Tuesday, October 16, 2012

II : Dejavu Di Sydney - Sydney City Walk - Central Business District (CBD)

Aku mengalami depresi tahap melampau sebab kehilangan rokok yang banyak !

Sedih lah. Bukan sedih sebab aku buang rokok. Sedih sebab dia orang tak check beg aku. So kalau aku tau, tak payah la aku buang rokok tu. Ada sedikit rasa ralat paralaks dalam jiwa dan sanubari.

Tapi tak pe. Redha tu penting. Lagi pun, rokok tu kan merbahaya kepada kesihatan !

* pujuk hati sendiri.

Apa apa pun keluar dari airport, aku gi hisap rokok dulu. Kena buat catuan rokok ni sebab rokok tak banyak. Aku cuma ada 2 kotak setengah. Kalau biasa aku hisap sehari satu kotak. Kalau nak kira ni aku ada 3 hari penuh di Sydney jadi tidak boleh menghisap rokok secara berlebihan.

Keluar dari Balai Ketibaan nampak orang hisap rokok ramai ramai kat luar.

Ah. Lega.


Apa lagi, ambik port terus hisap rokok.

Cuaca sejuk boleh tahan. Sangat inzal dapat hisap rokok dalam keadaan cuaca macam ni.

Fuh. Fuh. Fuh.

Asap menerawang ke udara. 

Tiba tiba, ada orang tegur. Aku ingat dia nak pinjam lighter, so aku ambik lighter hulur kan kat dia. 

Dia tunjuk satu jari.

Terus aku rasa nak meleleh air mata. Dia nak mintak rokok rupanya.

"Kau tau tak aku ni catuan rokok bermula sekarang?? Kau dah kenapa mintak rokok dengan aku?????"

Macam tu nak marah dalam hati.

Tapi sebab aku mengamalkan prinsip rukun negara. Kesopanan dan keSusilawati Bambang Pamungkas maka aku terpaksa la dengan berat hati, hulur kan dia sebatang rokok.\

"Nah ! Pegi main jauh jauh"

Tak pe lah. Redha lah.


Layan rokok kejap dan fikir, cemana aku nak ke City?

OK macam ni. Masa aku booking hostel ni, dia ada cakap free pick up kalau aku stay lebih daripada 3 malam. Ini sudah bagus ! Sebabnya, kalau naik train dari airport pun, kurang kurang kena dalam AUD18 per trip ke city. Mahal jugak tu. So aku dah email dia orang dan dia orang cuma reply, sampai airport call je nombor 1800 yang ada.

So lepas hisap rokok, aku pun call. Dia tanya details semua dan aku bagi, lepas tu dia cakap cari tempat tulis Meeting Point dan tunggu kat situ.


Mula mula aku tak jumpa Meeting Point ni sebab aku ingat kat luar airport. So aku lepak lagi kat luar hisap rokok lagi !

Oh rugi !!!

Tapi nak buat cemana. Nasib baik la lepas tu aku melilau balik semula dalam Arrival Hall tu baru la perasan. Ada 2 orang pakcik menunggu.

"Where are you going?"
"Maze"
"Oh.. where have you been?"

Hahaha. Gelak gelak aku. Rupanya, lepas aku call hostel tadi, dia orang call pakcik ni. Masalahnya aku pegi melilau tak tentu pasal kat luar so bas pertama dah lepas pegi. Maka nya aku kena tunggu for another 15 minit.

Van tu banyak dan dia macam service dari airport ke hotel hotel ler. Cuma sebab ni kira free dari hostel tu makanya aku tak payah la bayar.

Lepak kejap menunggu then pakcik tu suruh ikut pakcik Cina sorang lagi pegi ke Van yang di maksudkan.

Masa jalan nak menuju ke Van tu la baru aku perasan ada 3 orang ni Melayu. Muka makan belacan sah sah la boleh kenal.

Van boleh muat dalam 10 orang lebih kurang. Beg letak kat belakang. Dan dalam van ni, telinga capang aku tak boleh la nak kontrol dari dengar apa benda dia orang borak.

