Almaty dahulunya dikenali dengan nama Alma-Ata dan Verniy, adalah kota terbesar di Kazakhstan, dengan populasi sekitar 2,000,000 orang, iaitu kira kira 11% dari jumlah penduduk negara itu.
Kota Almaty pernah menjadi ibukota Soviet sehinggalah setelah Kazakhstan merdeka dari tahun 1929 hingga 1997. Pada tahun 1997, pemerintah memindahkan ibukota ke Astana (kini dikenali sebagai "Nur-Sultan" pada tahun 2019) di utara negara ini.
Walaubagaimanapun Almaty masih merupakan nadi pusat komersial dan budaya utama Kazakhstan, serta bandaraya paling ramai penduduk serta lebih berkosmopolitan dengan suasana kontemporari mempunyai seolah olah bandar bandar di Eropah kerana lebih banyak kafe dan restoran dengan tempat duduk di luar serta banyak taman taman hijau di sekitar bandarnya.
Kota ini terletak di daerah pergunungan di selatan Kazakhstan berdekatan dengan perbatasan sempadan Kyrgyzstan.
Nama Almaty berasal dari perkataan Kazakh yang bermaksud 'apple' dan kota ini menjadi sebahagian daripada UNESCO Creative Cities Network dalam bidang muzik sejak November 2017.
Antara top landmark yang boleh di lawati sekitar bandaraya Almaty termasuk lah...
01. Park of 28 Panfilov Guardsmen.
Panfilov Guardsmen The Park 28 adalah sebuah taman utama di Almaty, Kazakhstan. Taman ini dinamakan bersempena dengan nama Pahlawan Ivan Panfilov, Jeneral yang memerintah bahagian ke-316 iaitu sekumpulan 28 tentera dari unit infantri Almaty yang mati pada tahun 1941 melawan tentera Nazi Jerman di luar Moscow pada Perang Dunia II. Walaupun berlaku banyak korban jiwa, ianya dipercayai berjaya mengekang kemaraan tentera Jerman di bandar ini.
Terdapat memorial statues gergasi dan juga 'eternal flame' yang sentiasa menyala sebagai memperingati usaha dan semangat mereka.
Taman ini adalah tempat yang menarik untuk bersantai sambil lepak lepak baca buku dan pekena ais krim, terutamanya pada musim panas !
Masuk adalah percuma jer.
Di dalam kawasan taman ini ada sebatang pohon yang ditanam oleh Tun Mahathir semasa lawatan beliau ke Kazakhstan.
Tidak jauh dari Park of 28 Panfilov Guardsmen ini terdapat sebuah muzium dikenali sebagai The Kazakh Museum of Folk Musical Instruments.
02. Museum of Folk Music Instruments.
Muzium ini memaparkan banyak contoh contoh dari muzik tradisi Kazakh termasuk peralatannya.
Tak sempat nak masuk pun, just usha usha dari luar. Binaan nya lawa di perbuat dari kayu dan ada souvenir shop di area situ.
03. Zenkov Cathedral.
Di kawasan Panfilov Park yang sama, terletaknya sebuah landmark tersohor kota Almaty ini iaitu sebuah katedral Ortodoks Rusia abad ke-19 yang merupakan bangunan kayu tertinggi keempat di dunia.
Apa yang menarik adalah warna serta keadaan bangunan katedral ini yang masih dipelihara sebaiknya dengan suasana sekitar halaman yang tenang dan mendamaikan.
Belum lagi, binaan dan lukisan dalamannya yang indah dan mengkagumkan.
Sebuah bangunan yang luar biasa. Cukup menyenangkan dan cantik, walaupun gayanya agak merujuk kepada gereja-gereja Ortodoks, tetapi ia merupakan salah satu simbol ibukota negara Islam, yang paradoks. Walaupun dibina dari kayu, namun penampilannya seperti struktur batu. Tambah menarik, ianya tahan gempabumi kerana bangunan sebelum ini yang dibina dari batu telah musnah kerana gempa kuat.
Tambah menarik kerana ianya terletak dalam kawasan taman yang teduh dan dipenuhi pokok pokok yang rimbun.
04. First President's Park.
Sebuah lagi taman yang menarik di kota Almaty ini adalah First President's Park terletak di persimpangan Jalan Navoi dan Al-Farabi Avenue.
Pembangunan First President's Park dimulakan pada tahun 2001 dan siap dibuka pada bulan Julai tahun 2010 bersempena 20 tahun kemerdekaan.
Pintu masuk utama dibina dengan sebuah lengkungan separa bulat yang besar dengan tiang. Lebih dari 10000 pokok pelbagai spesies telah ditanam di taman ini. Terdapat pancutan cahaya dan muzik, yang terbesar di bandar.
Menariknya dari kawasan taman ini kelihatan kawasan pergunungan dengan snow capped memutih.
05. Palace of the Republic.
Palace of the Republic adalah bangunan dewan konsert yang terletak di Almaty, Kazakhstan. Ia merupakan dewan untuk konsert, festival dan acara kebudayaan lain termasuklah lokasi festival filem Eurasia.
Terdapat air pancur di hadapan kawasan dengan monumen penyair terkenal Kazakh iaitu Abai Qunanbaiuli.
Hotel Kazakhstan yang merupakan sebuah hotel bersejarah di Almaty terletak berdekatan dengan kawasan ini.
Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat tempat menarik di sekitar Almaty seperti Kók Tóbe, Republic Square, Medeo, Shymbulak dan juga Big Almaty Lake.
Nanti nanti lah kita usha lagi !
mana pokok woh topoh?
ReplyDeletetakdok di bandor... di kampung2 banyok ah
Delete