Tuesday, July 14, 2015

Buka Puasa 2015 - PickNik, Publika

Buka puasa di luar lagi !

Kali ni a week after buka puasa di Fa Ying by Rama V tu kami kena keluar semula sebab nak cari seluar Hero. Masa beli kat Paradigm Mall dah suruh potong, tapi Padini tu potong senteng abis dah jadi macam mangsa banjir.

Silap aku jugak sebab masa ambik tu tak test semula. Balik rumah baru realized then call mereka, tak leh nak tukar dah. 

So kena la gi beli seluar lain !

Kali ni misi melengkapkan baju raya Hero je sebab Princess semua dah settled. Kami ke Sunway Putra saja jalan jalan usha mall baru tu. The Mall lama yang menyimpan banyak sejarah bagi orang orang yang membesar seangkatan dengan aku !

Hahahaha.

Lepas dapat barang masa masih awal, so tak sure nak berbuka kat mana. Hero kata nak makan Creme Brulee !

French tak anak aku? Dah boleh lawan keHitalyan bapak dia nih. So aku plan nak gi PickNik kat Publika !

Seriously ni first time aku sampai Publika ni

Sebelum ni pun pernah plan nak gi makan kat Picknik ni. Tapi time tu tak jumpa jalan.

Nasib la kali ni berjaya !

Hello !

Sampai sampai ingat nak makan ala carte je, rupa rupanya dia ada buffet Ramadhan. Sebab malas nak fikir fikir dah then kami decided berbuka kat sini je lah.

Kampung Style Buffet

Buffet untuk dewasa RM 59 dan kanak kanak RM 29.

Masa sampai tu pusing pusing jalan jalan kat Publika jap, pastu dalam kol 7 baru kami gi tempat makan semula. 

Ready nak buka puasa.

PickNik

Duduk

Tak de la full house tapi ramai jugak la dan ada familiar faces yang selalu aku tengok dalam TV. Tapi tak berapa kenal sangat. Owner dia Nik Micheal Imran tu pun ada. Sibuk dengan skateboard dia ke hulu ke hilir.

Now the food !

Buffet ala kampung

Laksa pun ada

Lauk pauk

Ready nak berbuka puasa

Spread dia tak de la banyak mana tapi OK lah. Orang pun tak ramai mana so tak la macam berebut rebut. Semua macam bertatasusilawati je ambik makanan. Tak de yang rush. Tak de yang gopoh gapah.

Ambiance yang relax dan santai.

Ni makanan OR

OR aku ni memang kalau bawak gi buffet rugi bayar je. Makan tak banyak. Tu pun dia ambik lauk yang dia nak. Kebetulan pulak ada pucuk paku kat sini.

Hari tu dia suruh aku beli pucuk paku tapi aku gi beli pucuk ubi !!!!

Mati mati aku ingat selama ni mereka sekufu ! Tak eh?

Hahaha. Nasib baik jumpa pucuk paku kat sini. Tapi tu lah. Makan tak berbaloi.

Ni makanan Hero. Hero makanan dia simple jugak. Nasi dengan 1 lauk pun dah okey

Tapi akan ada susulan ke dua. Laksa

Dan susulan seterusnya. Nasi putih dengan sup tulang

Aku je makan a bit of every thing. Sikit sikit.

Lauk pauk skit. Petai di lupa jangan. Lepas tu kentut semerbak satu bangunan tok sah cerita lah

Verdict !

Nasi Goreng dengan Ikan Pari Bakar. Ikan Pari tu aku pandang sepi je. Nasi Goreng tu agak keras sikit. Aku jamah sikit. Hero pun makan tak abis. Princess je makan lebih pada biasa

Sotong petai tu... aku makan sotong je dua gelang. Sayur pucuk paku tu sedap juga

Daging sambal tu sedap !!! Daging salai masak lemak tu kureng skit

Ayam masak merah. OK. Sayur kacang botor tu pun OK

Ikan keli.. Oh no. I geli. Ayam percik tu not bad

Overall bagi aku makanan dia not bad lah. Boleh rasa masakan kampung jugak. Ada yang OK dan ada yang biasa biasa. Nak kata tak sedap tak jugak. Nak kata sedap sangat pun tak la pulak. Sup tu je OR jamah dia kata kurang garam. Aku tak rasa so aku tak tau.

Selain daripada lauk pauk. Ada jugak dessert, salad dan buah buahan. Rojak pun ada.

Hidangan berbuka

Lopez De Squera dan geng geng nya

Buah buahan

Salad dan rojak

Ni makanan favourite Princess. Dia yang makan paling banyak. Ada jugak bubur pulut hitam dan lain lain.

Overall, kira OK la walaupun tak berbaloi sebab kami tak makan banyak.

Aku je la yang makan banyak tapi tak de la banyak mana. Tak berbaloi pada apa yang kami makan tapi berbaloi lah jugak dari segi rasanya.

Alhamdulillah. Kenyang. 

Kalau berkesempatan dan nak cuba. Sila kan. Tapi esok 15th July dah last. Menu dia bertukar setiap hari mengikut suka hati tukang masak dia nak masak apa hari tu. Ekekeke.

Anyway, tak dan Hero nak makan Creme Brulee. Perut dah tahap gergasi. Next time je lah try ala carte !

10 comments :

  1. Tukan masak, masak ikut stock bahan yang masih berbaki sebanarnya walaupun hati nak masak menu lain...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. hahahaha... tapi ok la makanan dia variety juga

      Delete
  2. Haha oh no I pun tak makan jugak ikan keli.. hiks... sep sikit

    ReplyDelete
  3. aummm.. pagi pagi dah tengok makanan ni.. hahahaa

    ReplyDelete
  4. Consider murah jugak harga buffet tu sbb aku pernah makan ala carte kat situ...rega boleh tahan mahal dan portion kecik..tapi dari segi rasa memang ok lah...paling tak menahan tengok sambil tumis sotong tu..perghhh...balik kang nak carik jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... hajat nak try ala carte hari tu. tak dan. tak pe la lain kali buleh usha lagi....

      Delete
  5. Replies
    1. ya.. bagi pencinta ikan keli.. sudah semestinya sedap.. kan?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...