OK. Aku kalau jumpa Melayu kat oversea aku jarang tegur. Tak payah oversea lah, aku ni memang tak akan tegur orang. Aku akan buat hal aku sendiri. Enough said. Tapi kalau kau Melayu, pastu kau nak borak sesama Melayu cakap omputih kuat kuat tapi slang tetap ada slang Kelantan, telinga aku akan serta merta ada rasa bernanah sikit sikit.

Tak nak kutuk. Tapi annoying. Cakap je la Melayu !!!

Boleh beza kalau orang tu jenis memang biasa cakap omputih atau tidak. Conversation dia macam ni. Aku cuba ingat.

Van tu lalu kat depan satu row kedai. Pastu ada macam tulis Doctor something, aku pun tak sure.

"Look.. You have to take photo of that"
"Where? Where?"
"There... I dont know what kind of Doctor is that"

Korok mung !

Apa apa lah. Yang penting aku sampai dulu dan aku turun dulu daripada mengalami depresi tahap yang lebih kritikal.

Aku sedikit emo sebab rokok tu lagi. So aku maafkan mereka.


Akhirnya sampai la hostel. Lega bukan kepalang. Yang penting aku save duit transport dari airport ke hostel. 

Hostel ni letak betul betul tengah City. Kalau kira memang bagus betul lah. Semua dekat dekat dan aku pun memang tak nak duduk jauh jauh. Aku tak de banyak masa dan aku tak nak abiskan masa lama lama bergerak. Senang kalau berada di City Center. Everything kira walking distance jer.

Urusan check in semua senang je. Aku cuma cuak sebab aku baca review hostel ni macam cikai gila. Kotor la apa lah, tapi tawakal je la. Pada aku tidur tepi jalan atau bawah jambatan, at least ada la tempat berteduh dan berlindung.

Bilik tingkat 2. Hostel ni nama dia Maze. Sesuai la sebab lorong dia bersimpang siur. Kalau tak baca betul betul memang boleh sesat nak cari bilik sendiri. Kena ikut color pada kunci dan nombor bilik.

Masuk masuk.

* pengsan


Bukan pengsan tengok bilik, tapi pengsan nak tidur. Aku mengantuk !

Bilik bagi aku OK. Simple. Cuma ada single bed. Tapi aku rasa memadai. Ada ruang sikit, boleh solat, ada power point untuk aku charge apa apa so aku tak banyak komplain. After all, kalau duduk hotel pun apa la sangat facility yang aku pakai.

Lebih lagi, sempat sedar diri, kalau bilik kecik macam ni harga dah RM100 satu malam, kalau nak bilik lawa lawa kena duduk hotel dan bayar triple kali harga ni.

Jangan merungut ! Sila sedar diri kita ini orang miskin. Tiada kereta ku bawa kau jalan jalan, rumah pun ku tiada yang ada bapa punya.

So duduk je la hostel ni diam diam.

Masa aku sampai lebih kurang pukul 10 lebih. Tak tahan. Aku terus terlena.

Ada la dalam 3 jam lebih gak aku tidur. Ya la aku tak tidur sepanjang flite.

Bangun je, siap siap mandi kasi segar tubuh badan baru la keluar. Tak tahu ke mana arah tuju !

Aku cuma ada ni.


Senang kan? Tak payah aku pecah pecah kepala nak fikir. Print je pastu follow.

Based on benda alah tu, dia kira seminggu tapi aku cuma ada 3 hari di Sydney, jadi aku try la penuhkan masa yang ada pegi mana mana yang sempat. Kalau dah tak sempat nak buat cemana. Lagipun ni lawatan kali ke dua aku ke sini, aku just nak usha garing apa yang ada je.

Ayuh !

Jangan berlengah lengah masa lagi, pakai kasut dan stokin. Sejuk dia luar dan kita akan bergerak pantas menuju puncak !

Take the CityRail train on the City Circle to Museum Station ($3.40 from anywhere in the CBD). Wait on the platform until the train has departed and admire the view - the station was built in the 1920s and was designed like a London Underground station, and is kept in the old-fashioned style, even down to the advertisements on the walls. Take the exit to Elizabeth/Liverpool Street and walk around to Hyde Park, a green area in the middle of the city. Head towards the ANZAC Memorial [1] (which is free). You can enter the building via the side entrance at the ground level. There is a small museum to the right and ahead is a statue of a dead soldier being carried by the grieving women left behind in his life. Read the explanatory plaque, then head upstairs to the main chamber where the eternal flame burns. Exit the Memorial and walk around to the reflecting pool.



