Wednesday, July 22, 2015

Jom Celebrate : Rimba & Rusa, Kota Damansara

Aku tak de kawan yang ramai. Eh. Ada. Tapi setakat berkawan kawan jer. Boleh dikatakan aku ni jenis malas melayan dan sedikit kekwat.

Bukan sengaja nak mengada tapi sebenarnya bak kata ayat cliche ; Pengalaman Mendewasakan.

Kadang kadang ramai kawan pun menjengkelkan dan kadang kadang aku memang mengelak untuk getting too close dengan orang.

Selain daripada OR dan 2 kawan baik di rumah, aku ada few kawan kawan yang aku letak di satu tahap tertinggi dalam hati. Trusted friends. Kawan susah dan senang. Kawan mengadu masalah serta kawan yang sentiasa ada untuk berkongsi suka duka.

Dan kawan kawan aku ni adalah yang terbaik walaupun mereka tak berapa baik sangat. Dan sebenarnya kami tak de la selalu berjumpa. Setahun pun boleh bilang dengan jari.. tapi we are well connected to each other.

Ni kisah masa bulan puasa dan juga bersempena dengan Hari Dewasa aku tempoh hari, kawan kawan baik datang ke kota dan meraikan tempoh matang aku ni !

Terharu habang, kembang jebok hidong !

Dan kami berkumpul makan makan di Rimba & Rusa.

Rimba & Rusa

Acara get together ni cuma disertai oleh IH dan BW. MH dengan CP ada hal tak dapat dielakkan tapi aku yakin sebagai sahabat yang baik, mereka juga care dan selalu ambil berat pasal aku.

IH datang ambik BW dan mereka culik aku dan kami ke Kota Damansara.

Urusan booking meja telah di lakukan oleh BW, jadi petang tu kami terus terjah ke sana untuk berbuka.

Terletak di Sunway Nexis. Kena cari bangunan tinggi ni terpampang la tulisannya

Cafe dan Resto ni terletak di bawah bangunan tu

Sebab tempat ni terletak di lot kawasan kedai, jadi nak cari parking pun agak mencabar. Tapi berkat kesabOran di bulan ROmadhOn berpusing pusing mencari akhirnya kami temui !

Selamat datang ke Rimba & Rusa

Aku pun tak tau kenapa nama dia Rimba & Rusa. Mungkin owner dia suka lagu... Rimba Cinta Ku oleh Medicine dan dia mashed up dengan lagu kegemaran anak dia Anak Rusa Nani !

May be lah. Tapi aku rasa salah !

Apa apa pun nama dia, ayuh kita terjah !

Ada rimba rimba sikit. Haaa ada nampak rusa tak?

Depan kedai. Tak nampak rusa kan? Rusa dah lari.

Entrance

Untuk pengetahuan, Rimba & Rusa ni dimiliki oleh owner yang sama dengan Wondermilk !

Aku pernah review Wondermilk ni dan pengalaman aku ke Wondermilk, Citta Mall dulu tak de la memberangsangkan.

Tapi dengan konsep berlainan, Rimba & Rusa ni di harap dapat memberi satu kelainan baik dari segi tempat makan, keselesaan, rasa, harga dan juga pengalaman !

Setting memang lawa !

Resto dia tak berapa besar tapi ada ruang di tingkat atas.

Tangga ke atas

Bahagian atas ni mungkin di gunakan untuk function function tertentu

Pandangan restoran dari tingkat atas

Kami sampai dah nak menjelang waktu berbuka. Tapi sebab dah reserved seats jadi tak de masalah. Memang ada seats untuk kami.

Jadi, dah duduk, nak order apa?

Tengok menu nya !

Hiasan meja

Buku menu

Sempena bulan Ramadhan tempoh hari, ada set iftar dengan Nasi Rimba Ayam Bakar

Menu bread & breakfast !

Western.. sesuai untuk rakyat rakyat Hitaly macam aku ni

Main course....

Shakes and Juices

Gambar gambar dalam buku menu

Sekali imbas, harga makanan agak melebihi daripada paras sederhana. Agak boleh tahan la mahalnya. Tapi kalau tengok setting kedai, rasa tak de masalah. Apa yang penting keselesaan ! Tapi rasa pun kena la berbaloi baloi ya tak?

Menunggu waktu berbuka, usha dulu kawasan lain dalam resto Rimba & Rusa ni !

Tempat buat air di bahagian belakang. Depan depan ni nampak kopi kopi yang mereka jual

Kopi botol Cap Rusa. Maybe nama Rusa tu dari nama kopi ni kot. Kami tak sempat nak try tempoh hari

Salah satu pojok di resto ni

Kudapan untuk di jual

Konsep tempat ni adalah Everyday is Sunday.. jadi boleh jadi tempat lepak santai

Selain daripada makanan makanan tu, ada jugak cakes dan desserts

Boleh pilih ikut selera

Pelbagai pilihan desserts

So dari pengamatan aku, kedai dia agak selesa untuk makan. Cantik di pandang. Tapi tak de la selesa sangat untuk santai mantai. Sebab seat pun keras. Nak duduk lama lama sakit ponggong !

Ada jugak bench di bahagian luar bagi yang nak melepak sambil merokok ke apa.

Okey. Dah lama tengok suasana kedai, ayuh.. makanan nya !

