Friday, June 1, 2018

MASJID AS-SALAM. Puchong Perdana

Salam Jumaat & Salam Ramadan...............

Masjid bukanlah didirikan untuk beribadah semata, tetapi pembinaannya merangkumi segenap sudut yang menyentuh kehidupan umat Islam di mana-mana sekalipun. 

Fungsi rumah ALLAH SWT pada zaman Nabi Muhammad SAW dan sahabat sangat banyak sehingga ia dianggap sebagai pusat aktiviti umat Islam.

Aku nak share satu lagi lokasi masjid yang indah, antara yang dibina terapung, dan di sempurnakan dengan binaan yang yang cukup indah dah gah. Dan bukan sahaja menjadi tumpuan umat Islam beribadat, malah pelbagai aktiviti lain. 

Nampak macam masjid di Brunei je kan?

Bukan !.... Masjid ini adalah Masjid As Salam yang terletak di Puchong Perdana, Puchong.

Selalu aku lalu kat LDP tu dan nampak masjid ni dari jauh. Memang ada hajat nak singgah tapi sebab laluan dia kena exit keluar highway tu yang asyik tertangguh. Tapi ada hari yang indah lepas hantar Hero balik hostel di Putrajaya, aku pun singgah untuk solat maghrib di sini.

Terkesima dengan landskap dan keindahan masjid ini menjelang senja..................









Tenang dan damai suasananya. Sesuai dengan fungsinya sebagai pusat pengembangan budaya toleransi dan pengembangan budaya perdamaian.

Masjid As-Salam merupakan mercu tanda bagi penduduk disekitar Puchong Perdana dan juga digelar sebagai Masjid Terapung dan menjadikan ia satu-satunya masjid terapung di Negeri Selangor pada masa ini.  




Masjid As Salam ini terletak di Taman Puchong Perdana, Puchong dibina pada 20 Mac 2004 dan siap dibina pada 5 Januari 2006.

Masjid ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Sultan Sarafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Sultan Selangor pada 17 Zulkaedah 1427 Hijri bersamaan 8 Disember 2006 Masihi.




Masjid ini merupakan salah satu masjid yang dibina berlatarbelakangkan taman dan tasik. Oleh itu konsep reka bentuknya disesuaikan dengan suasana sekitaran yang menarik perhatian ramai iaitu konsep reka bentuk Timur Tengah yang diadaptasikan kepada bentuk moden dan terkini. 

Bentuk-bentuk kubah yang dibina dilihat menyerupai kubah masjid bercirikan masjid yang terdahulu. 

Namun begitu reka bentuk pada bangunannya mendapat sentuhan moden dan ringkas. Menaranya pula amat sinonim dengan reka bentuk masjid di Timur Tengah dan menjadi mercu tanda kepada Masjid As-Salam.






Sebahagian daripada bangunan masjid ini menganjur ke tasik sehingga ia kelihatan seolah-olah terapung di atas air. 

Secara umumnya masjid ini meyerupai gaya Masjid Tengku Tengah Zaharah di Terengganu, Masjid Tanjung Bunga di Pulau Pinang dan Masjid Putra, Putrajaya yang dibina berhampiran dengan sumber air seperti laut dan tasik.




Masjid dua tingkat ini mempunyai beberapa anjung berbumbung yang dihiasi gerbang-gerbang berulang. Kombinasi antara warna emas pada kubah dan bangunannya pula berwarna kuning air menonjol keindahan masjid. Warna putih melatari bahagian dalam masjid ini mewujudkan suasana bersih dan memberi ketenangan kepada pengunjung semasa melakukan ibadah solat.

Mimbar masjid ini dihasilkan daripada kayu berwarna gelap yang digabungkan dengan selapis batu marmar bercorak sebagai hiasan. 

Mihrabnya ditulis dengan zikrullah tanda memuji kebesaran Allah SWT. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti dewan solat lelaki di tingkat bawah dan dewan solat wanita di tingkat atas, tempat berwudhuk dan pejabat untuk kakitangan masjid bertugas.

Jom melawat kawasan....................

Bangunan masjid

Entrance masjid

Dewan solat utama di tingkat 2

Tangga menuju ke dewan solat utama

Dewan solat utama

Mimbar dan mihrab

Keseluruhan dewan solat

Kubah

Karpet

Kawasan solat di sebelah kanan dan kiri bangunan masjid termasuk kawasan solat untuk Muslimah. Terdapat juga ruang solat tambahan di tingkat bawah.

Aras bawah dari dewan solat utama masjid As Salam

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti dewan solat lelaki di tingkat bawah dan dewan solat wanita di tingkat atas, tempat berwudhuk dan pejabat untuk kakitangan masjid bertugas.

Kawasan tambahan untuk solat di tingkat bawah

Terdapat kedai kedai menjual barangan dan peralatan ibadah. Ada restaurant arab juga untuk menjamu selera.

Kemudahan parking

Tak jauh dari kawasan masjid ni ada kawasan santai dan istirehat serta warga tempatan beriadah. Taman permainan serta gerai gerai makanan dan tapak bazar jualan.

Satu keistimewaan masjid ini ialah kegigihan pihak pengurusan dalam memperkasakan ekonomi masjid. Masjid ini mempunyai biro ekonomi yang mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengumpul wang seperti pasar Jumaat, perkhidmatan mencuci kereta dan juga program infak. Pengunjung boleh membantu pembangunan masjid dengan membeli air mineral daripada pihak masjid dan wang berkenaan akan didermakan kepada masjid. Apa yang boleh dibanggakan ialah, penjualan air mineral dilakukan tanpa penjaga, yakni pembeli mengambil air mineral dan memasukkan duit ke dalam tabung dengan sendiri.


Masjid As-Salam Puchong Perdana terbuka kepada umum, 24 jam beroperasi dan kapasiti jemaah mampu mencecah 5,000 hingga 6,000 orang.

Yang menariknya, masjid As Salam ini telah dinobatkan sebagai masjid terbaik seluruh Selangor tahun 2011 berikutan aktiviti dan program yang dijalankan sering mendapat sambutan daripada penduduk sehinggakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjadikan masjid ini sebagai model kepada masjid lain.

MASJID AS-SALAM
Persiaran Puchong Perdana,
Taman Puchong Perdana,
47100 Puchong,
Selangor

web : masjidassalam.official.com.my/
fb : assalampuchongperdana/

Masjid Untuk Semua. Marilah meriahkan lagi rumah Allah S.W.T.

Keindahan Masjid As Salam dari arah LDP

References : 

4 comments :

  1. Assalam, awat x kasi tau dah sampai, tu dkt umah saya tu, ada satu2 masa, jemaah solat subuh di masjid ini mgalahkan solat fardhu terutama pd hari sabtu ahad

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah.. kalau tak boleh singgah gi beraya. huhuhuhu...
      ya ke.. mesti meriah.. bagus kalau mcm tu. boleh di jadikan contoh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...