Thursday, April 6, 2017

EUROPE | PARIS - 04 : Eiffel Tower

Kalau sebut pasal Paris sudah tentunya terlintas akan Eiffel Tower yang terkenal ni.

Menara Eiffel ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis . Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

Malas nak gebang banyak. Layan gambar je la sekitar Menara Eiffel ni..................

Menara Eiffel, Paris

Area Trocadero. Arah kami datang

Dan view dari sini agak menawan

Kunci cinta

Terletak di Champ de Mars di Paris, Perancis, Menara Eiffel merupakan salah satu struktur yang paling terkenal di dunia.

Menara Eiffel pada asalnya dibina sebagai gerbang pintu masuk untuk Pesta Dunia pada tahun 1889.

Ia dinamakan sempena nama Gustave Eiffel, pemilik syarikat yang bertanggungjawab membangunkan projek ini.

Arca yang terdapat di kawasan Trocadero

Bangunan muzium

Menara Eiffel setinggi 320 meter (1050 kaki) dan merupakan struktur tertinggi di dunia selama 41 tahun sebelum Bangunan Chrysler di bina di New York.

Carousel pertama di Eiffel Tower adalah juga yang pertama di dunia

Sungai Seine yang turut menjadi mercu tanda kotaraya Paris

Sepetang di Seine River

Reka bentuk Menara Eiffel telah diciplak di beberapa lokasi seluruh dunia termasuk replika separuh skala di Paris Las Vegas Hotel di Nevada, Amerika Syarikat dan skala penuh Tower Tokyo di Jepun.

Jambatan merentas Seine River menuju ke Eiffel Tower

Ada bot dan river cruise bagi yang ingin menyusuri Seine River ini

Jualan cenderamata

Jualan keychain pelbagai bentuk. Ada je Pak Itam Afrika jual cenderamata ni semua dan agak murah. Pandai pandai la bargain.

Memula plan nak try river cruise kat Seine River ni. Tapi dah petang.. Cruise malam je tinggal.

So melepak la melangut tengok orang

Dan aktiviti aktiviti yang ada

Dan melayan suasana petang di Eiffel Tower

Cuaca yang agak dingin dan berangin

Atas faktor keselamatan nak rentas tu ada kena kawalan keselamatan

Orang beratur nak beli tiket ke puncak Eiffel.

Menara Eiffel diperbuat daripada besi dan berat sekitar 10.000 tan.

Berjuta-juta orang mendaki Menara Eiffel setiap tahun dan rekod pelawat adalah  melebihi 250 juta  orang sejak pembukaannya.

Pelawat boleh naik tangga ke dua peringkat pertama atau mengambil lif yang juga mempunyai akses ke tahap yang ketiga dan yang tertinggi.

Terdapat sebuah restoran mewah di aras atas tapi memang kena booking in advance lah. Harga pun sudah pastinya mahal.

Nama Perancis untuk Menara Eiffel adalah La Tour Eiffel, ia juga mempunyai nama samaran La Dame de Fer yang bermaksud wanita besi.

Eiffel Tower menjelang waktu malam

Walaupun puncak Menara Eiffel telah direka untuk bertahan dari tiupan angin, namun ia tetap bergoyang beberapa inci dan setiap kali cuaca panas, ia mengembang disebabkan oleh tekanan pada besi keluli yang digunakan. 

Kira-kira 50 tan cat ditambah ke Menara Eiffel setiap 7 tahun untuk melindunginya daripada karat.

Suhu juga mengubah ketinggian Menara Eiffel sehingga 6 inci (15 sentimeter).

Abis ronda ronda kawasan Eiffel Tower, kami nak ke destinasi seterusnya. Tumpang kencik kat cafe ni. Kena charge Euro 1 untuk 3 orang ! Hehehehe..

Kunjungan aku ke Eiffel Tower kali ni rasanya lebih best sikit sebab cuaca yang dingin dan kebersihan pun nampak semakin OK daripada last aku datang. Dulu banyak anjing berkeliaran dan bau hancing merata rata. Sekarang dah bertambah bersih kawasan sekitarnya.....

Eiffel Tower, destinasi wajib datang kalau berkunjung ke bumi Paris ini ! Tak saha kalau datang dan tak singgah sini.............



Sous le ciel de Paris
S'envole une chanson
Hum Hum

Elle est née d'aujourd'hui
Dans le c?ur d'un garçon
Sous le ciel de Paris
Marchent des amoureux
Hum Hum

Leur bonheur se construit
Sur un air fait pour eux
Sous le pont de Bercy
Un philosophe assis
Deux musiciens quelques badauds
Puis les gens par milliers
Sous le ciel de Paris
Jusqu'au soir vont chanter
Hum Hum

L'hymne d'un peuple épris
De sa vieille cité
Près de Notre Dame
Parfois couve un drame
Oui mais à Paname
Tout peut s'arranger
Quelques rayons
Do ciel d'été
L'accordéon
D'un marinier
L'espoir fleurit
Au ciel de Paris
Sous le ciel de Paris
Coule un fleuve joyeux
Hum Hum

Il endort dans la nuit
Les clochards et les gueux
Sous le ciel de Paris
Les oiseaux do Bon Dieu
Hum Hum

Viennent do monde entier
Pour bavarder entre eux

bersambung.....................

10 comments :

  1. Sampai skrg takleh nak kaitkan lg Eiffel Tower ni mercu tanda cinta... Baca coretan abam supermeng lg la rasa jauh sgt kaitannyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... mcm synonym je eiffel dgn feel feel romantika... tapi tak pasti kot celah mana. org pun kata paris tu kota cinta.

      Delete
  2. Replies
    1. dok rajing naik.. malas beratur nak beli tiket.. buleh je beli online tapi.. ntah tak terasa nak naik.

      Delete
  3. menarik suasana sekitar..bila la nk dpt jejak di sini..

    ReplyDelete
  4. Tak rasa pon romantis nya paris ni..maybe sbb g dulu ala2 budget kot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu kan?

      insha allah ada rezeki tu sampai la nanti

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...