Good thing, hostel aku betul betul tengah kotaraya, jadi Elizabeth Street adalah di depan mata.

Aku jalan je ikut laluan tu. Angin kuat gila. Sejuk. Sempat singgah kedai Thai beli air sebagai bekalan. Takut la dahaga. Nak jalan jauh ni.

Dari Elizabeth Street jalan terus sampai jumpa macam park besar.

Usha garing ! Ya. Itu la Hyde Park. Aku jalan masuk dalam, ada jumpa ANZAC Memorial. Tapi tak boleh masuk sebab ada keja keja pemulihan. Lalu je.

Ada ramai orang melepak dengan riang.

Ada yang bermain skate board.

Ada yang cuba merokok tapi lighter tak leh pakai.

"Here you go !"

Aku bagi lighter aku dan beliau terus riang. Awek Cina mana ntah. Kesian pulak aku tengok dia bersungguh sungguh nyalakan rokok tapi tak berhasil.

Awek sedang depresi dan memikirkan tentang masa depan

ANZAC Memorial  

Walk down the path towards Park Street, which cuts through the middle of the park. On your right across College Street, in the sandstone building on the corner, is the Australian Museum [2] ($12 adult/$6 children, $30 family (2+2)). This museum, which focuses on natural history, is worth a visit in its own right if you have more time in Sydney and will take a couple of hours to explore. It is a great museum for children. Otherwise, continue down the central path of Hyde Park and cross Park Street. Note the amazing canopy of trees as you walk towards the Hyde Park Fountain [3]. This is a beautiful place, especially on a sunny day when rainbows form in the spray from the fountain. 

Dan berjalan la lagi melalui celah celah pokok sambil mencuci mata yang kusam melihat orang orang melepak sehingga la sampai di kawasan fountain ini.


Lepak je la kat fountain ni kejap. Tak payah buat apa apa. Tengok belah kiri ada orang melepak. Riang jugak lah. Belah kanan ada macam orang main muzika menghiburkan peminat, jadi buat buat muka terhibur. 

Jangan pegi dekat sangat nanti kena bagi donation.

Ingat !

Kita orang miskin tak kaya. Jadi jangan tabur duit sesuka hati macam tabur janji manis.

Head east towards the Cathedral and cross the road. Enter St Mary's Cathedral [4] (free), which is the largest cathedral in Australia via the main stairs off the plaza, and have a look around. The layout of the cathedral is unusual in that it runs north-south, rather than the usual east-west. You need to purchase a photography permit from the cathedral shop before you can take photos of the interior. The crypt underneath is especially beautiful and well worth a look. You can exit the Cathedral via the shop on the left side. Head north until you reach Macquarie Street (at the north end of Hyde Park), which runs down the eastern side of the CBD.

View dari fountain ke arah church

View dari tempat yang sama tapi ke arah City (membelakangkan church). Nampak tu Sydney Tower.

OK aku nak cakap church ni memang lawa.

Dari struktur binaan luar je memang dah nampak cantik. Kalau nak lagi cantik kena pegi belah kanan. Tapi aku dah malas nak menapak ke sana. Kalau dari ANZAC Memorial tadi, kalau tak lalu jalan bawah pokok rendang tak berbuah boleh je melilau dari belah sana.

Apa apa pun, mahu masuk Church??

Ayuh. Jangan malu dan segan. Mulakan langkah ke hadapan. Cross jalan je dan masuk. Ada pintu betul betul kat situ.

Sekali tengok macam Whoopi Goldberg dalam Sister Act. Tapi bukan ! Mamat pakai topi tu adalah orang sebenar !

Ini St Mary's Cathedral dari arah tepi.

Actually dalam church ni aku masuk. Memang cantik. Tapi tak boleh ambik gambar. Boleh je kot kalau nak ambik curi curi. Ada ramai gak la orang dalam tu. Tapi aku cuak takut kang ada CCTV. 

Daripada sibuk nak tengok apa isi dalam church tu, aku sibuk nak tengok mana dia letak CCTV. 

