Saturday, April 8, 2017

EUROPE | PARIS - 06 : Sacré-Cœur, Paris

Hari ke tiga di bumi Paris.

Awal awal pagi macam biasa, taxi datang pick up kami di hotel dan bawak ke opis. Syok je semua orang uruskan tak payah pening pening kepala dah.

Tapi pening gak la kepala seharian dengan urusan kerja yang perlu dilaksanakan. Dan macam biasa menjelang petang, dari opis balik ke hotel dulu, bersalin salinan dan kami keluar semula untuk aktiviti santai santaian dan lawatan......... !

Salah satu tempat yang aku nak datang kali ni ada dalam agenda hari ni. Few times datang ke Paris memang aku tak pernah jejak atau sampai sini. Kali ni pastikan jadi !

Tempatnya adalah Sacré-Cœur, Paris. Lokasi dia agak jauh skit dari pusat bandar tapi kali ni kami pegi naik teksi so suruh je drebar teksi tu hantar.


The Basilika Sacred Heart of Paris , yang dikenali juga sebagai  Sacré-Cœur adalah gereja Roman  khusus untuk Sacred Heart of Jesus, di Paris, Perancis 

Sebuah mercu tanda popular, gereja terletak di puncak Montmartre, puncak tertinggi di kota Paris

Pemandangan sekitar kota Paris dari atas bukit Sacré-Cœur,

Sacré-Cœur adalah sebuah monumen politik dan budaya serta bukti kekalahan Perancis pada 1871 dalam Perang Perancis-Prusia 


Senibina yang menarik. Kalau rajin buleh panjat sampai ke dome atas untuk viewing.


Penanda

Equestrian Statue of King Saint Louis

Bangunan gereja Église Saint-Pierre de Montmartre yang terletak bersebelahan dengan Sacre Coeur

Bangunan di persekitaran kawasan yang lain

Geng geng rombongan aku semua lepak luar je. Dia orang tak nak masuk sebab gereja ! Tak pe lah. Aku masuk sorang sorang..usha usha bahagian dalam.

Dan tak lepaskan peluang masuk ke dalam bangunan  Sacré-Cœur, Paris ni

Sacré-Cœur Basilica telah direka oleh Paul Abadie . 

Pembinaan bermula pada tahun 1875 dan telah siap pada tahun 1914. Ia telah dirasmikan selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1919.


Interior of the Sacré-Cœur.

Senibina dari ciri ciri Romano-Byzantine  

Satu sudut dalam bangunan gereja ini

A mosaic in the apse, entitled Christ in Majesty, created by Luc-Olivier Merson, is among the largest in the world.

The basilica complex includes a garden for meditation, with a fountain. The basilica is home to a large and very fine pipe organ built by Aristide Cavaillé-Coll for a private home in Biarritz,

 Kalau banyak masa boleh explore dan naik ke atas kubah kubah tu untuk tengok view Paris. Tapi aku sendiri pun tak de banyak masa. 

Senibina Sacré-Cœur, Paris yang turut juga merupakan UNESCO World Heritage Site

Menarik gak tempat ni. Petang petang memang santai ramai yang melepak lepak kat kawasan perkarangan. 

Kawasan bersejarah di Paris

Di sebelah Sacré-Cœur ada kawasan yang di namakan Montmartre Village. 

Ada banyak cafe dan restaurants. 

Kedai cenderamata dan tempat melepak. 

Boleh naik train untuk bergerak di kawasan ni.

Menara Eiffel kelihatan dari Sacré-Cœur,

Area Montmartre. Banyak pelukis jalanan dengan hasil lukisan masing masing. 

Di sini juga tempat di mana Picasso mula berjinak jinak dengan melukis sewaktu beliau tiba di kota Paris sekitar tahun 1900 dulu. Begitu juga Van Gogh dan yang lain lain.

Kawasan di lereng bukit yang di penuhi dengan hotel dan cafe serta restaurant

Kedai cenderamata pun banyak kat sini.

Singgah cari cenderamata kat area ni. 

Ada satu dua kedai yang boleh bargain juga dan agak murah sebab masing masing shopping sakan.

