Thursday, October 3, 2013

Melaka Bandaraya Bersejarah

Gambar gambar diambil di sekitar Bandaraya Melaka.

Tak payah bubuh caption la, masing masing dah boleh agak.

# 01

# 02

# 03

# 04

# 05

# 06

# 07

# 08

# 09

# 10

# 11

# 12

# 13

# 14

# 15

# 16

# 17

# 18

# 19

# 20

# 21

# 22

Sedikit bahan bacaan untuk tambah pengetahuan umum.

Fakta Fakta mengenai Negeri Melaka yang anda patut tahu ( walaupun tak nak ambik tau )

1. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang paling banyak mempunyai muzium iaitu sebanyak 14 muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan ini tidak termasuk beberapa Muzium swasta seperti Muzium Baba dan Nyonya serta Muzium Jed.

2. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang ketiga kecil di Malaysia selepas Perlis dan Pulau Pinang, tetapi Negeri yang paling banyak mempunyai masjid iaitu sebanyak 174 buah masjid,.

3. Muzium Baba & Nyonya di Jalan Jonker Street pada asalnya dimiliki oleh seorang petani Cina yang dibina pada kurun ke-19.

4. Kawasan Kampung Balai Panjang pernah menjadi tempat persinggahan peniaga dari Alor Gajah untuk melepaskan penat lelah mereka di situ selepas membawa barangan perniagaan di Melaka untuk dipasarkan.

5. Hang Tuah Mall di Jalan Hang Tuah yang menjadi mercu tanda negeri ini menelan belanja sebanyak RM8.8 juta dengan laluan siar kaki sepanjang 1.5 kilometer. Ia dilengkapi dengan kawasan riadah serba moden, restoran makanan segera, medan menjamu selera, landskap serta hiasan lampu neon yang amat menarik. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 oktober 2002.

6. Terdapat sebuah makam Pembesar Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka di Kampung Melaka Pindah.

7. Stadium Kubu yang telah memberi banyak sumbangan dalam bidang sukan di negeri ini telah diwakafkan untuk pembangunan sukan di negeri ini di mana pembinaan tempat duduk utamanya telah dibina pada 21 Ogos 1954. Stadium Kubu telah ditukar nama kepada Stadium Hang Tuah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 31 Ogos 2001.

8. Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang ditubuhkan bagi melatih anak tempatan dan luar mengenai alam maritim terletak di kawasan seluas 30 hektar di Kuala Linggi. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 15 Ogos 1981.

9.Air Pancutan Victoria Regina yang terletak berhampiran bangunan Stadthuys di Jalan Kota, Bandar Hilir telah dibina pada tahun 1904. Pembinaan air pancut yang dihiasi dengan batu marmar itu adalah bagi memperingati Permaisuri Victoria Regina (1837-1901).

10. Tapak Hotel Equatorial di Bandar Hilir pada asalnya merupakan tapak bangunan The Malacca Rest House yang telah didirikan oleh British pada tahun 1912.

11. Balai Bomba Melaka yang pertama terletak di Banda Kaba berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Bangunan itu kini menempatkan Jabatna Pertahanan Awam (JPA3) Melaka.

12. Laksamana Cheng Ho dari negara China di zaman Dinasti Ming merupakan seorang penganut agama Islam yang pernah datang ke Melaka sebanyak 5 kali pada kurun ke-15.

13.Batu yang terdapat di dalam Bukit St Paul, Bandar Hilir telah membuktikan bahawa kehadiran dan pemerintahan Belanda di Melaka dari tahun 1641-1796 dan 1818 - 1824.

* fakta cilok di SINI

Nah ! Kasi lebih klasik.

Aku suka lirik ni.

Emas sekoyan dapat ku pikul
Aku tak sanggup menanggung budi

Dalam maksudnya tu. Ingat !



Ahai sayang musalmah
Sayang musalmah memakai sanggul
Ahai … a . hai turun ke sawah
Turun ke sawah menanam padi
(1x)

Emas sekoyan dapat kupikul
Aku tak sanggup menanggung budi
(1x)

Ahai turun ke sawah
Turun ke sawah menanam padi
Ahai … a .. hai hendak di jual
Hendak di jual ke pekan lama
(1x)

Jangan selalu menanggung budi
Keraplah kali jadi bencana
(1x)

Selat malaka lautnya tenang
Ahai … lautnya tenang
Di situlah banyak berlabuh perahu bugis
Ahai … perahu bugis
(1x)

Orang yang jauh jangan di kenang
Kalau di kenang
Menangis tentu menangis
Ahai … tentu menangis
(1x)

Asalnya kapas menjadi benang
Ahai … menjadi benang
Benang di tenun hai kain menjadi kain
Ahai … menjadi kain
(1x)

Orang di lepas jangan di kenang
Sudah menjadi hai lain
Si orang lain
Ahai … si orang lain
(1x)

10 comments :

  1. Barang dilepas jangan dikenang, sudah menjadi milik orang lain. Adakah Meng mempunyai kenangan seumpama itu?

    ReplyDelete
  2. wahhh...lain dari yg lain gambo ko kali ni yekk!! apa pon still menawan kalbu hehehe...

    dulu melaka ni la tempat aku mencari ilmu selama 2 tahun..

    ReplyDelete
  3. MKL : ada............

    * duduk diam diam.

    HB : Ada kisah gegambar ni semua. Ni first time konon2 aku rajin nak edit guna CS5..



    tu je la yang aku sempat..

    pastu aku give up..

    ReplyDelete
  4. *smile*
    kampung ku
    (tetiba?)

    sek lama sebelah memorial kemerdekaan

    *smile back*

    ReplyDelete
  5. last pegi Melaka thn 2003...gmbr2 ni buat rasa nak pegi lg....

    ReplyDelete
  6. huyuh kaw2 edit nyer haaaa...

    busuk tak air sungai tu? busuk kan? hahaha!

    ReplyDelete
  7. tak berapa gemar gi muzium, kena baca2 baru faham...

    tapi Bandar Melaka sendiri dah macam muzium..ini yg best...

    ReplyDelete
  8. Bila tengok gambar2 ni.. rasa macam tak pernah bertandang ke Melaka..
    (nampak sangat lama tak ke Melaka nie heheheee..)

    By thw way nice picture :D
    Salam Kenal..

    ReplyDelete
  9. Anash : Woohooo.. mesti biasa makan kuih badak melaka ni....

    PM : sila pegi.. melaka agak cepat berubah sebenarnya..

    Biq : dah tobat tak nak edit pakai menatang ni dah..

    boleh punah mood...

    ya.. air tu bau longkang. minum air dekat HRC pun terasa mcm minum air longkang...

    hahahaha

    * pinjam ukulele mak esah petik tepi jonkers street.

    ReplyDelete
  10. Nohas : yup.. dah jadi unesco site semoga semuanya terpelihara.. so boleh pegi anytime.

    insya allah tak musnah dek kerenah manusia dah..

    TT : sila kan....

    selamat berkunjung ke melaka..

    * pose pose duta tourism Melaka bawah pokok melaka sambil korek gigi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...