Penyudahnya, tak payah ambik gambar. So sesiapa yang sampai ke Sydney, boleh masuk dan tengok sendiri dalam ni. Lawa. Macam biasa lah, ada glass berwarna warni menyeri ruang. Tapi serious lawa.

Or mungkin sebab aku jarang masuk church kot?

Ntah.

Seterusnya.. ikut panduan ni.

The first building you will come to is the Hyde Park Barracks [5] ($10 adults, $5 children, $20 family) which was built in 1817 and was the principal male convict barracks in New South Wales until 1848. The museum is a fascinating insight into Australia's early history and will take around 45 minutes to an hour to look around. Guided tours are available. If you don't want to pay the admission fee to the museum, you can still enter via the front door and have a look at the first room on the left, which shows some of the historical uses of the building over the years, and have a look at the museum shop.

Hyde Park Barrack Museum

Exit back onto Macquarie Street. Directly across the street is Queens Square. On the left of the square is St James Church [6] (which is open to the public during the daytime (free)) and on the right is the Supreme Court of NSW. The square is fronted by a large statue of Queen Victoria, facing a matching statue of Prince Albert in front of the Barracks. Look south for a magnificent view along Hyde Park's esplanade of trees, past the Archibald Fountain, towards the ANZAC Memorial. The next building as you head north along Macquarie Street is the Sydney Mint [7], built in 1816, in which you are free to look around and contains a nice cafe, followed by Sydney Hospital [8].

So kiranya dari arah sini, apa yang kita dah tengok?

Hafal. Nanti ada soalan lepas ni. Hahahaha

Prince Albert Status, Sydney Tower, Barrack Museum dan St Mary's Cathedral

Ini bangunan Sydney Mint. Di bina pada 1891.

Lepas pada Sydney Mint ni, bersambung dengan bangunan ni adalah Sydney Hospital. Dekat depan hospital ada statue ni.

Aku pernah baca, kalau sesapa sapu hidung dia, then boleh wish for good luck !

Kau berani? Ini babi !!

Across the road from the Hospital is Martin Place, one of Sydney's pedestrian plazas within Sydney. It extends right down to George Street in the west of the CBD; halfway down is the fountain featured in the "woman in red" scene in the film The Matrix. The white marble building at the top of the street on the left is the Reserve Bank of Australia [9], Australia's chief bank. There is a free museum on Australia's monetary system, accessed via the building's main lobby.

So mesti nak tengok mana tempat cerita Matrix tu kan?

Aku tau dah. Confirm punya.

Nah !


Tempat tempat lain tak de yang menarik dah di kawasan ni. Jadi kita kena terus melangkah.

Jangan buang masa. Kalau dahaga minum air dulu. Rokok? Tak boleh. Kena catu !

For a spot of lunch, there are a couple of cafés on Macquarie Street; alternatively, head down Martin Place to find some cheap eateries. Attached to Martin Place station (underneath the street) are the Colonial Centre and the MLC Centre, both of which have a food court. If you have your own lunch, head to The Domain to eat it. You can cut through from Macquarie Street by the walkway between the Mint and the Hyde Park Barracks.

Head back to Macquarie Street, and continue walking down the street on your right. You will come to a historic building with a large iron fence in front of it. This is the New South Wales Parliament House [10] (free), the home of the State Legislature. Free guided tours are available when the Parliament is not sitting; if Parliament is sitting and you enjoy politics, sit in on Question Time in the Legislative Assembly. It begins at 2:15pm on sitting days (check the website). Be warned - the New South Wales Parliament is notoriously rowdy and is known as the "Bearpit" because of the small room and the rowdiness of the politicians.

Parliament House

One building further on is the State Library of New South Wales [11] (free), the main library for New South Wales. The building is in two parts, the modern State Reference Library and the older sandstone Mitchell and Dixon Wing. There are often interesting historical, art or cultural exhibitions in the top floor of the State Reference Library (enter via the Macquarie Street entry), but the library is worth a visit only if to just see the beautiful Mitchell Reading Room. To access this, walk along Macquarie Street to the end of the block. Turn right and admire the sandstone entry, then enter via the main doors. The Reading Room is straight ahead. If you want to go inside, you will need to leave your bag in one of the lockers; they are accessible via the stairs that head down - just ask the attendant at the front where to go. The café between the two buildings is good for a spot to eat.

