Tuesday, October 2, 2012

Amazing Thailand : Pattaya 2 - Pattaya Beach

Bangkit pagi aku dah bersiap siap. Buat senaman dulu cergas kan badan.

Senamannya tarik selimut dan tidur balik ! Hahahaha.


Bangun siap siap kemas beg semua sebab aku plan macam ni.

Aku akan ke Koh Larn. Memang aku nak ke sana. So aku akan abis time kat luar selama satu hari. Aku kena check out hotel ni sebab aku book satu malam je so rasanya aku tak akan sempat nak balik tengahari untuk check out.

Aku turun ke lobby bagitau plan aku. Aku tinggal beg kat sini, nanti petang aku balik dari Koh Larn aku akan ambik beg aku sebelum aku check in hotel lain.

Dia orang OK je. 

Tak de masalah.

Masalah lagi nak pegi ke jetty ke Koh Larn tu. 

Aku memula plan nak sewa motosikal, tapi budak tu cakap, kalau aku sewa motosikal tak selamat nak tinggal moto kat jetty. So dia syorkan aku pegi naik tuk tuk je.

Aku pun setuju.

Cuma kena jalan kaki sikit ke arah pantai yang terletak kurang dari 500 meter dari hotel ni.

Ayuh. Mari mulakan misi menjarah Pattaya.

Sebelum tu, sebelum meninggalkan hotel, tengok dulu sambil ambik ambik gambar.

Pool !

OK. View dari roof top

Baca sendiri

Pastu blah. Menarik jugak la hotel ni. Tapi second night dah penuh, so sebagai alternativenya aku  dah book hotel lain semalam waktu aku online lepas makan Terrayaki Chicken Air Asia tu untuk malam ke 2 di Pattaya. Kalau tidak kena tidur la tepi jalan. Bahana orang yang suka buat keje last minit.
So malam ke dua, aku akan menginap di sini.

Ya aw aw


Hard Rock Hotel terletak di tepi pantai, tak macam hotel first nite tu yang ke dalam sikit. Tapi still dalam hiruk pikuk bandar Pattaya ni lah. 

Alang alang dah sampai, aku fikir, apa salahnya memanjakan diri sendiri di Hard Rock Hotel Pattaya ni. Tapi hujung bulan dah tak jadi manja lah bila tengok duit dah tak de. Jadi ungka. Nak mengamuk je.

* lempang diri sendiri.

Pagi tu usha dulu kawasan dari arah pantai. Sebab masih awal tak boleh nak check in lagi sebab tu aku tinggalkan beg aku je di hotel tadi tu. Kang aku datang ambik balik baru check in di HRH ni.

Usha kawasan Pattaya Beach ni.


Kawasan pantai Pattaya Beach ni memang menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke mari.

Kawasan yang menjadi tempat berehat dan menghirup udara segar ni betul betul terletak di Teluk Thai dan menjadi syurga idaman pelancong luar. Memang ramai bersepah sepah tengok dia orang kat sini. Tempat ni memang dah developed betul la, dah sangat modern. Facilities memang tip top. Hotel hotel mewah memang terletak di pesisir pantai ni je. Sebab tu la hotel hotel murahan semua ke dalam sikit. Hilton, Hard Rock Hotel, Marriot semua along this road di tepi pantai.

Apa apa pun, usha la kawasan yang aku rasa bersih, cantik dan menarik ni.

Pantai dia tak luas. 

Payung payung ni pulak memang banyak.

Speed boat pun ada. Boat ni boleh bawak kita ke tengah untuk aktiviti sea sport dan boleh juga bawak ke Koh Larn. Tapi aku dah check, harga ke Koh Larn naik speedboat ni memang bapak punya mahal.

Nampak sign yang menjadi ikon Pattaya City ini

Hard Rock Hotel dari pantai. Yang bumbung bulan tu Hard Rock Cafe dan Rockshop.

Kawasan pantai memang menjadi kawasan rehat dan rekreasi

Sesi urut mengurut, lepak lepak minum minum semua ada

Juga sesi menayang perut dan tetek yang tak berapa nak ada juga di kanan dan kiri

Bersih. Airnya lawa. Cuma pantai dia sempit

Dolphin yang menjadi ikon bandar Pattaya ni

Tu bangunan Hotel Hilton. Di bawahnya ada beach mall yang terbesar di Asia. Tapi perlu ke aku nak bershopping?

Payung payung ni menjadi tempat lepak. Boleh je nak duduk menghirup udara segar, order air kelapa ke atau bermandi manda sekali pun. 

Deretan moto moto berkuasa

Indah

Agak agak Paris Hilton pernah datang tak sini?  

Antara aktiviti yang ada di Pattaya Beach

Keselamatan harus di jaga. Tapi mana life guard nya?

