Tuesday, November 8, 2016

GBS Day Out : 04 - Aroma Ikan Bakar, Jeram

Lepas abis skodeng resort The Kabin dan buat muka tak malu terjah tempat tu, kami beredar dan sampai la acara yang di tunggu tunggu.

Mengisi perut yang tak berapa ramping !

Lokasinya di Aroma Ikan Bakar, Jeram.


Aroma Ikan Bakar Jeram.

Aku pernah datang sini dulu. Lama dah.

Lokasi masih sama dari kunjungan aku pada tahun 2011 dulu.  Tapi banyak perubahan yang telah berlaku dengan restoran ni.

Dah ada orang jual ayam dan kambing di depan restoran ni.

Tempat makan pun nampak lebih gah dari dulu. Dah kaya dan maju. Bagus !

Sebab kami sampai agak awal dan masih siang lagi so orang kurang lagi time ni. Boleh lah berlegar legar dan usha usha kawasan dulu.

Selamat Datang !

Check waktu urusniaga mereka !

Dah parking tu masuk ke bahagian restoran dan terus lah ke tempat  order bagi memilih seafood yang nak dimakan.

Tempat pemilihan seafood !

Pilih la ikut suka dan kehendak selera

Tapi sebenarnya sebelum nak order tu, kita kena pegi cari tempat duduk dulu. Dah dapat seat baru la datang ke sini dan bagitau nombor meja. Senang urusan order mengorder dan hantar menghantar kelak nanti.

So cemana nak mencari seat untuk menikmati hidangan?

Usha setting dulu.

Meja agak banyak. Boleh duduk di mana saja unless memang tulis Reserved

Memang tempat ni dah berkembang maju. Meja meja pun makin banyak dan ruang makan pun dah semakin membesar dari dulu.

Siap ada bangunan khas macam main hall

Sesuai untuk buat event company atau makan dengan jumlah ahli yang besar

Yang menariknya ada juga gazebo tersedia bagi yang inginkan privacy dengan keluarga. Tambahan caj di kenakan sebanyak RM 20 untuk gazebo bersaiz besar

Tapi bagi aku agak lemas pulak nengok org duduk makan bawah atap pelepah ni

Dan caj sebanyak RM 10 untuk saiz gazebo yang lebih kecil. Sesuai untuk yang inginkan suasana romantik dengan atau privacy dengan jumlah ahli yang lebih kecil.

Persoalannya.

Perlu ke nak kena bayar extra charge? Kenapa tak buat je First Come First Served? Ni dah macam Air Asia pulak. Kena topup itu ini.

Macam mengambil kesempatan pun ada. Tapi juga memberi pilihan kepada pengujung yang datang.

Tepuk dada tanya selera.

"Selera dah lapar ke belum?"

Kalau selera kata belum. Kita usha lagi kawasan restoran ni.

Peringatan !

Usha kawasan pinggir Selat Melaka ni dulu

Tak de sunset so tengok je la orang melepak lepak di tepi pantai ni

Bangunan restoran Aroma Ikan Bakar yang di tambah lebih besar untuk menampung pelanggan yang datang untuk menjamu selera

Pantai

Dah usha usha kawasan, tiba lah masa untuk mengorder.

Urusan order mengorder diuruskan oleh BW dan IH. Aku lepak je pose pose kat meja. 

Menunggu tak lama sebab pelanggan pun tak berapa nak ada.

Air sampai dulu.

Penghilang dahaga

Dan satu persatu makanan tiba.

Udang butter

Sotong goreng tepung.

Tomyam

Ketam telur masin

Ikan bakar yang sememangnya bukan untuk aku

Dah siap terhidang. Belasah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah kenyang. Alhamdulillah semuanya habis di kerjakan...

Solat maghrib di surau yang disediakan

Lepas lepas maghrib nak ke Isyak tu la orang dah mula datang dan membanjiri kawasan. Dah time orang makan malam.

So sebaiknya datang awal bagi mengelakkan kesulitan dan memberi ketenangan ketika menikmati hidangan.

Masa untuk pulang

Rasanya makanan kat sini biasa biasa je. Tak de lah kebabo mana. Aku lebih prefer Seafood Pantai Jeram yang terletak tak jauh dari sini.

Pilihan dan citarasa masing masing lah.

Harga makanan kesemuanya adalah RM 104. Masih kira affordable lagi lah. 

Restoran Aroma Ikan Bakar  
Jalan Jati, Jeram, 
45800 Jeram, 
Selangor, Malaysia
Phone: +60 17-316 3117
Hours:  3PM–12AM

Di perkarangan Restoran Aroma Ikan Bakar ni banyak orang berniaga dan berjual jualan especially mainan untuk budak budak. Jadi berhati hati lah dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Nasib la anak anak aku tak ikut, kalau tak mesti ada aktiviti beli belah tambahan untuk dia orang.

Apa apa pun, sesekali mencuba dan mencari kelainaan apa lah salahnya datang ke mari. 

Jadi, selamat mencuba !

11 comments :

  1. My hometown..kalo pergi Aroma, memang kena dtg awal atau lewat sikit (atas pkl 10)..br x ramai orang..paling win for me dekat Aroma ni..Ketam masak pedas atau Ketam soup..memang sedapp..next time abg meng dtg Jeram..leh la try..ada jugak homestay berdekatan..Wasalfa Rest House..ni yg buat nk balik kg ni..nak makan ketam..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey. terima kasih di atas chadangan..... klasik tak ayat?

      Delete
  2. sebagai penggemar ketam hakiki, akan ku terjah restoren ini, TQVM meng !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ketam banyak kedai yang jual... jauh sgt setakat nak gi makan ketam tu..

      apa apa pun... semoga bertemu selera di aroma ni.

      Delete
  3. Replies
    1. boleh tahan.... berbaloi la kalau datang jauh jauh pun

      Delete
  4. Replies
    1. Hahaha. Tak sempat nak bubuh lagu. Tak tau nak buh lagu apa yang related dgn ikan bakar.

      Delete
  5. bro masih berkias2. Aroma ni quality makanan hancur. Terlalu ramai pelanggan sampai quality terkesampingan. Sedap lagi ko makan seafood kat kedai tomyam Seberamg jalan taman rumah ko.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...