Tuesday, February 25, 2020

Trip Royale PEKAN 12 | MEOW ISLAND

Sungai Pahang sememangnya kaya dengan hasil terutamanya udang galah serta pelbagai jenis ikan sungai. Selain daripada mengikuti aktiviti menyusur sungai Pahang, boleh juga membawa pengunjung melihat sendiri suasana perkampungan selain melihat aktiviti harian mereka.



Dipesisir Sungai Pahang di daerah Pekan ini terdapat sebuah pulau kecil yang menarik terutamanya bagi peminat dan pencinta pencinta kucing iaitu Pulau Kucing atau Meow Island !

Aku pernah terbaca pasal tempat ni, tapi masa tanya IH dia pun tak pernah tahu. Hish... cemana warga Pekan sendiri tak berapa tau nih?

Tapi tak per... Berkat semangat explorasi yang meninggi, kami pun mencuba menjejaki lokasi Meow Island ini.....

Berpandukan waze, kami ikut laluan ke Pulau Keladi sampai ke hujung jalan mati.



Kawasan bersemak samun lak tuh. Dua tiga kali pusing tak jumpa punca... Siap masuk kawasan kampung orang Kemboja lagi. 

Nak tanya takut, last last hampir putus asa. Signage pun tak ada !




Namun berkat semangat kesukanan yang tinggi, kami ikut laluan tak berturap kat kawasan sekitar-sekitar tu akhirnya membawa kami kepada penemuan sign kecik yang tertulis..... PULAU KUCING !



Memang tricky nak sampai ke sini. Bila jalan ke dalam sikit baru nampak ada jambatan dan baru ada tulisan. Sah ! Kami akhirnya berjaya menemui lokasi tersorok nih.



Masalahnya lagi, jambatan tu tak terus bersambung ke pulau tersebut, cuma separuh je. Separuh lagi kena naik sampan. Ada sampan di ikat dengan tali di hujung jambatan untuk menyeberang ke arah pulau Kucing tu...




Tapi berkat laungan..................

Merah membara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua !

Akhirnya kami berjaya ke seberang dengan jaya nya.....................

Memang mencabar betul nak ke sana, silap silap terhumban kami dalam sungai tuh, satu hal lak basah kuyup jadi nya.

Tip nak datang sini jangan nak berkacak tampan berlawa lawa sangat !






Dan ketibaan kami di sambut dengan bunyi ayam, itik, angsa dan kambing mengembek !

"Betul ke kita kat Pulau Kucing ni?"

Yakin kan diri.......

Dan seawal kami tiba, terus kami di terpa oleh beberapa ekor anjing yang berlari larian. Tak cukup dengan tu ada sekor kambing ni mendekati dan mula meleser leser.

Nak tanduk ke nak manja ntah !

BW dah panik dah. Then kami perasan ada sorang minah ni berjalan mendekati kami...

Kau dah kenapa????? Macam kurang kasih sayang jer..

Stress pulak aku dengan kambing ni. Dah lah bau kambing !!

Seorang wanita berbangsa asing menghampiri dan cuba menenangkan keadaan. Dia kata kalau aku tak selesa, dia ikat je kambing tu ! Ntah apa masalah si kambing ni pun aku tak pasti. Maybe kurang kasih sayang.

Kambing ni ada nama dia, Alif kalau tak silap...

No No No.. Bukan alif Syukri ! 

Awek dia nama Dewi. Masalahnya Dewi tu malas nak melayan si Alif ni... maybe sebab kaki selfie dan gila glamour?


Sementara kambing tu di tambat, usha dulu kawasan sekitar Pulau Kucing ni....






Hah ! Selamat la kau dah kena tambat ! Suka sangat mencari publisiti...

Dewi ... bukan jutawan kosmetik 

Tapi kami tak berapa nak selamat lagi sebab anjing pulak datang berlari-larian. IH dengan MH dah lari ntah ke mana.

Pompuan tadi tu memperkenalkan diri beliau sebagai Maria. Beliau adalah volunteer yang menjaga pulau kucing dan haiwan haiwan di sini. Berasal dari Perancis dan beliau datang buat volunteering job di pulau ni.

Gigih wooo dia sorang sorang dah 3 bulan masa tu kat pulau kucing ni !! 





Melalui Maria ni, dia banyak berkongsi tentang tempat ni.

Pulau Kucing ini di bangunkan untuk memberi perlindungan kepada kucing kucing terbiar dan yang telah di buanghidup bebas di kawasan yang dibangun khusus untuk penempatan mereka.

This is a project created by a wonderful man named Luke, in Pekan Royal Town, Pahang. He was an avid animal lover, and opened an animal (mostly cat) shelter to provide stray and unwanted cats with a proper home, sufficient medical treatment, and ultimately, give them the love and care that they deserve.

Due to his intense love and passion towards animals, Luke started to save stray cats and other animals in his hometown, Pekan, Pahang. Starting with saving the animals and taking care of them at his home, Luke slowly started building an animal shelter on his own. Later he managed to acquire an island on the Pahang River from the government and hence Meow Island was started. His mission is to make Meow Island as a haven for stray animals and Pekan The Royal Town, a stray-free town. Starting from scratch, with his own fund and help from his family, Luke gave all his efforts to slowly built up Meow Island. Sadly, Luke passed away on the 14th July 2019.

