Satu lagi tempat menarik di Almaty yang mana menyajikan pemandangan panorama kota ini dari puncak bukit adalah Kok Tobe.
Kok Tobe yang bermakdus Bukit Biru adalah sebuah bukit di Almaty dengan ketinggian 1100 meter.Kok Tobe kini menjadi salah satu mercu tanda utama di bandar ini, dan ia terkenal di kalangan pengunjung dan pelancong ke Almaty bagi melihat panorama dan keindahan kota.
Asalnya Kok Tobe dinamakan sebagai Verigin dan sejak dulu menjadi lokasi kegemaran penduduk Almaty. Semasa musim panas, orang awam menganjurkan perayaan Hari Mei . Pada musim sejuk, ia adalah tempat yang popular untuk bermain ski dan kereta luncur. Terdapat Menara TV setinggi 372 meter di kaki Kok Tobe ini yang dapat dilihat dari sebahagian besar bandar.
Menara ini mulanya di bina pada tahun 1978 sebagai menara penyiaran yang mampu memberi liputan siaran di seluruh Kazakhstan dan juga menjadi landmark kota Almaty. Di awal pembinaan terdapat masalah melanda seperti struktur tanah yang tidak stabil sehingga usaha pembinaannya gagal dan kawasan ini terpaksa di tutup. Bermula tahun 2004, kerja-kerja memulakan pembinaan semula dan pengukuhan lereng Kok Tobe dijalankan dan pada tahun 2006, sehingga lah siap sebuah menara di kenali sebagai Almaty Tower. Lepas tu baru lah Kok Tobe ini membuka pusat hiburan rekreasi, yang dinamakan sebagai Kok Tóbe Park.
Kok Tobe Park mempunyai tarikan seperti restoran. feris wheels, gerai gerai jual souvenir dan taman hiburan keluarga.
Tarikan lain yang ada di puncak Kok Tobe ini adalah...
Fountain of Desires
The Fountain of Desires berbentuk buah epal sebagai simbol Almaty. Ramai je yang buang duit dalam kolam tu.
Beatles Statue of Almaty
Monumen The Beatles yang diperbuat dari gangsa oleh pemahat Eduard Kazaryan diletakkan di puncak Kok Tobe pada 15 Mei 2007. Monumen ini dirasmikan sebagai sebahagian daripada pelancaran National Award "Music feature – 2007".
Ini adalah monumen pertama Fab Four dengan John Lennon dilihat duduk di atas bangku dengan gitarnya, sementara dibelakangnya berdiri Paul McCartney , George Harrison dan Ringo Starr.
Ada Alley of Lovers, laluan orang datang berdating sambil berkasih sayang. Roller coaster, Ada gerai gerai permainan, tempat makan dan macam macam lagi...
Boleh datang layan view atau melihat lampu lampu ketika malam yang bergemerlapan di seluruh bandar Almaty.
Untuk sampai ke Kok Tobe ni ada 2 cara...shuttle bus atau cable car.
Masa naik, aku naik bas dan ambik shuttle dari bawah.
Dan turun naik cable car.
Menaiki kereta kabel agak menarik untuk lihat view pemandangan pergunungan dan Almaty sehingga lah ke station bawah berdekatan dengan Republic Square.
Kok Tobe adalah port terbaik untuk view Almaty. Situ jugak la kalau nak beli souvenir sebab kat lain aku macam tak nampak ada jual. So boleh shopping kat atas tu jer.
Sampai cable station kat bawah boleh pekena Starbuck !
bersambung.............
ada apa2 kaitan ke beatles dgn tempat ni?
ReplyDeletesempena beattles gi melawat kawasan situ kot...
Delete