Thursday, February 13, 2020

Trip Royale PEKAN 04 | ISTANA LEBAN TUNGGAL

Salah satu lokasi lawayan kami di Pekan adalah melihat bangunan Istana Leban Tunggal.





Dibina pada tahun 1935. Istana ini diberi nama Leban Tunggal kerana kawasan istana itu ditumbuhi hanya sebatang sahaja pokok leban. Istana ini merupakan kediaman Yang Teramat Mulia Tengku Besar Pahang Tengku Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad. 

Pada asalnya, Istana Leban Tunggal hendak diserahkan kepada Tengku Abdul Jalil, merangkap Tengku Besar yang baru. Tetapi Tengku Abdul Jalil telah menolak rencana tersebut kerana telah memiliki kediaman di kawasan berhampiran.

Bentuk istana adalah separuh batu dan separuh kayu dua tingkat dan mempunyai dua dome di kiri dan kanannya. Di samping itu juga, terdapat sebuah balai iaitu rumah kayu setingkat bertiang yang digunakan untuk orang mengadap. Istana ini didiami oleh Tengku Besar Pahang sepanjang hayatnya.










Pelan istana ini direka oleh seorang pereka bangunan iaitu Raja A. Nizam dengan harga RM500.00. dan kerja-kerja pembinaan ditawarkan kepada kontraktor Cina dari Bentong dan kerja-kerja keemasan kayu dsbnya kepada beberapa orang tukang kayu berbangsa Melayu yang mahir dalam kerja-kerja pertukangan. 

Kos yang dikeluarkan untuk membina istana ini berjumlah lebih kurang $16,000.00. Daripada sumber rujukan yang diperolehi di Arkib Negara, Almarhum Tengku Besar Sulaiman telah meminjam wang dari kerajaan Pahang sebanyak $13,000.00. 

Dianggarkan seramai empat belas orang pekerja terlibat dalam pembinaan istana ini.

Berani tak nak usha belah dalam? Jom kita masuk !













Walaupun istana kayu ini mempunyai 2 tingkat, tapi setakat tu je yang aku berani masuk sebab aku sorang sorang. Dia orang park jauh jauh tak berani nak usha ke dalam.

Aku pun cuak gak la karang ada yang menegur ke apa. Tempat ni dah lah nampak macam sesuatu jer.

Walau usang, tetapi kawasan Istana Leban Tunggal ni nampaknya terjaga sebab macam ada kerja kerja pembersihan di laksanakan. Cuma sebab tak berpenghuni takut menjadi pilihan orang orang yang tak bertanggungjawab menceroboh bangunan bersejarah ini.





Usaha Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara istana boleh dikatakan memberansangkan.  

Oleh itu, istana tersebut telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Pahang dengan harga RM100,000 dan diwartakan sebagai monument bersejarah. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia telah membelanjakan RM500,000 untuk mengubahsuai istana tersebut untuk menjadi sebuah perpustakaan. Pada 19 April 1995, Istana Leban Tunggal telah dibuka semula secara rasmi sebagai Perpustakaan Awam Daerah Pekan.

Istana Leban Tunggal kekal sebagai perpustakaan sehingga tahun 2011. Selepas itu, Perpustakaan Awam Daerah Pekan pun berpindah ke bangunan baru dan Istana Leban Tunggal diserahkan kepada Jabatan Warisan Negara.

Sumber :
istana-leban-tunggal
Istana jadi Pustaka

Selain dari Istana Leban Tunggal ni ada beberapa lagi istana lama yang elok dipulihara yang menjadi bukti warisan kesultanan Melayu di Pahang ni.

ISTANA LEBAN TUNGGAL
Kampung Parit Tengah,
26600 Pekan,
Pahang



Tinggilah tinggi
Tinggi tinggi burung di awan
Akhirnya engkau turun
Akhirnya turun mencari kawan

Terbang di awan
Turn mari ke dalam taman
Kalau mencari kawan
Mencari kawan biarlah padan

Bukan sahaja
Bukan saja kita kemari

Kita bercinta
Curahkan rahsia hati ke hati

Burung tempua
Sana sini mencari sarang
Kalau hati dah suka
Samalah kita terbang pulang

bersambung............

8 comments :

  1. Sayangnya ..... sebab macam terbiar !!! Patutnya waktu Library tuh pindah, dia orang lekas lekas ambil alih and jaga .. jangan biarkan ianya terbiar !!!

    Bagi kat kita jer ler Meng !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke??? mcm semacam je rasa suasana dia.. tapi jiran2 mcm tak heran dah pun.

      rumah besar sgt dan usang, payah nak maintain kot

      Delete
  2. Lupakan ... bukan ker Rafeah Buang juga kawin ngan kerabat Pahang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya... tapi rumah dia banglo dua tingkat tepi jalan besar. Dulu kalau lalu depan rumah dia dengan harapan nampak dia siram pokok ke apa...

      takdop pun.

      Delete
  3. Sayang betul, bangunan yg cantik & bersejarah dibiarkan usang mcm tu aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. payah nak maintain. tapi nampak mcm ada penyapu etc.. mungkin ada org dtg bersihkan

      setakat yang mampu je la kot. bangunan pun dah usang

      Delete
  4. sayu hati nengok bangunan lawo terbiar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... maybe ada sebab lain kot tak leh nak properly maintain

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...