Monday, June 1, 2020

MAY 2020 | Riang Ria Raya PKPB

Raya tahun ni memang berbeza sebab kita meraikannya dalam suasana PKPB. Apa apa pun raya tetap raya !





Sebab tak boleh nak merentas negeri, jadi raya tahun ni di ibukota jer.

Nasib baik jugak aku tak ketandusan kerabat di sini, kakak, adik dan anak anak buah semua ada di area berdekatan. Jadi kami sepakat merayakannya bersama sama tahun ni.

Persiapan raya pun ala kadar je. Tak de beli baju raya baru pun. Pakai je mana yang ada je. Anak dara aku je sempat beli baju raya. Dan permintaan dia memang tak de kena mengena dengan raya.







Jenuh pulak aku ni jadi pengunjuk setia 7e nak dapat collection dia nih.

Namun sebelum raya menjelma ada hal yang agak hiba, 2 hari sebelum raya, kami dikejutkan dengan pemergian abang ipar aku.


Meninggal hari Jumaat di bulan Ramadan. Urusan pengkebumian lancar walaupun memang tak leh ramai ramai ke kubur. 

Tapi semangat berhari raya tetap di sambut walaupun secara sederhana. Beli barangan keperluan raya, siap siapkan duit raya tu wajib ada.



Dan di hari raya, sambutannya dengan berkumpul ahli keluarga lebih kurang 20 orang untuk makan dan santap santapan bersama di lokasi rumah anak buah.



Menu hari raya secara pot luck dari kami semua.







Santapan petang...




Dan malamnya buat acara BBQ kecil kecilan...








Ada sambutan kecil kecilan birthday kakak aku...





Overall, sambutan hari raya yang sederhana tapi tetap meriah.


Hari ke 2 dah tak de apa apa. Duduk rumah dan ikut saranan kerajaan tak de aktiviti ziarah. Raya ke 4 dah masuk keje.

Sedih gak la raya tahun ni tak leh balik kampung halaman. Insha Allah. Ada rezeki di masa akan datang dapat beraya dengan mak aku lagi di kampung !


Selamat hari raya - Raya yang berbeza !

8 comments :

  1. selamat hari raya bang meng. Sama la kita beraya di ibu kota,syukurlah ada jugak saudara mara kat KL kan, takde la rasa hiba sangat huhu. cuma kesian kat parents yang berhuhu beraya kat kampung sana anak2 sorang pun tak dapat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... dah abis raya dah pun baru nak reply nih. ahaks....

      tu laa tggu raya haji baru boleh balik kg dan selebrate secara gegak gempita

      Delete
  2. Selamat Hari Raya.
    Raya yang berbeza namun tetap meriah mengikut cara kita, situasi kita, kemampuan kita.
    StaySafe

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks P6
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Selamat belated hari raya drpd ambo

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...