Sepetang di Pantai Remis di Jeram, Kuala Selangor.
Datang mengharap senja mendatang. Rupanya mentari berselindung di balik gemawan.
Pantai Remis
Rimbunan
Sapa yang mahu? Orang tepi pantai tak pakai baju lah !
Warung lepak santai
Di gigi air
Ombak yang menyapa pantai
Setenang kala petang
Senja tetap tak kunjung datang
Atas atas tu adalah kawasan berdekatan dengan The Kabin Resort.
Dan di berikutnya kawasan Pantai Jeram tak jauh dari Pantai Remis. Tempat yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menikmati angin petang. Lebih banyak aktiviti di sini dan lebih meriah dan banyak aktiviti.
Pantai Remis 2014
Kedatangan disambut sendu rawan
Sepetang sepinggir batuan
Nikmat bersamaan
Rezeki
Tebaran jala
Habuan
Lengang
Tenang
Sepetang di pantaian
Dan seterusnya pantai di kawasan Restoran Aroma Ikan Bakar,
Alam
Desiran ombak bisu
Kelam langit kelabu
Menanti kudapan malam
Melihat petang beransur menghilang
Dan sinar mentari tak jua menyinari langit petang
Sendiri.....
Buat kesekian kalinya aku sunyi
Kembali....
Pada kenangan bersama
Di sini.
Laut jadi saksi
Ombak memateri janji.
Pantai setia menanti
Aku relakan senja ini tenggelam pergi
Moga malam-malam panjang penantian
Mampu ku lewati
Bersama rindu bercahaya
Bintang paling sempurna......
* tetiba bunyi phone ada message masuk
'Drpd Agensi Wakil ASTRO. Peringatan pembayaran akaun ASTRO..........................'
Ah. Sumpah mengacau ............ !
Potong mood jer.
Potong mood jer.
Ketika maya merajuk
Pohon tunduk diselimut bayu sepi
Awan jadi malu dicelah puncak
Pesona menatap redup berkelipan
Berkaca di atas air
Itukah permata idaman jauhari
Di rimba pawana sayup bercahaya
Sebenarnya cintaku yang sebenarnya
Cintamani suci
Tanpa ditakluki sesiapa lagi
Tidak jemu menantikan embun dinihari
Dari zaman hingga zaman tetap sama
Saat ini terbuka mata permata
Bertakhta kirana
Bermandi cahaya
Biar serpihannya terbuang
Menjadi debunga
Duhai kekasihku
Biarkanlah (diri) hamba
Merayu cahayanya
Cinta ini suci
Layak kumiliki
Walaupun yang terakhirnya
Ku sendiri
Berkaca di atas air
Bukanlah permata yang dicari-cari
Cuma kilas mata dalam pencarian
Sebenarnya cintaku yang sebenarnya
Menanti suria petang yang seakan malu-malu di pinggir ufuk barat (tetiba nk join)
ReplyDeletecuaca mendung mendung gini.. kita jadi jiwaa....
DeleteKuala selangor ada pantai??? Kena cari ni. :D
ReplyDeleteada la.... pantai jeram !
Delete