik je. 

Langsung la tak de ciri ciri tempat tumpuan pelancong. Dengan kereta bersepah parking tepi jalan pastu rumah rumah orang. Rupa rupanya di situ la kawasan untuk buat Bridge Climb !

Yuhu.. Excited.

Macam ada sinar. Aku masuk.


Lepas riki martin aku keluar dengan muka hampa.

Tau kenapa?

Nak buat Bridge Climb tu harga dia mahal gila. Tengok time, tengok peak season, tengok hours, macam macam la dia punya variances.

Pendek kata, normal harga adalah lebih kurang AUD200/RM600.

* nanges lagi.

Berjuraian lah airmata keluar mencurah ke pipi mengenang nasib diri.

Dengan hati yang sedih dan kecewa, aku keluar la dari tempat ni. Terkuburlah harapan nan mengunung tinggi.

Tiba tiba rasa macam ada orang cuit kat belakang.

"Siti?"

bersambung...................

8 comments :

  1. auww saspen..

    ade cik siti keee? wan kembang ke tak? hahah.

    and thank you atas pencerahan.. motip la iols duk baja circular kuey circular kuey kat atas nun...hahahahahaha...

    rupanyaaa!

    ReplyDelete
  2. wahhh...jumpa siti nurhaliza ngan Datuk K la....jeng jeng jenggg...suspen ni.. aishhh

    ReplyDelete
  3. huu,topi abg meng jatuh.
    bang! yg cuit blkg tu LL no bape lak? hehe

    ReplyDelete
  4. abih...aku tak payah blog la kalo camni...sume ko dah cover hahahaha! senang aku!

    siut ek? tido basement ek? ko tatau terketar2 swipe card tau!! cilanat tul..opss termaki plak.

    weh, ko nak panjat jambatan tu sampai atas ke, ko nak jalan merentasi jer? if nak merentasi, free jer, aku naik :D *kembang kempis idung mcm katun gayour*

    ReplyDelete
  5. tp pelik la....supermeng pakai topi... bukan pakai spenda ke? errrr

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..
    saya kagum dengan catatan anda (catatan sahaja, bkn orangnya ..risau perasan lagi nnti telan clorox berapa chawanna lagi lepas ini)..gambar2 dr pelbagai angle, mcm pro cameraman..tulisan cuba cari typo error..amat kecil nisbahnya...nama2 tempat, nama2 bangunan..sungguh2 kagum anda dapat mengingatinya dan blh diusulkan blog ni ke kementerian pelancongan...tahniah dr saya..keep on writing!..(terasa nak tulis dlm english )

    ReplyDelete
  7. amboi amboi amboi...

    bermaharajalelamanja korang ya.

    FJ : lepas ni boleh eja.. quay tiaw. baru rock.. tunggu siti sifir muncul !

    HB : ko sabar... kalau dada berdebar, sila urut sendiri. kalau mcm dada noreen nor. biar aku urutkan.

    pB : tu la pasal tu. menangis nak beli rokok kat sana.

    Zaren : bak kata si balang, nasib topi yg terbang, bukan seluar dalam. opsss.. bakal muncul tu LL tak berapa nak menjadi.

    Biq : aku urut tetek noreen ni dup dap dip dap sebab bedebar tunggu entry ko tu.

    Ano : (letak nama ano kang org ingat aku komen sendiri )... baca je la apa yang aku tulis, some to read, some to keep.

    * hidang clorox dalam chawanna kepada semua peminat.

    BEwok... sila mula kan laga laga chawana sebelum minum.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...