OK. Ini la apa benda yang kita boleh jumpa di kawasan ni.



The Domain/Art Galleries

Sampai kat sini aku agak letih. So aku ambik port untuk berehat dan nak hisap rokok. Sambil sambil tu nak check la kat mana aku berada sekarang ni.

Tengah melayan hisap rokok, aku check. Kertas panduan aku tu hilang !

No !!!!!!!!!!!!!!

Di mana kau berada?

Cari cari dalam poket seluar tak de. Dalam jacket pun tak de. Dalam beg tak de. Sudah? Cemana ni?

Fikir. Kalau aku nak menapak ikut suka hati OK je. Tapi akan buang masa. At least benda alah tu jadi guideline aku nak pegi ke mana.

Tak de fikir panjang. Mesti jatuh kat mana mana. Aku patah balik dari arah aku sampai tadi. Jalan, betul betul depan statue tu, maka nampak lah.

"Oh sayangku, kau kenapa meninggalkan ku?"

Nampak tu terus ambik dan peluk. Berjurai jurai air mata keluar.

OK. Tu tipu.

Apa apa pun ambik gambar dulu di tempat kejadian.

Pastu baru jalan balik semula.  Jangan drama lama lama. Buang masa.

Head across the road and into the Royal Botanic Gardens [12] (free), one of three botanic gardens in the Greater Sydney area. The gardens, used originally by the Cadigal people as an initiation ground, were set aside as the Governor's private reserve shortly after the arrival of the First Fleet in 1788, and at times were used for a zoo and for a massive exhibition palace, the Garden Palace (which burnt down in a large fire in the 1880s, but the gates still survive). Today, they are the home for thousands of different species of plant found in and area the Sydney area. The gardens contain a tropical glasshouse, a herbarium and other interesting areas. There's plenty to see or do here, or you can just walk through. Take the paths that lead down to Farm Cove on Sydney Harbour.

Orait. Kiranya dah sampai kat Botanical Garden dah kira dekat dengan Opera House maka abis la satu hari Guideline tu. Motip sekejap? 

Aku tak panas badan lagi ni. Chewah. Padahal dah termengah mengah. Boleh tahan jugak la menapak jauh.

So kalau masuk ke Botanical Garden ni boleh je cross sampai ke Opera House.

Tapi ! Aku tak mahu terus ke Opera House. Aku nak pegi ke Mrs Macquaries's Chair !

Apa ada kat situ? Kenapa mesti nak pegi situ? Kerusi siapa yang best sangat tu? Best ke makcik tu?

Jawapannya.

Tunggu. Moh masuk Botanical Garden dulu. Feeling feeling kita bersatu dengan alam. 

Penat nak taip. Otak aku dah bergerak laju ni, jari jemari pun dah terlebih laju. Jadi layan je gambar gambar ni.

Pencakar langit

"Hoi.. kenduri kawin kenapa tak jemput aku?"

Sydney City dari Botanical Garden

Glass house

The pathway

"Kenapa kau mandi di sini, rumah kau tak de air kah?"

Pokok cactus

Dah nama taman bunga, mesti la ada bunga


OK. Dont underestimate park ni. 

Ianya besar ! Aku berpusing pusing dalam ni nak cari sign ke Mrs Mac's Chair tu, tapi tak ada. 

Jalan menapak ikut kaki dan ikut sesuka hati. Ada ramai gak orang dalam park tu, ada jugak lah orang berehat dan macam macam aktiviti dia orang buat.

Akhirnya !


Aku keluar balik kat bangunan Art Galleries tadi.


* pengsan.

Aku ni dah kenapa?

Aku rasa kekurangan nikotin dalam badan. Maka, berenti rehat dan hisap rokok lagi.

Kalau dalam Botanical Garden ni memang tak de signage cakap ke tempat tu. Dalam kertas aku pegang ni pun tak de. Tapi hati aku meronta ronta nak pegi sebab dulu aku tak pegi. Aku pernah baca katanya tempat tu dekat area ni jugak la. Mesti somewhere around sebab dah tak jauh dengan Opera House.

