Friday, July 10, 2015

Jom Imarah : Masjid Ara Damansara

Salam Jumaat dan selamat berpuasa.

Hari ni kita nak pegi melawat satu masjid yang aku rasa sangat menarik dari segi senibinanya. 

Masjid Ara Damansara

Masjid di Ara Damansara ini terletak di Ara Damansara dan dibangunkan Sime Darby Property Bhd dengan kos RM15 juta di kawasan seluas enam ekar berkonsep teknologi hijau.

Arkitek untuk masjid ini adalah Kumpulan Senireka dan di bina oleh FNA Builders Services Sdn Bhd untuk Sime Darby Development.

Agak menarik konsep masjid ni sebab dia ala ala teknologi hijau ( Green Buileding Index ) dan merupakan award winning mosque. Tapi tak pasti dapat taraf platinum ke gold ke apa.

Jom kita jengah masjid ni.

Konsep binaan dia agak urban dan tak macam typical masjid sedia ada

Di bina di sebuah kawasan yang lapang dengan kawasan sekitar yang luas dengan parking yang mencukupi

Masjidnya tanpa kubah macam kubah kubah masjid yang lain dan mineret yang simple tapi menarik

Mineret

Puncak mineret

No Smoking. No smooching

Apa yang menariknya, masjid berwarna putih ini di bina merangkumi bangunan utama untuk solat, kawasan ruang legar sekeliling masjid untuk menampung ruang sekiranya tidak mencukupi, dengan pejabat imam, tempat wudu, taman permainan dan juga kawasan riadah dan istirehat.

Toilet dan tempat wuduk. Tempat wuduk ni agak jauh tapi di sekeliling bangunan masjid terdapat paip paip untuk memudahkan jemaah mengambil wuduk lebih dekat.

Kolah air di hiasi dengan pokok pokok menjalar

Laluan dari tempat wuduk ke bangunan utama

Taman kanak kanak. Idea yang baik untuk mengelakkan kanak kanak berlari lari dalam masjid dan menganggu jemaah

Tempat riadah

Pintu masuk utama

Kawasan tepi dewan solat utama

Dinding

Dewan solat utama dengan mimbar masjid di sebelah kanan

Dinding yang berongga membantu pengaliran udara dari luar dan menyejukkan kawasan dalam masjid

Di lengkapi dengan 2 kipas saiz gergasi. Kipas serupa ini terdapat di Masjid Sultan Singapura

Kubah masjid berbentuk square di atas tapi ke belah dalam membantu pencahayaan

Dewan yang boleh memuatkan sekitar 1500 jemaah pada satu satu masa

Kawasan sekitar masjid


Pengaliran udara


Aktiviti bersempena bulan Ramadan

Aku suka design dan concept dia. Not too berseni sangat tapi still menunjukkan konsep Urban Islamic design.

Sekali pandang macam Masjid Cyberjaya dan Masjid Besi. Cuma binaan masjid ini berskala lebih kecil tapi ke tiga tiga nya berkonsepkan Teknologi Hijau dengan pengurangan penggunaan aircond dan penjimatan tenaga elektrik.

Semoga dengan adanya masjid masjid yang mempunyai facilities pelbagai seperti ini dapat mengembalikan fungsi sebenar masjid seperti di zaman Rasulullah SAW, yakni sebagai pusat budaya Islam dan pengembangan ilmu pengetahuan.

Sekian !

10 comments :

  1. saya pernah lalu kt masjid ni malam..memang lawa, look so modern dengan lampu2 dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya malam pun nampak lawa jugak sebab cahaya dari dalam bangunan masjid nampak bersinar ke luar

      Delete
  2. abang meng, entry special untuk masjid bukit jelutong. hehehe. suka betul masjid tu..cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... idea yang baik. aku pun dah lama usha masjid tu. cuma belum sempat singgah.

      in shaa allah la satu hari nanti buleh gi tumpang skodeng

      Delete
  3. selalu jugak lalau sini tapi tak pernah singgah....masjid jauh sikit kawasan perumahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. ke belah dalam sikit.... kalau x tau jalan buleh berpusing2 sesat

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...