Di persilakan masuk para hadirin makanan dan hadirat minuman.

Fries with cheese. Kami order ni sebagai kudapan !.. Apparently sedap ! Maybe sebab cheese tu kot atau sebab kami lapar !

Ni la Nasi Rimba Ayam Bakar. Special sempena bulan puasa. Tak tau la lepas puasa ada ke tidak. Ni IH punya. Aku sempat mengecek. Ayam dia OK la sedap jugak. Nasi dia keras sikit. Overall, sedap !. Set comes with Sirap Selasih. Harga RM 35

Beautiful Soft Shell Crab Linguine. Harga RM 34. Ni menu yang sedap dan hidangannya agak menarik dan cantik. Sesuai dengan nama. BW punya ni. So aku rasa ni hidangan wajib order di sini !

Sebagai rakyat Hitaly aku tak lupa diri. So aku order menu ni Ciao Carbonara. Harga RM 26. Malangnya carbonara ni masin !!! Aku tak berjaya habiskan tapi aku maafkan sebab bulan puasa.

Menu kami

Cuma Carbonara ni je agak fail

Hidangan minuman pembasah tekak

So dari segi makanan bagi aku OK lah. Nak kata sedap kebabo tak jugak. Nak kata tak sedap, tak jugak. Boleh la di cuba.

Apa yang penting, layanan agak baik dan setting kedai memang win ! Konsep dia agak menarik. Jangan terkejut nanti muncul resto baru .. Belukar & Ular atau Semak Samun & Semut Sado atau mungkin Belantara & Badak.

Harga je agak mahai sikit. Rusa tengok pun boleh terjojol bijik mata.

Sebab konon nak celebrate birthday, dia orang tanya aku nak cake apa tapi aku nak Creme Brulee !

So we ended up order Creme Brulee di sini.

Creme Brulee Rimba & Rusa. Agak manis dan gula dia hangit !

Not the best creme brulee yang aku pernah rasa. Italianese punya sedap lagi kot. Apa apa pun, banyak lagi makanan boleh di cuba di sini. 

Kalau berkesempatan dan ingin mencuba, aku syorkan ke sini. Tapi jangan berangan nak jumpa rusa sebab memamg tak ade. Kopi Rusa adalah. Sesuai untuk makan makan dengan keluarga atau lepak santai dengan kawan kawan. Atau juga meraikan hari istimewa dengan pasangan dan rakan taulan !

Overall cost makan aku tak sure sebab dia orang yang belanja !

Rimba & Rusa

FB mereka : Rimba & Rusa

Rimba & Rusa
D-GF-01 Sunway Nexis
Petaling Jaya, Malaysia
03-6151 4022

12 comments :

  1. Ehem, adakah kita pergi hari yg sama? Went there for buka puasa too ;p. Hiks.. Kedai mmg cantiks tapi makanan takde lah sedap mana. Kan. Coffee yg dlm botol tu mmg sedap, abg boleh try dekat cake jalan tiung, pun ada kopi ni...

    Parking mmg mencabar, waze kata dah sampai tapi tak jumpa jugak. End up parking jauh gila and menapak la jalan haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah. mencabar jugak tu experience.. tgh hot lagi tu org ramai la pegi. dah lama skit kan mandom je la jadi nya tempat ni nanti..

      apa apa pun yes. makanan biasa2 je. kedai je terlebih lawa dari biasa

      Delete
  2. Meng,
    Dia orang bagi buah tamar 4 bijik jer.. pesal kedekut sangat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. cukup la tu.. sebijik sorang. tak makan banyak pun.

      Delete
  3. Happy belated besday HM...July born rupanya..no wonderlah karektor nya kelakar hikss

    Nampaknya mereka perlu improve lagi dari segi rasa tu...kurangkan masin, gula tu jgn hangit...kalau ada complain form kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul JM.. kedai dah lawa.. makanan kena la sedap. ye dok?

      selamat bercuti JM ! semoga pulang dgn selamat dan riang !.. travel solo eh? kipidap !!!

      Delete
    2. Terima kasih abam meng...tapi JM x seberani abam meng tu...

      Delete
    3. cuba dulu.. jangan sampai nanti addicted sudah laa

      Delete
  4. Touchin sungguh intro habang..esp bab kwn susah senang..bkn senang nk dpt tue kan..huhu.

    Kita pon terjebak ke sini gak bulan posa ritu sbb nengok kt IG sokma. Kedai lawa, staff ok tapi makanan so so aje kot. Dessert counter nmpk meriah time tue and we try Red velvet cake dia sodap gak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kalau makan main menu nak try desserts dah kenyang tak lalu dah la.

      tak pe next time pegi try desserts je la.. kena try la cup cakes dia yang mahal mcm kat wondermilk tu kot

      Delete
  5. hahahhah dari awal dok serabut pasai pa nama dia RUSA kn? adeih lawak smpai ke sudah dok cari rusa haha thanks for the review walau blkg umah tp sy pon xpnh mkn su=ni lg hehe sbb tahu overrated pricing cafe cafe hispterrrr nihhh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai kedai cam ni hip sekejap je. tengah tengah viral ok lah. lama lama sendu lah.. nanti satu persatu bungkus.

      harapnya yang ni bertahan lama lah. amin

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...