Fikir fikir kena bertindak cepat. Tak boleh buang masa dan buang karen.

Akhirnya aku menapak ikut tepi park tu, belah luar Botanical Garden. Secara logically aku memang rasa letaknya kat area situ. So gamble.

Jalan !

Burung kakak tua adalah merata rata. Dah nama tua dan kakak kakak, tak de orang nak jaga. Jadi mereka berkeliaran sesuka hati mereka. Tapi ada je orang bagi makan.

Ada macam pier tepi tepi ni. Nama tempat ni Woolloomoolloo. Cuba sebut?

Finger Wharf. Area rumah rumah kaya ni, rumah Russell Crowe pun kat sini. Tak caya? Gi la tanya dia sendiri.

Akhirnya setelah berpenat lelah. Berhempas pulas. Berlawan lawan dengan jiwa nak patah balik ke atau nak jalan terus. Akhirnya instinct aku adalah betul.

Tepat !

10 markah untuk diri sendiri. Sebagai hadiah. Yey ! Dapat hisap rokok sebatang lagi. Hahahahaha.


So kenapa nak kena ada di tempat ini?

bersambung........

11 comments :

  1. Church yg cantik tu la aku tak sempat nk benti amik gmbar, lalu kt tepi tu je, dr luar pn dh nampak outstanding dah. Aku masuk botanical park tu sikit je, dari arah opera house, tp best la ko dpt tgk bunga2 tu sambil sesat2.
    Aku suka lepak kt area circular quay tu, sebab dr pier tu membelakangkan sydney, nampak bangunan tingi2, malam2 lawa heheheh...

    ReplyDelete
  2. ha aku mmg pantang tul la melayu kat obersi nak belagak2 ni. aritu ada sorang budak tu, speaking berabuk dah macam ozzy, muka melayu totok abis. nyampah tul.

    tak pasal2 aku jadi orang kaya kat sana tido bilik basement berharga 90aud sbb snow nyer pasal! babis tul!

    byk gak tempat ko gi. kitorang dah malas rasa mcm nak balik mesia jer...kantoi abis sume plan.

    hahaha siap kertas guide ko terjatuh! drama gile! cantik tul botanical garden tu, aku tak pi, sekian.

    ReplyDelete
  3. kelas kak esah, lepas duduk villa mewah di jogja, duduk pulak basement mewah di katoomba.. hiks.

    x pe nanti buleh gi lagi. ok per rasa snow...

    PB. yup. memang bersih cekap dan amanah.

    Ewoke... cepat.. repeat peat peat peat peat....

    ReplyDelete
  4. kalo bleh merasa snow takpe la, ni nak naik ke atas pun dah jem 3 jam jalan tutup!!! marah mak, nok!!! tak pasal2 hotel mahai...haihhh...

    mengucap, mengucap...

    takpe, ada part deux lagi tiga tahun hahaha!

    ReplyDelete
  5. oh x boleh?? abis tu tersadai di katoomba yang tak snow?

    kau pegi naik train ke drive?

    ya la part deux ada lagi. aku pun mcm nak try

    KL - Syd - Auc - Syd - KL

    bila tak tau

    pastu mcm nak tambah gi fiji ke guam.

    maybe 10 tahun lagi.

    * kira duit syiling

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..
    mula terpikat degn blog anda (jgn trlebh perasan pulak..takut tak blh susun ayat seterusnya nnti)..ayat2 sgat santai..tak rasa stress membacanya..sgt informatif..

    ReplyDelete
  7. waalaikumusallam.

    x per memang dah lama 'perasan'

    * minum clorox 3 chawan (chawana)

    ReplyDelete
  8. amboi motif sgt clorox 3 chawanna!! hahahahah

    ReplyDelete
  9. hai penat kita menjaja blog meng kat merata alam, akhirnya berhasil kan BE hahahaha!

    ReplyDelete
  10. aku drive, stuck kat lawson, kira 20mins away from katoomba, bangsat sungguh kan? nanti aku cite.

    part deux tu aku nak buat belah2 mountain jer, nak santai2 di lookouts yg aku dah print berkepok tapi tak dpt buat tu...haih...

    ko ada gak la duit syiling, aku?? timah pun tak ade!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...