Masa kunjungan kami ke sini, Luke baru saja beberapa hari meninggal dunia. Aku pernah share tempat ni dalam entry sebelum ni : 



The long term goal of this project is to create an idyllic animal retreat on a nearby island, where the cats (and other furry friends including dogs, rabbits, birds and goats) can roam and live freely. 

Currently, there is a lot of building going on as we try to create the different spaces needed to move the last cats from the mainland shelter to the island, most importantly the clinic and the nursery as well as more housing for the volunteers as we need lots of help and support from you cat lovers out there to keep this dream a reality.




Selain melindungi kucing kucing yang di buang, Meow Island ini menjadi tempat khusus buat pengunjung yang datang untuk bermesra dan melayan kerenah kucing-kucing yang ada. Bukan semua kucing terbiar ditempatkan di sini, kucing kucing yang berada di pulau ni sebelum ini ditempatkan di pusat khas di pusat perlindungan di bandar Pekan, di pastikan sihat dan di'kasi' sebelum dipindahkan di sini. Hanya kucing yang sihat dan telah di neutered kan boleh tinggal di sini bagi mengelakkan mereka membiak tak tentu pasal.

Sebab tu lah, nak sampai ke pulau ni kena bersampan sampan sebab tak nak bagi senang kerja orang datang sesuka hati je buang kucing bila dah tau tempat ni tempat kucing kucing terbuang ditempatkan. Takut susah di kawal.

Setiap kucing ada nama nama tersendiri dan mereka pun ada territory terpilih.

Ada yang memang duduknya atas rumah rakit je, ada yang memang kawasan tangga, ada yang atas katil ! ( biasanya dengan anak anak sekali ) dan lokasi lokasi terpilih sekitar pulau kediaman mereka ni.










Ada jugak jenis yang menyendiri. Jenis yang tak nak bergaul atau melayan peminat. Buat hal sendiri jer. 

Kesian pulak tengok kucing kucing ni semua walaupun aku tak de lah peminat tegar mana kekucingan nih, tapi tak tergamak nak menyiksa atau nak buang.



Desir angin
Daun-daun guguran
Keheningan malam
Menyayat hati

Langit gelap
Bagai diriku ini
Yang dirundung malang
Teringat pula

Ditinggalkan aku
Seorang diri
Dengan seribu kesalan
Serta malu

Setelah maduku diseri
Ia menghilang menyepi
Sungguh kejam engkau
Menipu diriku

Setelah maduku diseri
Ia menghilang menyepi
Sungguh kejam engkau
Menipu diriku

Pendek kata memang macam macam jenis perangai kucing kucing ni dan Maria ni macam kenal je each and every one of them.









Tempat ni dibangunkan berdasarkan sumbangan orang ramai, jadi sumbangan amat lah di perlukan khusus sebagai pembiayaan untuk penjagaan dan kesihatan haiwan-haiwan kesayangan disini. 

Perbelanjaan adalah dari segi membeli makanan, ubat-ubatan, pemandulan dan lain-lain keperluan yang khusus untuk haiwan-haiwan berkenaan.

Tapi kami memang tabik gila dengan Maria ni, sorang sorang hidup kat sini. Seminggu sekali, ada orang datang hantar bekalan makanan untuk dia. Sekali sekala dia akan turun ke Pekan jugak. Selamba je duduk sorang sorang kat sini dengan letrik dan sumber air yang agak limited.

Kagum aku !



Tapi di pulau ni mereka selalu di ganggu oleh monyet monyet liar. Sebab tu anjing anjing tu semua ada untuk mengawal selia keadaan.




Berada di pulau ini seolah olah memberi satu kedamaian terutama kepada pencintanya...

Bagi yang berminat untuk membantu boleh salurkan bantuan berbentuk kewangan, volunteering job, support dan sebagainya..

Sumbangan kewangan yang dikhaskan hanya untuk penjagaan dan kesihatan haiwan-haiwan ini boleh di salurkan terus ke akaun seperti tertera dibawah:

Bank: Maybank
Nombor Akaun: 564810526320
Nama Akaun: Meow Island Ventures
Reference: MIVanimalcare

Semuga sama-sama dimurahkan rezeki untuk membantu haiwan-haiwan terbiar ini.


Dah habis melawat Meow Island, masa untuk kami berangkat pulang.....

Apa pandang pandang???? Dah la kuat gila bau kekambingan dia sampai melekat kat aku !

Tapi aku rasa dia rindukan tuan dia kot....

Nak balik kena bersampan sampan pulak sekali lagi....



Kalau berkesempatan sila lah berkunjung.
Kalau berkemampuan silalah menyumbang.

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang ( dan kucing )

bersambung.................

4 comments :

  1. Tabik dgn minah salleh tu...berani giler tinggal sensorang...aku bukan apa..bukan takut hantu menyakat...tapi takut manusia hantu yang menceroboh..apapun moga dia sentiasa selamat seiring dengan kerja kerja charitynya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah aku pun terfikir jugak.. lagi jenuh nak fikir kalau aku, cemana nak beli rokok?????

      Delete
  2. Replies
    1. tak payah kayuh... tarik je tali tu... tapi beroleng oleng jugak. kalau jenis obese tak reti duduk diam.. memang terbalik gak

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...