Dan sebab lama dan sementara menunggu dia orang shopping kat sini aku lepak kat cafe di area Montmartre.

Sambil di hiburkan dengan pakcik sebelah menyanyi dengan gitar nya..

Layan jap dia nyanyi................



Je vous parle d'un temps
Que les moins de vingt ans
Ne peuvent pas connaître
Montmartre en ce temps-là
Accrochait ses lilas
Jusque sous nos fenêtres
Et si l'humble garni
Qui nous servait de nid
Ne payait pas de mine
C'est là qu'on s'est connu
Moi qui criait famine
Et toi qui posais nue

La bohème, la bohème
Ça voulait dire, On est heureux
La bohème, la bohème
Nous ne mangions qu'un jour sur deux

Dans les cafés voisins
Nous étions quelques-uns
Qui attendions la gloire
Et bien que miséreux
Avec le ventre creux
Nous ne cessions d'y croire
Et quand quelque bistro
Contre un bon repas chaud
Nous prenait une toile
Nous récitions des vers
Groupés autour do poêle
En oubliant l'hiver

La bohème, la bohème
Ça voulait dire : Tu es jolie
La bohème, la bohème
Et nous avions tous do génie

Souvent il m'arrivait
Devant mon chevalet
De passer des nuits blanches
Retouchant le dessin
De la ligne d'un sein
do galbe d'une hanche
Et ce n'est qu'au matin
Qu'on s'asseyait enfin
Devant un café-crème
Épuisés mais ravis
Fallait-il que l'on s'aime
Et qu'on aime la vie

La bohème, la bohème
Ça voulait dire, on a vingt ans
La bohème, la bohème
Et nous vivions de l'air do temps

Quand au hasard des jours
Je m'en vais faire un tour
À mon ancienne adresse
Je ne reconnais plus
Ni les murs, ni les rues
Qui ont vu ma jeunesse
En haut d'un escalier
Je cherche l'atelier
Dont plus rien ne subsiste
Dans son nouveau décor
Montmartre semble triste
Et les lilas sont morts

La bohème, la bohème
On était jeunes, on était fous
La bohème, la bohème
Ça ne veut plus rien dire do tout

Banyak lak lagu dia nyanyikan

Dan aku pekena Creme Brulee di Paris. Ya ampun. Ini lah rasanya creme brulee paling sedap aku pernah makan. Serious tak tipu !!

Ni tak sedap sangat. Apa nama ntah

Lepak sampai petang

Kawasan Montmartre nak menjelang malam

Cafe dan restaurants berlambak lambak di kawasan ni dan di buka sampai ke malam

Hari dah nak malam. Eiffel Tower dari kejauhan

Ada tramp dari atas bukit untuk turun ke bahagian bawah. Option selain daripada panjat dan turun tangga

Sampai di bahagian bawah bukit Montmartre

Sacré-Cœur dari bawah bukit sewaktu senja

Kat kawasan bawah tu lagi banyak kedai kedai jual cenderamata. Lagi banyak options.

Kami habiskan waktu malam dengan makan di salah satu kedai halal di kawasan ni. Bukan yang dalam gambar ni. Ni kedai tak halal.

Ini lagi tak halal

Ah. Ah. Ah.. No No No ! Jangan tudoh tudoh... Abang tak menyimpang masuk occcayyyy... Sebenarnya kami jalan jalan dan ronda ronda kawasan red area di Paris ni dengan macam macam offers

Alhamdullillah Iman kami semua kuat so tak tergoda dengan sebarang godaan godaan neraka. Hahaha.

Just menikmati suasana malam lepas tu ambik teksi balik hotel. 

Sampai hotel. Pengsan !

bersambung........

4 comments :

  1. Doh bakpo xdop gamba kedai mkn halal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambo tak lawo.. heheh. ada banyak je kedai halal/kebab sepanjang jalan tu... buleh usha usha.

      Delete
  2. waaa..moulin rouge...terus teringat lady marmalade..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak yang ala ala lady marmalade duk tepi jalan... bapak ayam pun ramai tapi dia tak kacau sangat asian.. maybe tau asian tak kaya kot. ekke

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...