Tuesday, July 28, 2015

Jom Santai : Fraser Residence, Kuala Lumpur - 01 - View

Biasalah kalau gi KL memang malas nak balik rumah !

Eh jauh gak tu. Lebih jauh dari sekangkang kera !

* ukur kangkang kera

Jadi kami santai di KL jer...

StayCation kali ni adalah bagi mengubat duka lara sebab sebelum ni aku teringin nak overnight di hotel baru di KL ni tapi penuh sebelum tu.

Tu yang aku santai duduk di Fraser Place, Kuala Lumpur 

Lain lain hotel tapi under the same management. Fraser Hospitality.

Dan bagi mengubati kekecewaan lalu, aku try sekali lagi booking dan berjaya !!! Masa tu hotel ni kiranya masih baru di buka dan harga bilik adalah harga promo !

Jom cekidaut Fraser Residence ni.

Fraser Residence terletak di Jalan Cendana off Jalan Sultan Ismail. Senang kira, terletak di belakang Hotel Renaissance KL.

Agak sulit jugak nak jumpa jalan masuk. Kena berhati hati dan alert dengan simpang tu. Kalau terlajak susah nak kena u turn balik semula.

Bangunan hotel di celah celah bangunan lain. Dulu rasanya area ni memang tak de apa apa

View bangunan hotel Tower 1  belah kiri dan Tower 2 belah kanan.

Bangunan dia ada 2 blok

Untuk hari ni, kita layan view hotel dan kawasan sekitarnya dulu.

Bangunan hotel dengan view Kampung Baru

View di lobby hotel

Pool area

Pool dewasa

Santai di pool

View dari pool. Kampung Baru

Bandar Wawasan

Belah belah Chow Kit

Bangunan bangunan di KL

Area Jalan TAR

Dari certain bilik boleh nampak KL Tower

Dan sudah pastinya Petronas Twin Tower

Ni view dari bilik kami. Bawah tu nampak kubur Jalan Ampang

View bangunan hotel waktu malam

Area pool. Pool bukak sampai jam 11 malam

Dari kamar kami

Ni elok sikit pakai SLR

View waktu pagi

Di tingkat paling atas tower 1 ada skydeck. 

Ada gym dan tempat lepak santai

Sambil layan view KL

View kira OK la dari hotel ni cuma satu tu jer.. hotel ni terletak sebelah kubur !!!

Kubur Jalan Ampang

Take it positif way, sebenarnya agak boleh menginsafi diri walaupun sikit. Tengok kubur dan fikirkan lah. 

Ingat ! 

Mati adalah pasti, hidup Insya Allah.



Langkah kaki ku..
Makin longlai..
Kehausan di padang gersang..

Betapa nanti..
Aku rebah..
Burung gagak memagut tubuh..

Biar tanpa oleh ku..
Lembah lembah berair..
Bibir akan memecah..
Tangan juga berdarah..

Oh..... Ini baru cuaca dunia
Oh..... Akan lebih nanti di sana

Mati adalah pasti
Hidup insyaallah

bersambung .............. 

9 comments :

  1. View dari kampung baru nampak rumah saya, hehehe. Best jugak buat aktiviti tido hotel sekitar KL ni.

    ReplyDelete
  2. Lupa nak tengok ke bawah bila dah nampak pemandangan cantik kat atas tu....
    kubur tu pun boleh nampak cantik, nasib perkuburan islam dapatlah menginsafkan,
    kalau agama lain punya kubur....deko macam taman tema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... kubur melayu ni bersepah sepah skit susun atur nya. x plan kot org dulu dulu...


      tapi betul la. boleh bagi keinsafan jugak

      Delete
  3. Lawa betul fraser residence ni, dia punya konsep macam homestay high class kan? tak ada gambar bilik?

    ReplyDelete
  4. Meng ....

    Sebut pasal kubur nih, teringat zaman kecik kecik dulu ... ada satu raya tuh, kami bebudak ke sini ... kan ramai orang kaya ... so dapat ler duit raya ! Berbaloi sangat walaupun berpeluh peluh jalan kaki dari Kampung Pandan nun !!!!

    Alhamdullilah , dapat jugak ya hajat nak stay kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerdik betul mencari duit raya . hehehehe..

      ya la org org kaya je sini kan. mesti dia org bawak angpau bagi budak budak

      Delete
    2. alhamdulillah.. tercapai hajat. hahahahah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...