Signage. Ni sebenarnya penunjuk jalan. 11 tu maksudnya jalan ke 11. HRH jalan ke 7 tak silap aku. So kalau nak cari apa apa tengok pada penanda jalan ni je

Ni la Beach Mall terbesar tu. Terletak betul betul di tepi pantai


Misi aku adalah nak pegi ke bawah signage Pattaya City tu sebab kat situ la terletaknya jetty ke Koh Larn. Jetty awam yang menyediakan bot bot dengan tambang yang lebih berpatutan.

Boleh je kalau dari tepi pantai ni naik Songthaew (kira macam tuk tuk) dengan harga THB10 satu hala. Jalan pun satu hala. Naik je then bila nak berhenti tekan loceng. Tapi aku mengambil pendekatan mari la kita berjalan sikit kasik berpeluh sebab di tanah air kita bukan berjogging pun.

Maka.

Cepat jalan !

Sambil sambil tu usha keliling.

Lawa  

Hari masih pagi, tak berapa ramai orang lagi

Ni di tengah tengah laut bagi yang nak parasailing

Penjual pun ramai dan macam macam jualan mereka termasuk la udang dan ketam ni. Nampak menarik tapi aku tak berapa lapar lagi.

Hah.

Nak kasi tau.

Lepas pada kawasan tepi pantai yang tadi tadi banyak pokok kelapa tu, kita akan kena melalui kawasan ni nama dia Walking Street.

Kenapa nama dia Walking Street?

Sebab kawasan ni kenderaan tak boleh masuk sebenarnya kecuali motosikal kecik. Jalan pun kecik kecik.

Apa yang menarik di kawasan ni?

Hahahaa. Di sini la pusat nighlife yang banyak di kota Pattaya ni yang menampil kan  sex show, ago go show dan semua show show yang ada di sini.

Tapi sebab siang kawasan ni macam mati.

Aku dah usha keliling. Nampak macam menarik. Terus tanam niat dalam hati, malam nanti kalau ada masa aku nak usha apa ada di sini.

Mungkin ada Nasik Goreng Pattaya '2 senduk' yang sedap lagi bersari tu kat sini.

Hahaha

Signage dia. Nampak tu gambar pompuan senggugut tengah menonggeng?

Alompak Ago go !

Area ni boleh di katakan semua sex show. Nude show apa benda la yang berkaitan dengan sex. Aku teruja ni.

Doll house.... 


Dan akhirnya selepas berjalan dari hujung bangunan nampak dalam gambar atas tu. Jauh jugak tuh adalah dalam 3 km aku menapak ! Akhirnya sampai la ke jetty.

Siap sedia. Cuaca pun terik dan panas sedang molek. Elok la nak berpeleseran ke Koh Larn.

Apa ada di Koh Larn. Worth it ke nak pegi Koh Larn?

Tunggu sambungannya...

Aku nak berak jap.

* mati la iklan.

bersambung...............

13 comments :

  1. sangat sangat menarik terutama walking street tu....errr kalau bawak bini agak2 kena piat telinga x?

    ReplyDelete
  2. kena tembak di tempat kejadian.

    trick dia..

    pegi dulu, balik baru cerita.

    ReplyDelete
  3. Hahaha... Bencik..

    Haritu pi Hadyai ngan family...

    Mak ayah tengah duk berjalan berdua-dua an okeh. anak jalan blkg.

    Skali ade satu gegirl panggil ayah iols!!

    So kesimpulannya, untuk hulubalang kat atas ni, konpem kena piat telinga!

    Arghh mengamuk mak iols kat situ jugek.. no more thailang2.. hahaha

    ReplyDelete
  4. dia panggil nak tanya jalan kot... ahaks

    ReplyDelete
  5. meng, lawa gak pantai ni, n cam touristy gak ek? ko ni kan, dah banyak tempat ko gi, membuatkan aku tertarik hati nak gi...hmmmm...uihhhhh harus kena pi ni! terpaksa pakai hoody utk cover tudung hahahaha!

    ReplyDelete
  6. RUGI SIOT AKU TAK GI PATTAYA HARI TU!

    (huruf besau untuk menunjukkan rasa menyesal yang amat sangat)

    ReplyDelete
  7. Biq : pantai dia x landai tapi mmg happening. lepas BKK aku rasa sini la paling meriah.

    ambik je payung tepi tepi tu cover terus.. sedar2 payung bergerak.

    keri : nanti mung gi pulop lah

    ReplyDelete
  8. Kannnn....sdangkan ayah kite gegirl dh panggil2, ni lg kita yg muda macho dan bergaya kan uols....kekekekeke

    ReplyDelete
  9. Of coz la hulubalang!

    Mereka2 ittew cari pelanggan okeh...

    abang2 macam abang meng hulubalang semua ni mmg bahaya pergi sana...

    iols tak tippuee.. hahaha

    ReplyDelete
  10. hahahaha sedar2 payung gerak, dah la nak pi tgk ah kwa! kahkahkahkah!

    ReplyDelete
  11. FJ : kalau aku sendiri pun aku tak percaya. inikan pulak balang yang datang dari hulu tu... ekekekeke

    ReplyDelete
  12. Musykil aku ngan bibik sorang tu....asek ngan payung bergerak dia jek....kekeke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...