Jom singgah masjid !
Kali ni kita ke Masjid Bandar Diraja Klang yang terletak di tengah tengah bandar dan di tebing Sungai Klang.
Pandangan Masjid Bandar Diraja Klang
Aku singgah di sini untuk solat Isyak. Sebab agak dah lewat ingatkan mula dah tutup tapi usha usha bukak lagi, so boleh lah singgah dan tumpang solat di sini.
First time datang sini. Agak terkesima dengan bangunan masjid yang tersergam dan kelihatan dari pelbagai sudut kawasan bandar DiRaja Klang dan kini menjadi salah satu mercu tanda baru di bandar ini.
Siap dibina pada 21 Ogos 2009
Dengan nama asalnya Masjid Klang Utara, masjid yang berkeluasan 0.72 hektar dan dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24.3 juta ini boleh menampung 1,500 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini pernah mengalami pelbagai masalah teknikal sepanjang pembinaannya, namun akhirnya dirasmikan dan diberi nama baru (Masjid Bandar Diraja Klang) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersempena keputeraan baginda yang ke-64.
Mula dibina pada 30 Ogos 2003 bagi mengatasi masalah limpahan jemaah di Masjid India dan Masjid Sultan Sulaiman, Klang.
Pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang sedang dan akan dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam yang berurusan dan juga bekerja di Klang.
Pembinaan masjid ini adalah berkonsepkan masjid terapung bersesuaian dengan kedudukannya yang terletak di tebing Sungai Klang.
Bagaimanapun di atas sebab teknikal air sungai Klang tidak dapat disalirkan di sekeliling kompleks masjid ini, sebaliknya kitaran air bersih terpaksa digunakan secara mekanikal untuk menimbulkan impak apungan kepada kompleks masjid ini
Kawasan parking
Daripada segi kemudahannya, kata beliau, masjid ini mempunyai dewan solat utama dan dilengkapi kemudahan bilik pejabat, bilik-bilik kuliah, ruangan solat luar yang boleh menampung 1,300 orang, bilik pengurusan jenazah dan ruang penyediaan makanan.
Usha kawasan dalam bangunan Masjid Bandar Diraja Klang ini.
Pintu masuk utama
Kaunter pertanyaan
Pintu masuk
Plak perasmian
Sejarah masjid
Tingkap kaca
Laluan masuk ke ruang solat utama
Dewan solat utama
Ruang mihrab berserta mimbar masjid
Bahagian atas mimbar di hadapan ruang solat hadapan mengarah ke kiblat dengan rekabentuk serta sedikit kelainan jika di bandingkan dengan masjid-masjid moden yang lain.
Struktur kubah masjid yang tersergam dengan rekabentuk dan details tersendiri
Bahagian belakang dengan rekabentuk ruang dalaman dengan warna putih dengan ukiran seni yang nampak timbul pada permukaan dinding dan tiang.
Juga ukiran dinding dengan jalinan yang menarik.
Ukiran timbul pada tiang tiang dan binaan dengan jalinan seni yang menarik dalam penghasilan senireka binaan dan hiasan dalaman
Karpet di ruang solat utama dengan warna lembut dan corak corak berulang
Walaupun masjid ini nampak agak limited dari segi ruangnya namun hiasan dalaman dan senireka bangunan memang betul betul di beri perhatian dan mampu menjadi tarikan jemaah ke masjid ini.
Usha lagi beberapa kemudahan di masjid utama di daerah Klang ini.
Laluan ke bilik bilik untuk akhitiviti di masjid ini
Walaupun tapak tanah yang diperuntukkan untuk tapak masjid ini agak terhad namun kemudahan untuk jemaah dan aktiviti ibadah dapat dibina untuk keperluan ahli ahli dan jemaah di sini.
Namun masih ada kemudahan seperti rumah imam, bilal dan siak tidak dapat disediakan.
Taman permainan untuk kanak kanak
Kemudahan
Tempat wuduk
Tandas
Pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam setempat. Tapak masjid ini juga amat strategik kerana terletak di tengah pusat bandar.
Kawasan sekitar masjid juga kini dibangunkan secara komprehensif termasuk kawasan Pasar Jawa yang sedia ada.
Kawasan komersil dan ruang perniagaan juga tersedia untuk para peniaga Islam di sekeliling kawasan masjid ini.
Pusat perniagaan Court Mamooth dan Pasar berhadapan masjid
Masjid Bandar Diraja Klang
Jom singgah !
Jalan Pasar,
41300 Klang,
Selangor,
Malaysia
" Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
oo..masjid di tepi sungai, pernah singgah Pasar Jawa, beli kerepek..
ReplyDeletehaah tepi sungai tapi tak jumpa cari port menarik nak shot dari arah sungai
DeleteSuka design menara masjid ni
ReplyDeletebelah dalam dia lawa. mcm opera house
DeleteKursus haji kt sini ritu..tapi takdak pon nak menghayati interior masjid ni..mekasih meng sharing.
ReplyDeletemesti masa tu x sabar nak gi tanah suci kan... dah tak fikir yang lain.
Delete