Wednesday, June 20, 2018

Ramadan 2018 : Amber Chinese Muslim Restaurant, NEXUS BANGSAR SOUTH

Series buka puasa di luar bersempena ramadan 2018.

Konon azam Dungun tak nak beriftar di luar, tapi dah terlebur masa kat DOME tempoh hari. Bila sekali langgar pantang, bersusun pulak acara mendatang. Sudahnya, misi tahun ni lebur macam tahun sudah sudah.

Tapi tak pe lah. Hajat di hati memang nak elak, tapi kalau tak mampu, redha je lah !

Sesi buka puasa ramadan kali ni dengan geng GBS. Memang jadi tradisi setiap tahun kami berkumpul dan berbuka puasa di luar. Tahun ni tak terkecuali dan lokasi yang di pilih adalah di Amber Chinese Muslim Restaurant di Bangsar South.

Tak de kaitan dengan Amber Chia rasanya.....

Aku pernah dengar nama resto ni tapi tak pernah try. Bila jemaah bagi cadangan aku setuju ajer walhal aku teringin nak makan kat Dolly Parton Dim Sun. Dah lama berkeinginan nak try makan kat situ. Maybe next time !

Terletak di Nexus Bangsar South

Kami berkumpul setelah dipersetujui oleh jemaah sekelian.

Untuk tahun ni, Amber Chinese Muslim Restaurant ni menyediakan buffet ramadan berikut :

"FREE FLOW MEE TARIK @ OUR BUFFET!"
-----------------------------------------------------------------

THE AMBER Chinese Muslim Restaurant signature Ramadan Buffet continues a longstanding tradition whereby chefs bring together recipes of Traditional Chinese Muslim cuisine all the way from Northern China straight to your tables......

*IFTAR @ BUFFET TIME*
Date: 17 MAY - 14 JUNE 2018
Time: 6.30pm to 9.00pm
.
*NORMAL PRICE*
RM59nett (Adult)
RM35nett (Kids 6-11 yo)
.
Plan your visit and reserve your table well in advance especially on weekends.
.
For Reservations, CONTACT US:
Tel: 03-2242 1010
Email: amber.bangsar@gmail.com

Urusan booking membooking di serahkan kepada BW dan dia yang settlekan semuanya. Yang lain cuma pegi lenggang kangkung bawak perut kosong untuk di isi !

Layan gegambar semasa acara ini berlangsung...................



Mula mula usha resto dia dulu.....................

Entrance

Ada plak perasmian. Pelik gak yang officiate resto ni adalah bekas Menteri Besar Terengganu. Kenapa beliau?

Lampu

Seperti biasa aku sampai lambat. Dah nak time berbuka. Sampai sampai je macam tak di sambut mesra oleh pekerja di situ. Macam asing je rasa.

Usha suasana berbuka puasa time tu... Masing masing macam dah menggila serbu hidangan makanan.




Malas menyibuk sangat, aku lepak dulu di meja. Tunggu keadaan reda.



Usha hidangan buffet yang di sediakan.....................

Main dishes....................




Kambing !

Mee Tarik ?

Minuman

Desserts dan buah buahan

Kuih Muih

Rata rata makanan yang hidangkan adalah ala ala ke-Chinese-an dan memang sesuai untuk penggemar penggemar masakan sebegini.

Usha meja kami..............





Haloba menguasai diri.......

Personally, maybe sebab aku tak gemar sangat Chinese food yang memang pure Chinese macam ni so aku tak boleh nak appreciate rasanya. Tapi based on guests yang ada, aku bet maybe rasa dia meet selera penggemar penggemar masakan sebegini. 

Aku tak jumpa satu dish pun yang boleh buat aku repeat kecuali air dan buah. Lauk pauk semua rasa sama jer. Air pun  limited choice. Kopi dan teh pun tak der.

Dan seperti yang di highlightkan oleh Amber pasal buffet berbuka puasa mereka ni....


No 1-9 satu pun tak de buat aku rasa tertarik. No 7... tandas pun agak jauh !

Dan ada gak makanan yang dibazirkan tanpa di habiskan

Boleh add friends dengan SYAITON sebab membazir nih !

Bagi aku makanan average. Environment pun tak tenang. Bising macam kat pasar. Dan atas sebab tu kami tak lepak lama lama pun. Abis makan lepas solat terus blah.

Service pun kena improve lagi.

Aku rasa maybe buffet di sini memang tak kena dengan selera aku, tapi kalau duduk dan order ala carte mungkin ada satu dua yang mengena.

Kos as per advertised. Tapi aku rasa apa yang aku makan tak sampai separuh dari harga buffet ni. ( tak tau nak makan apa dah )

Kalau tahun depan orang ajak berbuka lagi di sini, aku terpaksa cari alasan melarikan diri dari terjebak lagi ke sini !


Tapi bagi menggemar mee tarik atau Chinese food, boleh lah datang dan mencuba ! Btw mereka ada satu lagi cawangan di One Utama.

Amber Chinese Muslim Restaurant - Bangsar South
Unit - 1-14, Level 1,
Nexus No. 7,
Jalan Kerinchi
Kuala Lumpur, Malaysia

fb : AmberBangsar/

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...