Thursday, November 3, 2016

Jom Kudap : Nadeje Cake Shop, PJ

Pencarian Mille Crepe di Nadeje selepas kecundang di Food Foundry !

Actually sebelum tu dah pegi usha di Nadeje Sunway Giza tempat yang aku dah pegi dulu tu tapi rupanya dah permanently closed ! 

Sebab OR kemaruk nak jugak makan yang kat sini, gigih lah kami mencari.

Tada ! Dah jumpa outlet di PJ. Princess pulak sempat posing depan kedai ni.

Out let di PJ ni terletak di 3 Two Square PJ. Ni kira outlet yang dari Sunway Giza berpindah ke sini. 

Selain tu dia orang ada jugak bukak outlets baru di Midvalley dan 1 Utama selain daripada outlets sediaada nun jauh di Melaka.

Area 3 Two Square. Cari pakai Waze je. Landmark, Masjid Bulat PJ dan Toyota Service Center

Tapi aku rasa lokasi baru kat sini lagi ntah hapa hapa. Tersorok celah mana mengadap tembok dan belakang rumah orang. Yang kat Sunway Giza tu dulu elok lagi.

Tak tau la apa masalah mereka sampai berpindah, yang penting sampai ke sini dengan misi tersendiri !

Sampai waktu dah nak malam.

Setting kedai macam sama je macam yang dulu

Boleh duduk di luar atau di belah dalam. Sebab tak de orang, kami lepak kat luar jer

Waiter datang bagi buku menu untuk dine in

Memang datang untuk ini so usha yang ini jer lah.

Close up sikit.

Aku perasan pilihan yang non alcoholic dah lebih banyak daripada dulu 

Minuman di lupa jangan

Sesuaikan dengan selera dan tekak masing masing

Boleh jugak ke kaunter dan tengok sendiri rupa kek kek yang ada di sini. Banyak pilihan tapi hati hati memilih sebab ada yang alcoholic dan non alcoholic

Dah order, siap sedia menanti. Pegang garfu dengan perasaan tak sabar sabar.

Akhirnya tiba jua. Masing masing ada preference. Princess nak Macaroons tapi aku tengok harga macaroons tu macam terlajak mahal. Pujuk pujuk sikit tak bagi beli. Dia bukan makan sangat pun.

Mango apa benda ntah. Main order jer.

Original untuk OR

Tiramisu untuk Hero

Air aku dengan OR

Air Hero. Strawberry Shake

Princess punya. Muncung air dia sampai paling last. Dah la tak dapat macaroons. Hiks.

Original Mille Crepe. Tiada bandingan. Tersedap ! Sekali masuk mulut terus mata naik juling.....

Ni yang Mango. Tak berapa sedap mana. Go for Original lah ! Terbaik.

Puas hati dapat nikmati apa yang di hajati.

Semoga tak kemaruk lagi sebab harga pun buleh tahan. Tak de la murah macam kangkung sesikat. Sekali sekala buleh lah.

Waktu operasi dan peraturan yang ditetapkan

Nadeje 3 Two Square
B-01-01, Dataran 3 Two Square,
Jalan 19/1, Section 19,
46300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel No : 03-79600025
12:00pm – 10:00pm (Mon – Sun)

FB : Nadejefans
Insta : Nadejecakeshop
Website : Nadeje MY

Selamat mencuba................... !

8 comments :

  1. Nampak sangat menyelerakan semua kek-kek ngan air minuman nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. tapi hati hati membuat pilihan... yang alchoholic tu lagi tempting kalau tengok rupa dia... ekekeke

      Delete
  2. Replies
    1. makan je la dah rezeki ada.... terror tu tidok ler

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...