Monday, June 11, 2018

ARA DAMANSARA MEDICAL CENTER - NeNo NeNo Ada Kecemasanggg

Kecemasang !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ini perihal bila berlakunya kecemasan. Anak bujang aku admitted kat hospital. Porak peranda jadinya. Sebab tu lah orang kata, sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. 

Ara Damansara Medical Center (ADMC). Selalu nampak tapi buat buat tak nampak, akhirnya jadi tempat kunjungan beberapa hari.

Ada satu petang tu, aku balik opis awal. Pastu aku membuta ria. HP aku memang selamanya on silent mode sebab aku memang trauma bunyi hp ni. So terjaga dah nak dekat maghrib, check banyak missed calls. Rupanya warden asrama sekolah Hero. 

Dah tak sedap hati. Called balik rupanya warden suruh ambik Hero kat hostel sebab dia tak sihat. Aku terus shoot pegi Putrajaya. Tengok tengok anak aku tu kena beguk !

Bawak gi klinik dan dapat MC few days. Then balik rumah lah sebab beguk ni kira penyakit berjangkit kang kena budak budak kat asrama dia tu pulak.

Elok la dia duk rumah bercuti, 2 hari lepas tu balik opis tengok dia terjelepuk hina. Katanya demam. Terus aku bawak gi klinik dan doktor terus refer ke Hospital Sungai Buloh untuk thorough check up. Jauh lak tu nak ke Sungai Buloh, dah lah time tu dah malam buta.

Nasib baik anak aku ni ada medical card so kami decided pegi private je yang panel dekat dekat area rumah. Memula nak gi SJMC tapi fikir macam menarik gak kalau pegi ADMC ! 

Pukul 11 malam sampai di tempat Kecemasan ADMC

Ambik masa yang lama gak untuk registration apa semua. Walhal private hosp kot dan orang tak de lah ramai. Dah la hujan lebat time tu, aku rengsa tak boleh cari port merokok.

Pesakit dah hilang upaya. Kesian dia tak bermaya karin dah.

Tunggu kejap then sampai giliran gak.

Tuan doktor check, dia kata yang anak aku ni bukan kena beguk tapi kelenjar tonsil dia bengkak dan kena infection.

Tu bukan penyakit penyanyu penyanyi je ke? Penyanyi ke anak aku tu?

Patut lah aku perasan suara anak aku tu makin besar. Suara base. Ingat kan sebab dah nak baligh. Hahahaha. Bercakap pun malas. Berdengkur masa tidur pun macam halilintar bunyinya. Rupanya dia tak sihat. 

So doktor suruh admitted.

Dan di sini lah bermulanya kekagetan nak urusan hal hal dan bertarung dengan masa yang ada.

Dah dapat bayangan masa ni trip Dhaka aku terpaksa dibatalkan dengan rela...

* lambai lambai kan tangan kepada peminat peminat di Bangladesh

Time tu gak bawak Hero gi Xray

Pastu menunggu untuk proses nak admitted ke ward. Kena uruskan hal registration dan settlekan pembayaran deposit etc.

Lama jugak nak tunggu urusan urusan berkaitan ni sebab melibatkan panel insurance.

Hero dah baring dan masuk air siap siap dah.

Aku lah kerengsaan menunggu bilik tak dapat dapat lagi sampai nak dekat pukul 3 pagi baru settled. Dari tempat emergency, Hero di bawak ke wad perubatan.

Sunyi je hospital ni malam malam. Scary pun ya....

Menuju ke wad

Usha pulak wad pesakit di pusat perubatan ni.

Bilik dah ready

Pesakit pun dah tak sabar sabar nak berbaring

Single room. Bilik agak luas lah.

Facilities dan kemudahan pun OK

Ada sofa bed untuk kemudahan peneman

Toilet

Macam kat hotel

Yang bestnya ada verandah

Jangan bagitau orang tau. Aku buat port merokok kat sini.................. walaupun dah tulis 'di larang merokok'

Menu untuk pesakit

Ada gak untuk yang tak sakit.

Kemudahan lain. Siap free wifi etc

Lega akhirnya settle urusan admittance Hero ke wad. Tapi sebab kami memang tak ready, so kena balik rumah dulu ambik baju dan barangan keperluan Hero dan OR aku sebab dia yang nak kena teman kat hospital malam tu.

Sempat singgah McD pepagi buta sebab pesakit aku tu pelik. Nama je sakit tapi nafsu makan memuncak mencanak canak.

Malam pertama OR temankan dia. Malam ke 2 pun OR teman. Malam ke tiga pun OR !  

Aku pegi untuk usha usha nurse sambil bermain main mata jer .... Tapi takde yang layan. Hahahaha

Alhamdulillah, 4 hari 3 malam di sini dan ada perubahan lah pada anak aku tu lepas masuk air dan antibiotik. Boleh pulak si Hero ni seronok duduk hospital ni sampai tak nak discharged !

Padahal dia complain hari hari makan bubur dengan ice cream jer. Tapi tu lah, kalau aku nak pegi, macam macam dia punya order.

Memang Ara Damansara Medical Center ni salah satu hospital 'have-have' dan aku pernah fikir kalau aku kena admitted, nak masuk hosp ni ler. Sebab nak usha usha.

Rupanya anak aku yang kena wad. Tapi boleh lah kabulkan hajat aku nak usha sendiri hospital ni.

Usha kawasan ADMC ni.

Memula datang malam tak nampak kemewahan hosp ni. Lagipun Kecemasan kena masuk ikut belakang.

Bila datang siang baru nampak. Wahhhh ! Ni hospital ke hotel neh?

Reception desk

Plak perasmian oleh Sultan Selangor

Panduan

Ruang legar

Lobby

Nampak mewah dari hospital biasa

Lobby

Bumbung berkaca

Bunga bunga penyeri

Lif lobby

Kawasan lobby

Ada gak kemudahan lain di area lobby dan basement macam kedai myNews dan jugak food court.

Alhamdulillah. Semuanya selesai. Hero pun dah sihat dan boleh discharged after few days. Tak de nak kena operate ke apa pun.

Time nak discharged....

Jumlah bil? Hmmmmm dekat RM 10 K. Nasib baik ada insurance.

Tapi urusan tak abis di situ. Ada nak kena datang untuk follow up.

Follow up pertama

Follow up ke dua

Follow up ke 3.

Masalah follow up ni kena bayar dulu then baru boleh claim insurance. Sekali datang, doktor pegang pegang leher anak aku tu, bagitau progress tak sampai 10 minit, charge dia kat RM 300 lebih.

Tetiba je aku rasa macam nak jadi doktor. Tapi tak bijak !

Kasik settlekan je lah semuanya.

Janji anak aku kembali sihat seperti sediakala....

Terima kasih kepada petugas dan jururawat di Ara Damansara Medical Center kerana membantu dan menjalankan tugas dengan baik sekali.

Harap tak perlu dah datang lagi kecuali datang melawat orang lain tak per lah. Tapi sapa sapa yang nak sakit dan nak aku lawat tu, sila lah masuk Prince Court Medical Center ke pulak sebab aku teringin nak melawat ke situ !

Hahaha.............

2 comments :

  1. uish, xtau pulak sakit beguk ni agak emergency

    ReplyDelete
    Replies
    1. beguk tu buleh berjangkit tau....
      emergency tu tengok case jugak la. kalau demam berlarutan memang kena referred ke doktor lah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...